CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37418|Reply: 216

Apa pendapat kamu tentang hujah ini?

 Close [Copy link]
Post time 6-10-2010 10:35 PM | Show all posts |Read mode
Salam sejahtera semua,

Sila tonton perbahasan oleh saudara David Wood ni.

Bagi saya, apa yang dibentangkan oleh saudara David adalah munasabah dan logik.

Saudara David menggunkan fakta dalam apa yang dibahaskan beliau.

Kalau saudara ragu atau tidak bersetuju dengan pendapat beliau, kamu boleh melawat laman webnya.

Kamu boleh menyoal ataupun berdebat dengan beliau mengenai hal hal agama.

Adakah saudara bersetuju dengan apa yang dibentangkan beliau?

Kalau setuju atau tidak, sila beri komen atau pendapat selepas menonton klip tersebut.

Kita boleh tukar tukar pendapat tentang apa yang dikatakan oleh Saudara David Wood ni.


http://www.youtube.com/watch?v=2ALL_43xgco
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2010 09:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 09:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 07:05 PM | Show all posts
Reply 3# tora bora

Yo bro,

You did not answered the question or remarks posted by the thread starter.

Why would Allah tricks first century believers into believing in the Crucifiction of Jesus?? Which then become the largest believers in the world. And if so, won't Allah be responsible for doing so??

Regards.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2010 02:41 AM | Show all posts
Apa khabar saudara tora.

Tentu saudara tahu tujuan saya membuka thread ini.

Tetapi sebaliknya saudara cuba mengalihkan perhatian semua dengan memberi link lain yang tidak ada kena mengena dengan hujah oleh saudara David Wood.

Hujah Bart ini sebenarnya dapat dijawab oleh beberapa pihak seperti David Wood, Josh Mcdowell dsb.

Link seperti dibawah:

http://www.youtube.com/watch?v=Ze0shXucArA


Saudara kena tahu dengan memberi link tentang apa agama pun, pasti ada orang lain yang akan berjaya menjawabnya.

Hakikatnya ialah kita semua disini tidak berada dimuka bumi ini 2000 tahun dahulu.

Jadi kita tidak akan tahu sama ada Bible ataupun Injil ini sudah diubah-suai ataupun corrupted serperti yang didakwa oleh pihak pihak yang tertentu.

Kita boleh mendengar hujah daripada pelbagai pihak...tetapi akhirnya kita sendiri kena membuat keputusan untuk menerima atau menolak sesuatu yang dibentangkan.

Untuk membuat keputusan itu, kita kena membaca, research atau selidik, menyoal pelbagai pihak dll.

Mengikut secara buta tentang sesuatu teori tidak bermaksud kita membuat keputusan yang betul.

Contohnya ialah kita seringkali mendengar bahawa Bible yang ada pada kita sekarang telah diubahsuai ataupun corrupted berbanding dengan yang asal.

Kalau begitu, sila tunjuk kepada semua disini naskah Bible/ Injil yang tulen ataupun asal.



Anyway balik kepada topic dalam thread ini.

Apa pendapat saudara tora tentang hujah David Wood ini?

Adakah saudara setuju ataupun tidak?

Jika setuju sila nyatakan sebabnya.

Dan jika tidak setuju sila nyatakan sebabnya.

Seperti yang saya katakan pada awal thread ini...

biar kita fokus apa yang disampaikan oleh David Wood dan disamping itu kita boleh tukar-tukar pendapat sama ada apa yang disampaikan oleh saudara David ini adakah ianya benar atau tidak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2010 02:49 AM | Show all posts
Terima kasih kepada saudara kompia kerana mengajukan satu soalan yang bernas seperti yang dinyatakan dalam hujah David Wood.

Saudara lain dijemput berkongsi pendapat tentang apa yang diucapkan oleh David Wood.

Setuju atapun tidak setuju dengan David Wood tidak menjadi masalah.

