CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sayapghaib

Bulan Piama(bulan melayu utara semenanjung)

[Copy link]
Post time 9-10-2010 12:24 AM | Show all posts
aku search ada jah burung balai kt google



http://alrazzi.blogspot.com/2010 ... h-burung-balai.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2010 12:29 AM | Show all posts
Reply 81# ChildrenOfBodom


    hehehe ye ke....sbab aku x tau ruper burung balai, aku tgk description lar......xder tulis burung balai aku ingat bukan lar...hehehe

aku guna google image......salah care cari lar tue...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 10:22 AM | Show all posts
Burung balai, species merbah, warna kelabu, kecik, makan ulat..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 03:56 PM | Show all posts
dah abis dah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 06:42 PM | Show all posts
bab hari-hari ada tak????
Saya pelik sedikit sebab kebanyakan orang kampung saya di sebelah utara akan berkata hari Senayan untuk hari Isnin
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 10:26 PM | Show all posts
Isnain @ senayan @ senin
subuh @ seghuboh
kursus @ keghusuih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2010 10:34 PM | Show all posts
owh,terima kasih beritahu,sebutan tu asal dari apa?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 10:49 PM | Show all posts
mungkin pelat org kedah kot,

nama hari skang pengaruh bahasa arab

wahid=1------>ahad
isnani=2------->isnin
salasa=3----->selasa
arbaa=4------>rabu
khamsa=5----->khamis
jam aa=6------>jumaat
saba=7------>sabtu

ini ikut pemahaman saya....
kalo salah bagi tau....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2010 08:38 AM | Show all posts
Reply 80# shahaizat

Burung ni masih ada,cuma sebelum ni tak perasan burung ni adalah burung balai.Gambar yang COB tempek tu gambar burung balai.
Burung ruak-ruak(wak-wak) pun masih banyak.Ni dah nak sampai musim dia sebab ruak-ruak banyak  keluar dari hutan untuk kekawasan sawah padi bila angin monsun timur laut bermula dan anak padi mula membesar.Musim ni juga boleh nampak lang sewah lebih kerap dikawasan sawah.Mungkin sebab banyak burung lain yg boleh dijadikan mangsa ketika ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2010 08:43 AM | Show all posts
bab hari-hari ada tak????
Saya pelik sedikit sebab kebanyakan orang kampung saya di sebelah utara a ...
skylab Post at 9-10-2010 18:42


Senayan bukan saja sebutan orang-orang utara untuk hari Isnin,tapi juga diguna oleh  ramai orang Jawa di Indonesia.Persamaan sebutan utara yg lain dengan orang jawa ialah untuk Tukul iaitu Jawa=Martul manakala org utara=Merton.Tak pasti pula adakah perkataan tu berasal dari bahasa Inggeris atau tak sebab ada Tool kat hujungnya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 11:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by paler kembang at 10-10-2010 11:07

Sekarang burung balai baru dapat menyesuaikan dengan musim baru di negeri Kedah, semenjak padi diusahakan 2 kali setahun malah 5 kali dalam 2 tahun, penduduk kedah tidak lagi bergantung terus kepada hujan, sebaliknya air dilepaskan ke sawah oleh MADA apabila sistem sungai@perparitan@pida di Kedah ditingkatkan dengan adanya empangan Pedu dan sistem pengairan MUDA.  Semenjak Ampang Jajar menahan pengaliran air, maka air takungan di sungai2 di negeri kedah sentiasa ada untuk menampung tanaman padi lebih kerap.  

Maka sudah tidak ketara akan kekeringan bendang pada musim timur, maka burung balai sudah tidak dapat salai katak lagi seperti kebiasaan nenek moyang depa dulu.  Namun habitat mereka juga turut berubah mengikut peredaran zaman dan keadaan sekeliling.

Jika zaman sebelum 60an, burung bangau kelihatan di bendang, dan sering diburu oleh petani untuk dijadikan makanan.  Maka burung2 bangau sangat berhati-hati dengan pesawah yang membawa senapang patah. Kerana peluru kekacang senapang patah petani dapat kena pada beberapa ekor bangau dengan sekali tembak sahaja.  

