CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

[Negeri Sembilan] OKU lipat 1 juta sampul surat setiap bulan

[Copy link]
Post time 27-9-2022 11:31 AM | Show all posts |Read mode

Aqil Nazhan tekun melipat sampul surat



SEREMBAN - Meskipun menggunakan tenaga kerja orang kurang upaya (OKU) sepenuhnya, namun Bengkel Seri Sembilan di sini mampu menyiapkan satu juta tempahan sampul surat setiap bulan.

Ia sekali gus membuktikan golongan ini jika diberi peluang, mereka juga mampu untuk melakukannya sama seperti insan normal lain.

Mereka terdiri daripada 28 OKU dari pelbagai kategori yang kebanyakannya mempunyai masalah pembelajaran, pekak dan bisu yang berusia antara 18 hingga 64 tahun.

Pengurus Bengkel Seri Sembilan, Harunarrsheed Mohd Ibrahim berkata, membuat sampul surat merupakan pekerjaan utama di bengkel itu sejak tahun 1984 dan kini mampu menjana pendapatan sehingga RM150,000 setiap bulan.


Harunarrsheed

    “Kita mendapat kontrak secara terus daripada Kementerian Kewangan untuk membekalkan sampul surat pelbagai saiz di lebih 400 jabatan kerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Pemprosesan itu bermula dari awal sehinggalah kepada penghantaran dan mereka ini bekerja pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, setiap pekerja akan dibayar mengikut jumlah sampul surat yang dilipat dan purata pendapatan mereka sebulan ialah RM250.
https://www.sinarharian.com.my/a ... -surat-setiap-bulan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.069014 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list