Yang penting kita dapat berkongsi pendapat dan diharap kita semua dapat mempelajari sesuatu berguna dalam thread ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2010 11:34 PM | Show all posts
Saya jumpa dlm laman penerangan berikut :

.... In the final portion of this ayah Allah (swt) says “So we aided those who believed against
their enemies and they became victorious”. Because there is little historical evidence that ‘Isa (as)
and his followers fought in open jihad, probably since they had not gained control of a State,
some scholars say that what Allah (swt) means in this ayah as victory over their enemies is an
intellectual victory. Before the war of swords, there has to be a war of ideas. Those who spoke
the truth and said ‘Isa (as) was the messenger of Allah (swt) had the correct ideas and the correct
thoughts. While those who said that ‘Isa (as) was a false prophet or those who attributed divinity
to him (as) spoke nothing but lies. All of their thoughts were based on imagination which had no
basis in the reality. How could anyone say ‘Isa (as) was a liar when he (as) had presented such clear miracles such as being able to cure the blind and bring back the dead? What sorcerer or
impostor can do that? By the same token how can anyone attribute divinity to ‘Isa (as) when they
say that he (as) walked, ate food, and had needs just like any other human? Even the simplest of
minds can understand the fact that in this world there is only the creation and the Creator. If any
being has any of the limitations of the creation then he cannot be the Creator. Allah (swt) is the
Creator, free of all weaknesses and limitations, that is why Only He (swt) deservers to be
worshipped. That is why everything else in the universe is always worshipping Allah (swt) and
making tasbih for Him (swt). May Allah (swt) allow us to recognize how He (swt) is Al-Aziz and Al-
Hakim, how because of this He (swt) deserves all of the worship and all of the obedience. So
Majestic and Glorious is He (swt), that all of the people in our society as well as the society itself must submit fully to Him (swt)...

http://quran-tafsir.org/saff.pdf
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 11:40 PM | Show all posts
Juga ada penjelasan disini, sila klik link dibawah, panjang nak tulis :

http://www.qtafsir.com/index.php ... 1363&Itemid=117
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2010 12:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 10:51 AM | Show all posts
Reply 9# tora bora

Markus 1:1  Inilah permulaan Injil tentang Yesus Kristus, Anak Allah.

Matius 24:14  Dan Injil Kerajaan ini akan diberitakan di seluruh dunia menjadi kesaksian bagi semua bangsa, sesudah itu barulah tiba kesudahannya."

Matius 26:13  Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya di mana saja Injil ini diberitakan di seluruh dunia, apa yang dilakukannya ini akan disebut juga untuk mengingat dia."   

1 Korintus 1:21  Oleh karena dunia, dalam hikmat Allah, tidak mengenal Allah oleh hikmatnya, maka Allah berkenan menyelamatkan mereka yang percaya oleh kebodohan pemberitaan Injil.

Persoalan yg saya sentiasa tanya kepada setiap org yg ingin menidakkan alkitab dr geng saudara. Mana Taurat dan Injil yg asli? Saudara tak ada kan. Kalau takde, camna saudara tahu apa yg saudara lakukan pada hari ini adalah berkenan dgn hukum Taurat dan Injil yg telah ditetapkan oleh Tuhan sejak berkurun lamanya. Di dlm alkitab, Injil telah dijanjikan akan terus tersebar sampai ke seluruh dunia. Jikalau saudara betul, maka Tuhan akan dikatakan menipu. Kerana pada kurun ke-6 tu, masih byk tempat yg belum mendengar Injil. Jadi, kalau saudara nak saya pilih siapa betul siapa salah. Saya akan katakan Tuhan yg betul.

2 Korintus 4:3-4  Jika Injil yang kami beritakan masih tertutup juga, maka ia tertutup untuk mereka, yang akan binasa, 4  yaitu orang-orang yang tidak percaya, yang pikirannya telah dibutakan oleh ilah zaman ini, sehingga mereka tidak melihat cahaya Injil tentang kemuliaan Kristus, yang adalah gambaran Allah.

Ini bukan saya yg tulis tetapi ditulis oleh org yg bersama Yesus awal 600 tahun sebelum kewujudan kepercayaan saudara. Fikir dan renung renungkanlah.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 02:35 PM | Show all posts
Mana Injil yang asli ? Soalan yang menarik,... mana Injil asli yng berada ditangan Jesus ? Tentu sekali Jesus tidak menggunakan Injil Matius, Luke, John dan Markus.. ia cuma 'translation'.. Translation from what ?... so yng original pasti ada, tapi telah dimusnahkan ... sebab Jesus pada hujung hayatnya cuma mempunyai 12 pengikut yng dianggap setia dan sering diburu dan dimusuhi oleh golongan yahudi dan kerajaan rom pada waktu itu.... Dengar penjelasan dari 'former christian' berikut :