Akhirnya menjelang tahun 70an dan 80an.. bangau sudah tidak kelihatan di sawah bendang.  Sehinggalah pada penghujung tahun 90an apabila selsema burung muncul... petani dan peladang dari segenap rantau dunia tidak lagi gemar menangkap burung untuk dijadikan makanan.  Keadaan ini menyebabkan burung2 dapat hidup selesa tanpa gangguan dan melahirkan keturunan dengan selamat.   Dan apabila ikan2 dibendang juga tidak lagi menjadi makanan utama kepada petani2 sebab kebanyakannya dicemari dengan racun.. maka burung2 terutamanya bangau sudah nampak jelas di mana-mana saja di sawah padi terutamanya ketika sawah padi dibajak dengan traktor.  Kini amat senang sekali melihat beribu2 ekor bangau di sawah padi menangkap ikan di bendang berbanding dengan 10 tahun yang lalu.

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 12:39 PM | Show all posts
Senayan bukan saja sebutan orang-orang utara untuk hari Isnin,tapi juga diguna oleh  ramai orang ...
sayapghaib Post at 10-10-2010 08:43



    merton tu asai dr bahasa portugis - martelo
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 04:52 PM | Show all posts
yela, time aku gi bukit emrtajam dulu, penuh burung bangau dok ikut jentera ketam padi
-aku pikir burung2 bangau ni nak mampus ke dok ikut mesin tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 04:59 PM | Show all posts
x terpikir nak makan balik ke burung bangau nih?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 10:26 PM | Show all posts
Bangau putih ni kalau pelihara buat bangau daging macamana!... sesuai?....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 11:01 PM | Show all posts
perniagaan menternak bangau

1 ekor RM 20
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2010 11:03 PM | Show all posts
zaman jepun dulu, padi2 ini dirampas ke?

dulu bajak padi nih pakai kobau ke? sistem perairan lak camne?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2010 01:13 PM | Show all posts
x terpikir nak makan balik ke burung bangau nih?
shahaizat Post at 10-10-2010 16:59


Bangau tak sedap coz makan ikan,katak dan serangga.Burung yg sedap kat kawasan sawah ialah ayam-ayam( dipanggil ayaman kalau dialek Kelantan) Sitar gajah,ruak-ruak dan puyuh.Ayam-ayam,sitar gajah dan ruak-ruak banyak ketika padi sedang membesar.Puyuh pula ketika musim kemarau.Puyuh padang ni kecil sahaja.Selain itu ada juga burung-burung jenis air seperti belibis(sama bentuk mcm itik)ketika musim air.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 08:35 PM | Show all posts
owh, orang kedah pun kenal ayaman, susah nak tangkap ni burung ni, lari laju
-burung sitar dan ruak2 bapak aku ckp berhantu, ada penunggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2010 09:19 AM | Show all posts
owh, orang kedah pun kenal ayaman, susah nak tangkap ni burung ni, lari laju
-burung sitar dan ruak ...
sekngucing Post at 11-10-2010 20:35



    Ayam-ayam atau ayaman memang banyak kat kawasan sawah sebab burung ni makan padi.Terbangnya tak bertanjak atau tak bercekoh(gopoh mcm ayam).Kat tempat saya orang guna pukat burung untuk tangkap burung ni dan juga ruak-ruak.Malah ramai juga yg pernah tangkap guna tangan sebab burung ni agak gopoh bila dikepung.Senapang juga selalu digunakan untuk memburu burung ayam-ayam ini dan juga Sitar gajah.Memang ada kejadian misteri berkaitan burung-burung ni tapi rasanya hantu-hantu pun dah takut kat pemburu-pemburu burung ni yg dah tak pedulikan diorang sebab nak tangkap burung-burung ni.Kalau orang Kelantan berpegang dengan unsur gedebe ,orang Kedah pula berpegang dengan unsur Kahaq.Tapi selalunya orang kahaq tak bercakap banyak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.130069 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list