CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tiptop123

Apa pendapat kamu tentang hujah ini?

 Close [Copy link]
Post time 17-12-2010 03:53 PM | Show all posts
Sebabnya ialah selama beratus tahun selepas kematian Jesus..
1. Umat Kristian hidup minoriti dalam kerajaan.
2. Umat Kristian pada masa itu sering ditangkap, diseksa dan dibunuh oleh penguasa dan orang Yahudi, dan tahukah anda 'Paul' adalah orangnya yang menjadi orang kuat memusuhi orang Kristian pada masa itu.
3. Umat Kristian dalam keadaan lemah sebab mereka belum membantuk apa-apa kerajaan pun dan hidup dalam ketakutan dlm pemerintahan ROM.

Ajaran Kristian hanya menjadi anutan pemerintah sekitar tahun 325 M, setelah Raja Constantine, Raja Rom memeluk agama itu.

Itupun didapatinya, kitab suci kamu itu, terlalu banyak dan ajaran pelbagai, sebab itulah beliau menjemput para ketua agama Kristian ke persidangan /mesyuarat Nicea.


Perkara basi yang memuakkan dan membosankan.

tak sampai beratus tahun kemangkatan Jesus pun.
1. umat Christian hidup minoriti dalam kerajaan.
kerajaan pertama yang memberi perlindungan kepada ajaran Christ adalah kerajaan Edessa yang dah wujud sejak abad ke-4 SM lagi dalam lembah Mesopotamia. Saint Abgar yang menjadi raja bagi kerajaan Edessa telah dibaptiskan oleh seorang apostle dari 70 apostles Jesus iaitu Saint Thaddeus of Edessa sekitar abad ke-29 M. Thaddeus of Edessa dihantar oleh apostle yang 12 iaitu Saint Thomas.

abad ke-52 M, Saint Thomas sendiri belayar ke selatan India di Kerala menginjilkan orang Israel di situ. tak lama lepas itu Saint Thomas dibunuh dengan lembing orang Hindu. Jenazah beliau dihantarkan kembali ke Edessa.  

2. Umat Kristian pada masa itu sering ditangkap, diseksa dan dibunuh oleh penguasa dan orang Yahudi, dan tahukah anda 'Paul' adalah orangnya yang menjadi orang kuat memusuhi orang Kristian pada masa itu.

Saint Paul memang pernah memusuhi ajaran al-Masih. Tetapi selepas itu beliau sudah bertaubat. Abang2 sekristian sky, sky tak faham kenapa lah orang2 Muslim ni selalu memainkan isu semasa Saint Paul tidak beriman terhadap Christ? Hal yang sama bukankah terjadi kepada seorang lelaki bernama Umar al-Kattab tapi semasa Umar al-Kattab telah tampar adiknya dia ternampak lembaran Quran adiknya. Lepas itu dia baca dan kemudian bertaubat 'masuk' Islam. Mula2 dia pun benci gila-gila kepada Muhammad, tapi lepas itu dia percaya pula. Halnya Saint Paul pun begitu. Akhirnya pun Saint Paul mati terbunuh juga sebab hendak pertahankan ajaran al-Maseh dibunuh oleh orang Yahudi. Adakah sebab dia kena rasuk 'setan' Muhammad? Yang itu lain kan???

perhimpunan Nicea ada berkaitan dengan kontroversi pengikut seorang bishop iaitu bishop Arius dari Alexandria di Egypt. bishop Arius mengajar ajaran bidaah dalam divinity Jesus sebab dia kata Jesus tak ada divinine. It means Jesus tak ada keluarkan gospel dari mulut-Nya dan tak ada gospel dalam hati-Nya. hal ini ditentangkan oleh Saint Athanasius. Perhimpunan Nicean menjelaskan hubungan antara Father dengan Son. Apa masalahnya dengan orang Islam yang tak beriman dengan Jesus sebagai Salvator? Dah ada Muhammad jadi Salvator sama lah macam penganut Bahai pun ada Salvator nabi Bahai.

kalau hal bidaah, mesti orang Sunni macam di JAIS akan menangkap orang-orang Syiah betul tak? ke nak kata yang itu lain? maharaja Constantine sebenarnya sudah terikut fahaman Arius sebelum akidahnya dibetulkan. Perhimpunan Nicea berlangsung sebab nak menjaga tidak membenarkan orang Christian bergaduh sesama sendiri dengan menyelaraskan akidah.