http://www.youtube.com/watch?v=F4PNdiyA5m8
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 02:46 PM | Show all posts
Tuhan tidak pernah menipu, tetapi manusialah yang sering menipu utk kepentingan diri mereka sendiri... Bukankah kerana tipu daya Yahudi, maka Jesus difitnah dan dibunuh menurut ajaran kalian ? Sejak zaman berzaman, manusia sering kali memanipulasi ajaran Tuhan, tetapi dari zaman ke zaman Allah lantik dikalangan manusia utk mengajar manusia tentang agama.. mereka itu ialah : Ibrahim, Musa, Isa (Jesus) dan yng terakhir Muhammad... mereka cuma manusia biasa... yng hidup dikalangan manusia dan hanya Hamba Kpd Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 02:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 01:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by kompia23 at 13-10-2010 13:04

Reply 11# tora bora

Yo bro, saudara masih tidak menjawab persoalan saya. MANA INJIL YG ASLI? Tak tahu? Jadi, macam mana saudara boleh kata Injil yg kami ada adalah tidak benar?? Apa pun yg saudara katakan walaupun dgn si Dr. Bart tu, itu cuma andaian je.

Biar saya beri satu perumpamaan. Ada satu kotak yg mengandungi emas, dan dalamnya ada 200 keping wang emas. Moyang saya tuliskan satu buku tentang kotak yg mengandungi 200 keping emas itu. Sesudah moyang saya meninggal, buku itu ditinggalkan dgn keluarga saya dan diturunkan turun temurun dan diajarkan sedemikian. Saya membacanya dan kemudiannya memberitahu semua org tentang kewujudan wang 200 keping emas dlm kotak itu.

Tertiba-tiba ada org keluar dan mengatakan itu tidak benar. Atas alasan kita tidak tahu mana bila buku itu dituliskan, ditulis oleh siapa,  tiadanya penerangan ttg kotak itu, siapa yg membuatnya dan bagaimana ia dibuat... Semua org terpegun kerana apa yg dikatakannya adalah munasabah dan dilihat logik. Tetapi masalahnya ialah kerana terlalu taksub dgn andaian dan kotak tersebut, org terlupa benda yg lebih penting. Isi yg ada dlm kotak itu. Wang emas 200 keping tu. Kotak itu mungkin satu kotak biasa yg tak bernilai pun, tapi org dibuat memfokus kepadanya.

Injil adalah Firman Tuhan yg dtg dari Tuhan yg kekal. Dia sendiri telah mengatakan yg FirmanNya tidak akan lupus ditelan zaman. Alkitab adalah buku yg paling terpelihara dalam sejarah manusia. Wujud ribuan tahun, dan paling byk salinan di seluruh dunia...  dalam era yg berlainan. Bila dirujuk balik ke yg lain, isinya masih sama seperti yg dlm 2000 tahun yg lalu.

Yesus sendiri pun mengatakan dunia akan berlalu tetapi satu FirmanNya pun tidak akan hilang. Jadi saudara, jawab persoalan saya ini... mana Taurat dan Injil yg Tuhan turunkan yg saudara sendiri pun tahu ada.

Sekali lagi, Yesus yg tipu ke? Tuhan yg tipu ke? atau saudara yg salah faham? Utk mengatakan satu benda itu tidak asli, kena tunjuk yg asli dulu. Kalau tidak, camna nak bezakan mana asli mana tiruan.

Kena ingat juga, ada org yg buat yg tiruan tapi mengatakan yg asli itu tiruan. Itu utk melindungi dirinya sendiri seperti yg saudara katakan. Manusia biasakan....

Fikir-fikirkanlah.

Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2010 01:52 AM | Show all posts
Apa khabar saudara tora,

Nampaknya saudara tora kurang memahami apa sebenarnya tujuan thread ini dimulakan.

Kalau boleh, diharap saudara tora boleh meluahkan perasaan dan pemikiran sendiri apabila memberi pendapat.

Lebih baik jikalau saudara boleh memberikan fakta apabila membentangkan sesuatu seperti saudara David Wood.

Dengan terburu-buru memberikan link tidak bermaksud jawapan saudara adalah betul.

Lebih-lebih lagi link yang diberikan hanyalah spekulasi, andaian and konspirasi semata-mata.

Link yang saudara tora berikan tiada bukti langsung untuk menjawab hujah saudara David Wood.

