|
TANGKAP layar kejadian pertengkaran di sebuah restoran di Jalan Haji Abd Hamid, dekat Temiang, di sini, yang tular. Foto Ihsan PEMBACA
Seremban: Hanya kerana tidak berpuas hati mengenai pesanan air, seorang pelanggan di sebuah restoran di Jalan Haji Abd Hamid, dekat Temiang, di sini bertengkar dengan pengurus premis berkenaan.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi semalam itu dirakam pengunjung lain dan tular sejak semalam di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 36 saat itu petang hari ini yang memaparkan kejadian pertengkaran beberapa individu di sebuah restoran.
"Kejadian terbabit dipercayai berlaku di sebuah di Jalan Haji Abd Hamid, Taman Unian pada tarikh dan masa yang tidak dikenal pasti.
"Bagaimanapun, hasil siasatan mengenai penularan video yang ditularkan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi 25 September lalu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, bagaimanapun kedua-dua tidak membuat sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.
"Pertengkaran berlaku disebabkan seorang pelanggan lelaki tidak berpuas hati dengan pengurus restoran itu, seorang lelaki mengenai pesanan air yang diambil pekerjanya.
"Pertengkaran itu dileraikan orang awam yang berada di tempat kejadian," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kerana-tempahan-air |
|