Fahaman Arius iaitu Jesus tak ada divine diikuti oleh puak-puak orang gasar Jerman. Tak lama lepas itu pun akidah mereka pun dibetulkan juga oleh empayar Romawi Barat menerusi aliran Roman Catholic.

3. Umat Kristian dalam keadaan lemah sebab mereka belum membantuk apa-apa kerajaan pun dan hidup dalam ketakutan dlm pemerintahan ROM.

Itu umat Christian di Barat. Umat Christian di Timur ada Byzantine iaitu Romawi Timur, sebelum itu juga kerajaan Edessa di Syria yang mana rakyatnya dan raja adalah orang Christian. Christ is King!

   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2010 03:58 PM | Show all posts
Reply  sky_ephemeris
iya kah sky?  kalo pompuan tu marah kita sebenarnya dia suka ...
putput Post at 17-12-2010 15:20


hehehe, sky tengok kawan2 sky yang gatal suka kat laki2 yang dorang minat kat depan memang macam tu pun kat dalam novel kalau suka katakan suka karangan makcik mana tah yang sky pinjam kat kawan sky pun cerita macam tu. tapi watak dalam novel yang wat perangai macam tu, watak lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 07:16 PM | Show all posts
The precise date of the introduction of Christianity into Edessa is not known. However, there is no doubt that even before AD 190 Christianity had spread vigorously within Edessa and its surroundings and that (shortly after 201 or even earlier?) the royal house joined the churc


lebih 100 tahun selepas kematian Jesus..

Under Roman domination many martyrs suffered at Edessa


Rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Edessa,_Mesopotamia
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 07:25 PM | Show all posts
perhimpunan Nicea ada berkaitan dengan kontroversi pengikut seorang bishop iaitu bishop Arius dari Alexandria di Egypt. bishop Arius mengajar ajaran bidaah dalam divinity Jesus sebab dia kata Jesus tak ada divinine. It means Jesus tak ada keluarkan gospel dari mulut-Nya dan tak ada gospel dalam hati-Nya. hal ini ditentangkan oleh Saint Athanasius. Perhimpunan Nicean menjelaskan hubungan antara Father dengan Son. Apa masalahnya dengan orang Islam yang tak beriman dengan Jesus sebagai Salvator?


Peristiwa ini penting utk membuktikan bahawa berlaku perselisihan fakta yang cuba dihapuskan dalam sejarah, ..
Christianity consisted of many sects. By converting Constantine
(The Great) the Paul heresy triumphed as the concept of trinity and the ending of the
Mosaic law (which made swine flesh permissible) brought this version of
Christianity very close to the Hellenic paganism that was practiced in Rome
and Greece. At Nicea Constantine had 300 versions of the Bible burnt, thus
legitimising and patronizing only the Paulic heresy.


Ertinya, persidangan Nicea ialah pemilihan mana satu yang disukai oleh Raja Rom... Raja Rom baru masuk Kristian, Tetapi sumbangan terbesarnya ialah mengahapuskan dan membakar ajaran-ajaran yang dia tidak menyebelahinya...

Ertinya selepas beratus tahun, banyak versi bible.... mana satu betul pun tak tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 09:58 AM | Show all posts
    and Greece. At Nicea Constantine had 300 versions of the Bible burnt, thus
    legitimising and patronizing only the Paulic heresy.



Ertinya, persidangan Nicea ialah pemilihan mana satu yang disukai oleh Raja Rom... Raja Rom baru masuk Kristian, Tetapi sumbangan terbesarnya ialah mengahapuskan dan membakar ajaran-ajaran yang dia tidak menyebelahinya...