Balik kepada persoalan kita: Ini satu soalan hypothesis.

Saya nak tanya apakah reaksi saudara tora jika saya mendakwa yang lukisan asli "mona lisa" yang ada pada tangan saudara tora adalah palsu?

Tentu reaksi pertama saudara ialah supaya saya mengeluarkan lukisan asli mona lisa agar perbandingan dapat dibuat bukan begitu?

Atau saudara akan percaya bulat-bulat dakwaan saya?

Begitu juga dengan penganut-penganut Kristian apabila umat Islam mendakwa yang Injil yang ada sekarang telah diubah ataupun "corrupted".

Masalahnya sekarang sampai hari ini, Injil/ Bible yang asal tidak dapat dikeluarkan oleh umat Islam atau pihak yang mendakwa bahawa Injil penganut Kristian telah diubah ataupun corrupted.

Pelik bukan? Kamu mendakwa sesuatu tetapi tidak dapat mengeluarkan bukti langsung untuk mengukuhkan dakwaan saudara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2010 02:21 AM | Show all posts
Perkara yang kedua ialah apa yang dinyatakan oleh David Wood tentang rekod pengikut-pengikut Yesus Kristus ataupun Nabi Isa.

Saudara David menyatakan tiada rekod sejarah langsung yang pengikut-pengikut Yesus Kristus adalah umat Islam.

Kalau adapun rekod nampaknya ia telah hilang begitu sahaja.

Jangan cakap Yesus Kristus sahaja tetapi para Nabi atau orang alim dalm Injil seperti Ibrahim, Musa, Yusuf, Daud, Yakub, Elijah dsb. Tiada rekod langsung menunjukkan mereka adalah umat Islam.

Walaupun saudara tora cuba membuat dakwaan yang Nabi atau orang alim diatas adalah penganut Islam...hakikatnya ialah saudara tora tidak mempunyai rekod ataupun fakta untuk dibentangkan kepada semua disini.

Pelik bukan?

Seluruh dunia tahu yang Yesus Kritus adalah pengasas ajaran Kristian tetapi saudara tora mendakwa sebaliknya.

Seluruh dunia juga tahu yang Islam diasakan oleh Muhammad tetapi saudara tora mendakwa Musa, Ibrahim, Daud, Yusug dsb adalah umat Islam.

Tidakah saudara berasa hairan dengan dakwaan saudara yang tanpa rekod atau fakta sejarah?

Apakata kalau besok, ada yang mendakwa bukan Parameswara yang mengasaskan Melaka?

Dan pihak yang membuat dakwaan tentang Parameswara juga tidak dapat membentangkan rekod sejarah atau bukti seperti saudara tora.

Bayangkan selepas 600 tahun sejarah Melaka diketahui umum, tiba-tiba datang seorang yang mendakwa sebaliknya.

Begitu juga dengan Yesus Kristus dan Agama Kristian.

Selama 600 tahun, tidak ada manusia yang mempertikaikan Yesus Kristus ataupun Injil.

Dan selepas 600 tahun, tiba-tiba datang seorang yang mengajar perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Yesus Kristus.

Apakah reaksi saudara tora jika besok, ada pihak yang mendakwa yang Parameswara tidak pernah memijak ke bumi Melaka?

Cuba renungkan apa yang saya bentangkan diatas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2010 06:47 AM | Show all posts
Sekiranya ada empat orang berkata tentang kewujudan kotak yng mengandungi 200 keping wang emas, adakah anda percaya ? Apabila ditanya dimanakah kotak itu, lalu mereka gagal menunjukkannya, maka hakikatnya ialah boleh saja mereka benar atau berbohong... (ini jelas)...

Tetapi jika seorang kata terdapat 200 keping wang emas, seorng lagi berkata ada 300 keping dan yang lain juga berkata jumlah yng berbeza. Apakah pendapat anda ?

Inilah bukti jelas Injil itu telah dibuat salinan demi salinan dan banyak kesilapan dilakukan.

Ini bukan andaian, cuba baca dan fahami link berikut , oleh  P. Wesley Edwards :

http://www.freethoughtdebater.com/tenbiblecontradictions.htm
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 10:23 AM | Show all posts

.

