CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 404|Reply: 0

[Pahang] Mak nyah ‘antarabangsa’ cemari bandar Kuantan

[Copy link]
Post time 28-9-2022 11:00 AM | Show all posts |Read mode

SEORANG lelaki sedang bertanyakan sesuatu kepada mak nyah di Jalan Pasar di Kuantan, Pahang. – FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF


KUANTAN: Lorong di Jalan Pasar di sini masih lagi menjadi port aktif buat golongan mak nyah ‘antarabangsa’ atau warga asing untuk mencari dan menunggu pelanggan bagi menawarkan perkhidmatan mereka.

Jika dahulu iaitu sekitar tahun 1997 sehingga 2000 atau sebelum pandemik Covid-19, lorong-lorong ‘hitam’ itu turut meriah dengan kehadiran mak nyah tempatan.

Bagaimanapun, kehadiran mereka amat tidak disenangi ramai selain dilihat hanya mencemari imej bandar Kuantan yang majoritinya penduduk beragama Islam.

Tinjauan Utusan Malaysia di situ mendapati, seawal pukul 6.30 petang sudah ada mak nyah bersidai di kaki lima di lorong itu dengan penampilan seksi dan menggoda, pakaian yang singkat serta mengghairahkan.

Difahamkan, mak nyah di lorong itu bukan dikuasai oleh rakyat tempatan sebaliknya pondan ‘antarabangsa’ dari Indonesia, Thailand dan India.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Transgender Pahang yang dikenali sebagai Marina, 46, berkata, lorong mak nyah di daerah ini tidak lagi semeriah sekitar 1997 hingga 2000 yang boleh dianggap pesta pada ketika itu.

“Pada waktu itu, bukan sahaja lorong di Jalan Pasar malah lorong Jalan Ambank di sini meriah dengan lebih 300 mak nyah terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing. Siapa tak kenal Marina dan Fiona. Semua orang kenal pada zaman itu.

“Kini, boleh dikatakan hanya Jalan Pasar yang masih ada mak nyah, itu pun warga asing Indonesia sekitar 20 orang, Thailand (11 orang) dan India (20 orang), tapi bukan semua maknyah itu kerja di lorong.

“Kalau rakyat tempatan di situ kita boleh kira dengan jari sahaja, anggaran dalam lima orang sahaja,” katanya di sini semalam.

Marina berkata, mak nyah warga asing yang ada di situ bukan dari sindiket tetapi terpaksa bekerja di lorong kerana tiada kerja lain.

“Begitu juga mak nyah warga tempatan, mereka juga terpaksa kerja di lorong kerana tiada kerja lain. Mereka perlu bekerja untuk makan dan minum, bayar sewa rumah. Ia demi kelangsu­ngan hidup.

“Susah rakyat Malaysia hendak terima mak nyah, yang duduk lorong bukan tak mahu berubah tapi minta kerja lain tak dapat. Masih ada stigma bila lembut tidak diterima kerja,” katanya.

Marina yang sejak berusia 20 tahun menjadi mak nyah berkata, stigma masyarakat pada ketika ini sudah berbeza berban­ding sebelum tahun 2000 yang dahulunya cukup negatif dan langsung tidak boleh menerima golongan tersebut.

“Sekarang mak nyah sudah diterima bekerja di salun rambut, kerja di bank dan hotel. Cuma masih ada stigma di media sosial yang menyifatkan golongan mak nyah walaupun sembahyang tetap berdosa.

“Habis itu mak nyah hendak menghadap siapa untuk berubah? Bukankah Allah SWT? Patuh berilah kami kata-kata semangat untuk berubah,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, pada ketika ini ramai golo­ngan mak nyah sudah berubah meninggalkan kerja-kerja maksiat.

“Kami di sini ada persatuan komuniti mak nyah yang ahli­nya berdaftar lebih 300 orang. Ia bukan sahaja terdiri daripada mak nyah malah gay.

“Di bawah persatuan ini, ia mengajar kami berubah me­ninggalkan perbuatan tidak ber­moral dan mendekatkan diri dengan Allah SWT dengan solat dan mengaji.

“Walapun kami masih lagi berpakaian wanita, tapi kami telah berubah meninggal kerja-kerja maksiat dan mendekatkan diri dengan Allah SWT,” kata­nya.

Beliau dalam pada itu berkata, sukar untuk mak nyah berubah menjadi lelaki sepenuhnya kerana jiwa lembut mereka sejak dari kecil lagi.

“Walaupun ada berpakaian lelaki, tetapi dia tetap anggap dirinya mak nyah. Kami berubah untuk kebaikan diri dan mendekatkan diri dengan Allah SWT,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... mej-bandar-kuantan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.056698 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list