Ertinya selepas beratus tahun, banyak versi bible.... mana satu betul pun tak tahu...
Reply 164# tora bora



Biskop-biskop yang menghadiri persidangan      Nicea ini tidak dengan mudah dipaksa oleh Constantine untuk menerima      doktrin yang mereka tidak setuju. Ini kerana mereka pernah ditindas, ada      yang dibunuh kerana iman mereka kepada Yesus Kristus, Tuhan segala alam      dan segala pengharapan hanya dariNya. Iman mereka tidak boleh dijual beli      kerana mereka yakin akan kebenaran Yesus Kristus. Banyak biskop dibuang      negara kerana biskop-biskop tersebut tidak mahu menerima ajaran Arius      berikutan maharaja-maharaja yang menyokong ajaran itu. Selepas kemangkatan      maharaja Constantine, para biskop ini meneguhkan iman mereka atas doktrin      Tritunggal pada suatu persidangan yang diadakan di Constantinople pada      tahun 381 Masihi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 03:32 PM | Show all posts
hahaha, awak non-Christian macam mana awak begitu yakin yang Arius mengajarkan benda yang betul? sedangkan kami yang Christian pun tak pernah berasa tergugat pun dengan Syiah macam JAIS berasa tergugat.

apa yang nak dihapuskan dalam sejarah? awak lihat pos abang putput. biskop yang datang tu kebanyakannya adalah orang Kristian awal dan pernah diseksa dengan kejam. Ada juga yang datang dari luar empayar seperti dari Persia. Constantine I tak ada kepentingan pun melainkan untuk menyatukan pihak Gereja dari perbalahan. Bukan ke hal ni sama je macam empayar Islam dengan mufti dan ustaz-ustaz yang bekerja membanteras ajaran bidaah katanya bagi agama Islam macam Syiah?

awak pasti terlalu terpengaruh dengan the Da Vinci Code

http://www.religionfacts.com/da_vinci_code/nicea.htm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2010 09:24 PM | Show all posts
Reply 166# sky_ephemeris

Dia ingat..masa Constantine jad Raja...Constantine ler yg mengtuhankan yesus....TAPI dia x tau...beratus tahun sebelum Constantine...sejak dari zaman Para Rasul lagi...umat Kristian telah beriman bahawa Yesus adalah TUHAN....

Dia cuba menafikan fakta sejarah...so sebagai alternatif...dia terima je teori konspirasi DaVinci.

Dalam hal ni...nak salah Tora sgt pon x buleh gak..Org Islam sendiri pon x pasti sejak bila agama kristian korup (kata mereka la).

Ada yg ckp sebaik sahaja Yesus naik surga...agama Kristian terus korup
Ada yg ckp sebaik sahaja Paul peluk Kristian
Ada yg ckp semasa zaman Constantine

Dan sampai kiamatlah mereka berfikir bahawa agama Kristian bisa dikorupkan...TETAPI Yesus awal2 dah janji....DIA akan sentiasa menyertai kita sehingga akhir zaman....jadi segala teori n andaian kita, anggap je la sbg gurauan bkasih.

Maha suci bagi TUHAN mmbenarkan kitab-kitabNYA dikorupkan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 11:15 PM | Show all posts
Itulah abang shalom. sky dapati mereka ni tak konsisten dengan dakwaan-dakwaan mereka. kelihatannya mereka seperti main taram sahaja bila menghentam orang. sama halnya dengan apa yang berlaku kepada Shi'ites di Gombak pada hari mereka ditahan leh Jabatan Agama Islam Selangor. Dalam akhbar berbahasa Melayu sendiri memberitahu bahawa Shi'ites secara umumnya menyembah kepada figure yang merupakan anak saudara nabi mereka itu iaitu Ali. Sedangkan apabila sky tanyakan pada seorang Iranian dan seorang Muslim Arab tak silapnya dari Syria yang mengikuti aliran Shi'ite mereka beritahu sky itu adalah fitnah yang nyata. Hanya ada dua cabang aliran Shi'ite sahaja yang menyembahkan kepada Ali. Yang lain-lain Shi'ite tetap mengikut kepada nabi manusia mereka sama sahaja seperti orang Sunni hanya dengan sedikit perbezaan dalam upacara persembahyangan.

Hal ini pun terkena kepada kita juga abang shalom. Yang sky tak fahamnya, kita bukan penganut Islam pun macam penganut Shi'ite yang diisytiharkan sebagai non-Muslim oleh authority agama negeri Selangor. Sepatutnya hal-ehwal akidah Kristiani bukan di bawah authority mereka tetapi di bawah authority pihak Gereja. Tapi mereka pun masuk campur juga dengan hal yang mereka tak tahu pun apa yang mereka perkatakan.