Post Last Edit by arssdili at 15-10-2010 10:28

mana ada injil yg original. semua sudah diubah2 spt yg ada hari ini. kami org islam tak perlu rujuk yg original, hanya diberitahu tuhan melalui nabi yg terakhirnya iaitu Muhammad.
oleh kerna anda tak beriman pd muhammad, malang lah anda.
bagaimana anda nak buktikan kitan injil yg pertama tu original dpd nabi isa?
tetiba nabi isa dikatakan anak tuhan. tak logic
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 10:32 AM | Show all posts
kena ingat, logic akal itu diperlukan utk mengenali mana baik mana buruk. logic itu dimiliki oleh manusia dewasa yg berakal, tidak pd org gila dan kanak2.
logic juga akan tahu tuhan itu tidak akan menjadi dirinya manusia utk dikorbankan kan dan tebus kesalahan manusia. tak perlu semua itu.

seorg raja yg berkuasa tak perlu korban dirinya utk tanda ia sayang kan rakyatnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 01:57 AM | Show all posts
Salah satu masalah ketara yang dapat diperhatikan dalam forum ini ialah bagaimana sesetengah pihak begitu sukar berhujah atau berdebat dengan menggunakan fakta.

Cuba lihat jawapan-jawapan yang diberi oleh kawan kita dibawah:

mana ada injil yg original. semua sudah diubah2 spt yg ada hari ini. kami org islam tak perlu rujuk yg original, hanya diberitahu tuhan melalui nabi yg terakhirnya iaitu Muhammad.


Beginikah cara anda berhujah atau mempertahankan kepercayaan anda?

Membuat dakwaan secara desperate atau terburu-buru seperti diatas tanpa memberi satu pun fakta atau rekod.

Kamu mendakwa Injil telah diubah ataupun corrupted. Umat Kristian tidak membantah dakwaan atau spekulasi anda. Kami hanya meminta bukti daripada kamu untuk membuktikan dakwaan kamu.

Jadi apa yang kami dapat ialah jawapn diatas seperti yang diberikan oleh saudara arssdili.

Adakah kamu semua rasa ini hujah yang adil dan berasas?

Kalau kamu didakwa di mahkamah kerana mencuri, adakah kamu akan menerima dakwaan itu bulat-bulat atau kamu akan meminta bukti daripada pihak mahkamah?

Saya meminta dua fakta yang munasabah...tidak susah.

Pertama, kemukan Injil yang asal untuk semua disini untuk membuat perbandingan dengan Injil yang ada sekarang.

Kedua, rekod atau fakta sejarah menunjukan yang orang atau Nabi dalam Injil seperti Musa, Ibrahim, Yusuf dsb adalah umat Islam.

Kalau saudara gagal menunjukan permintaan asas seperti diatas, bagaimana saudara berharap kami boleh percaya apa yang saudara dakwa selama ini?

Seterusnya lihatlah jawapan dari saudara arssdili seperti dibawah:

bagaimana anda nak buktikan kitan injil yg pertama tu original dpd nabi isa?

Persoalan sekarang ialah saudara yang memulakan dakwaan yang Injil sekarang bukanlah yang tulen. Jadi bukankah saudara yang patut keluarkan Injil yang asal untuk umat Kristian membuat perbandingan?

Tetapi lihatlah jawapan yang diberikan seperti diatas.

Pelik bukan? Mendakwa kitab kami bukan yang asal dan selepas itu bertanyakan kami bagaimana kami akan membuktikan yang Injil yang asal itu daripada Yesus Kristus/ Isa.

Begitukah cara saudara berhujah?


tetiba nabi isa dikatakan anak tuhan. tak logic

Kalau nak katakan logic, adakah saudara berasa logic apabila Yesus Kristus/ Isa dengan jelas menyatakan dalam Kitab Injil yang setiap lelaki hanya boleh berkahwin dengan seorang wanita. Dan dengan jelas Yesus Kristus menyatakan yang kita akan berdosa sekiranya lelaki berkahwin lebih daripada satu kecuali dalam keadaan isteri sudah meninggal.

Tetapi seperti yang kita ketahui, umat Islam boleh mengahwini sampai empat. Kebenaran berkahwin lebih daripada seorang diberikan oleh Muhammad.

Bukankah kedua-dua ajaran diatas adalah bertentangan?

Tidakah saudara berasa hairan dengan ajaran yang begitu jelas bertentangan seperti diatas?

Adakah saudara merasakan keadaan ini logik?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.071579 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list