Peristiwa ini penting utk membuktikan bahawa berlaku perselisihan fakta yang cuba dihapuskan dalam sejarah, ..


Lihat ajelah kat pernyataan mengenai perbezaan fakta yang abang tora sebutkan. Apa yang terdapat perbezaan faktanya? Mereka begitu menyukai teori konspirasi yang diciptakan oleh orang "kafir" walaupun disebut jangan mengikut kepada orang kafir dalam agama mereka.

Faktanya tidak disebutkan jelas supaya kita faham sebaliknya hanya quote kepada kenyataan sky bahawa biskop yang bernama Arius itu dengan ajaran bidaahnya sahaja ditentang. Yang diperbincang dalam perhimpunan Nicea adalah mengenai hal tentang jenis divinity apakah Jesus. Bukannya Jesus itu divine atau pun tidak. Hal mengenai itu sudah settle begitu lamanya sejak sebelum Jesus naik ke langit lagi bersama-sama Bapa. Jesus is Divine!

Christianity consisted of many sects. By converting Constantine
(The Great) the Paul heresy triumphed as the concept of trinity and the ending of the
Mosaic law (which made swine flesh permissible) brought this version of
Christianity very close to the Hellenic paganism that was practiced in Rome
and Greece. At Nicea Constantine had 300 versions of the Bible burnt, thus
legitimising and patronizing only the Paulic heresy.

Ertinya, persidangan Nicea ialah pemilihan mana satu yang disukai oleh Raja Rom... Raja Rom baru masuk Kristian, Tetapi sumbangan terbesarnya ialah mengahapuskan dan membakar ajaran-ajaran yang dia tidak menyebelahinya...


Ini satu lagi kenyataan yang tidak menyiasat latar belakang maharaja Constantine I. Juga peperangan yang dilalui oleh maharaja Constantine I dengan maharaja Licinius. Falsafah Hellenism sudah tersebar di Judea sebelum Jesus lagi, orang Yahudi pun ada yang dipengaruhi falsafah Hellenism. Kawasan mediteranea kan merupakan kawasan di pertengahan jalan laut dan pengaruh manusia serta tamadun sentiasa aje bergerak. Apa masalahnya dengan kebudayaan Hellenism? Sama juga halnya dengan kebudayaan Hindu-Buddha di Asia Tenggara, apa masalahnya kalau kahwin orang Melayu beradat menepung tawar, beras kunyit, pulut kuning dalam upacara silat yang bercampur dengan ajaran Islam? Ada adat yang baik dan tak baik. Adat yang baik tidak semestinya dibuangkan seratus peratus kan? Adat buruk seperti berjumpa bomoh sepatutnya dilarang tapi ada sahaja dalam drama-drama TV3 menunjukkan sikap orang Melayu berjumpa dengan bomoh. Mereka tu Islam ke?

Maharaja Rome ada banyak orang dalam satu masa kerana empayar Romawi sangatlah luas. Awak sekarang sebutkan tentang Maharaja Saint Constantine I. Baginda dibaptiskan selepas kejayaannya menentang maharaja Licinius dalam peperangan Jambatan Milvian sekitar tahun 312 M semasa berusia 42 tahun. Council of Nicea I diadakan pada tahun 325 M. Awak kirakan sendiri dengan jari awak atau kalkulator awak berapa lamanya Constantine I menganuti Christianity? Ibu baginda sendiri Santa Helena de Constantinople adalah seorang Nasrani, pada usianya 80 tahun menurut catatan biskop orang Palestine Eusebeus de Cesaria menyebutkan dia pulang ke ibu kota dari Palestine. Maharaja Constantine I sebenarnya sudah terdedah kepada ajaran Christ sejak kecil lagi dan baginda memang yakin dengan Tuhan Yang Maha Esa. Pengakuan baginda sendiri baginda memenangi peperangan Milvian kerana keimanan. Selepas menang peperangan menurut agama orang pagan, pemimpin negara mesti beri persembahan sajian kepada berhala di Capitolina tetapi baginda tidak berbuat demikian sebaliknya terus pulang ke istana imperial. orang2 besar ketika itu baginda belum dibaptiskan lagi oleh Gereja dan orang2 besar baginda juga tidak berani berkata apa2.  

Baginda tidak ada kepentingan pun dalam perbalahan Gereja tetapi hal ini adalah untuk menentukan supaya para biskop tidak bertelagah. Hal yang sama juga JAIS dan kerajaan Malaysia dengan Majlis Fatwa Kebangsaan lakukan sekarang. Kenapa awak tak nampak? Awak cuma nampak kesalahan pada orang Christians? Apa yang terjadi kepada kitab2 yang tidak menepati piawaian kerajaan Malaysia? Ia dilabelkan sesat bukan? Dibakarkan. Kenapa tak benarkan orang awam Islam membaca kitab2 yang dihapuskan oleh JAKIM?

Maharaja Roman yang menyeksa orang Christian bukan maharaja Constantine I. Maharaja Constantine I sebaliknya mengisytiharkan penganut agama Christian boleh menjalankan ibadat tanpa takut2 lagi. Baginda sendiri menjadi pelindung Gereja. Pada tahun ke-64 M, Maharaja Nero yang menyeksa orang Christian atas tuduhan membawa kesialan kepada empayar Romawi yang masih pagan apabila terjadi kebakaran besar-besaran. Saint Peter dan Saint Paul sendiri dipancung di Rome. 250 tahun lamanya umat Christian terseksa dikejar-kejar. Ditangkap diberi makan kepada singa untuk hiburan atas sebab memberontak tidak mahu menyembah dan memuja kepada maharaja.

Pembakaran kitab2 sembahyang dan kitab suci umat Christian secara besar2an berlaku semasa zaman maharaja Diocletian (303-311 M). Harta benda umat Christian dimusnahkan dan tidak mendapat hak sebagai rakyat dalam empayar Romawi. Pada April 311, barulah penyeksaan ini berakhir di bawah perintah maharaja tua antara 4 maharaja yang bersama memerintah, iaitu maharaja Galerius. umat Christian mendapat hak beribadat dan menjadi umat Christian semula tapi tiada ganti rugi atas kehilangan mereka.

Dari mana awak dapat tahu yang Constantine I yang bertanggungjawab memasukkan paganism dalam Christianity? Dalam kanun Gereja Katolik yang 20 pun, pengikut jemaah Gereja Saint Paul yang merupakan pelarian mesti dibaptiskan semula dalam Gereja Katolik, para biskop mereka, paderi, dan attendant upacara pun mesti dibaptiskan semula sebagai pegawai keagamaan oleh biskop Gereja Katolik selepas perhimpunan Nicea.

memang mereka ni terlalu obses dengan misteri dan konspirasi lah sky rasa. menyedihkan sekali, kehidupan dihantui oleh paranoid yang melampau. sejarah yang umum pun tidak dinyatakan dengan jelas, inikan pula sejarah yang tersembunyikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2010 11:27 PM | Show all posts
Apapun hujah kamu, apa yang jelas ialah pemilihan kitab dibuat selepas 325 tahun kematian Jesus, itupun dibuat dengan restu Raja Constantine...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 11:29 PM | Show all posts
Pembakaran kitab2 sembahyang dan kitab suci umat Christian secara besar2an berlaku semasa zaman maharaja Diocletian (303-311 M). Harta benda umat Christian dimusnahkan dan tidak mendapat hak sebagai rakyat dalam empayar Romawi. Pada April 311, barulah penyeksaan ini berakhir di bawah perintah maharaja tua antara 4 maharaja yang bersama memerintah, iaitu maharaja Galerius. umat Christian mendapat hak beribadat dan menjadi umat Christian semula tapi tiada ganti rugi atas kehilangan mereka.


Inilah bukti pemusnahan kitab suci kamu, menyebabkan keasliannya tidak dapat dipertahankan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 11:52 PM | Show all posts
Reply 168# sky_ephemeris

Aku x pasti sama ada Tora atau mana2 pejuang Arius yg beranggapan Arius adalah penganut agama Kristian yg benar, benar2 memahami ajaran dan kepercayaan Arius.

Arius memang tidak percaya bahawa Yesus secara infinitnya adalah ilahi..Ini adalah bertentengan perumusan orthodox agama Kristian.

Arius percaya bahawa Yesus dicipta oleh Bapa kemudian Bapa angkat Yesus menjadi putera tuhan dan melalui Yesus lah, Bapa mencipta segala sesuatu. Arius juga percaya Yesus datang n mati utk menebus dosa manusia.

Aku x pasti sama ada Tora aware x pasal kepercayaan ini...atau hanya terpengaruh myth bahawa Arius percaya Yesus bukan Tuhan. Sebab itu tidak heran, ada org Islam yg percaya, Arius adalah penganut Kristian yg benar!
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 11:54 PM | Show all posts
Reply 170# tora bora

Tapi anda lupa..agama kristian tidak tersebar di Rome sahaja...agama Kristian tsebar ke pelusuk benua termasuk St. Thomas yang berhijrah ke India...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 11:56 PM | Show all posts
Reply 169# tora bora

Mungkin anda lupa NT telah lama ditulis,iaitu pada zaman para rasul..sebelum Constantine dilahirkan pon...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 03:02 AM | Show all posts
Apapun hujah kamu, apa yang jelas ialah pemilihan kitab dibuat selepas 325 tahun kematian Jesus, itu ...
tora bora Post at 20-12-2010 23:27


Ya Aulloh!!!

abang ini faham ke tak? Council of Nicea adalah Council yang membincangkan perbalahan antara para biskop Gereja Katolik di dalam empayar Romawi. Perkara yang dibincangkan dalam Nicean Council tak melibatkan kitab suci pun lagi! It is in 325 M, bukan 331 M! Yang dibincangkan adalah keimanan masyarakat Nasrani yang menjadi ahli jemaah Gereja Katolik berdasarkan kepada Trinity. Awak faham tak Trinity menyebutkan mengenai hubungan antara Bapa dan Jesus. Trinity maksudnya Tiga Yang Tunggal. Setiap Satu-Nya adalah Samawi or Heavenly. Sky tak pernah harap pun awak semua dibaptiskan jadi penganut Christian untuk faham benda ini dan yang ini bukan pasal agama nabi Muhammad atau mahkamah Syariah JAIS. Ini juga bukan pasal ahli jemaah Tabligh atau Ahli Sunnah Wal Jamaah!

selain itu Nicean Council membincangkan hal2 fekah seperti tarikh jatuhnya hari Easter menurut perkiraan kalender romawi dari kalender Judaism supaya mudah nak tetapkannya,  schism Meletian, kanun kegerejaan yang 20 perkara untuk pegawai agama Gereja Katolik dan Apostolik macam pegawai JAIS tu.

hal mengenai Homoousion tu dah ada lama dah sebelum peemrintahan Constantine lagi di waktu orang Christian atau agama Christian tak menjadi agama rasmi negara empayar Romawi pun. Constantine I tak pernah paksakan fahaman Homoousion pun kepada sesiapa. Constantine I tak pernah peduli pun biskop punya fahaman terhadap divinity Jesus. Constantine I cuma mahu Gereja Katolik disatukan dan diselaraskan supaya para biskop tumpukan kepada pembangunan negara dari bertelagah hal-hal remeh. Bukan kah hal ini macam Father Maideen sebutkan tentang perbalahan cabut bulu roma kaki orang Islam di board Current Issue? Constantine I memang percaya kepada Homoousion, tetapi lepas itu baginda tinggalkan semula fahaman itu untuk kemaslahatan ummat Christian dalam empayarnya selepas dipengaruhi oleh Biskop Eusebeus of Nicomedia dari Palestine.

Sky takkan bagi awak makna Homoousion tu apa. Awak carilah sendiri. Tapi kata orang, "belajar sorang2 tu belajar dengan syaiton, kalau belajar kena lah berguru." Kalau nak belajar benda2 ni elok abang pergi cari seorang biskop atau presbyter Catholic tanyakan dengan sopan santun dan penuh berhikmah menurut ajaran Muhammad sallallaahu alaihi wasallam.

Apa pun hujjah abang pasal kitab suci kitorang ni, kitorang tak pernah harap pun abang menjadi seorang Christian. Kitorang pun akan belajar lah agama kitorang dengan cermat dan teliti. Elok lah abang belajar kitab fekah abang dan juga akidah ahlussunnahwaljamaah sementara agama Islam menjadi agama rasmi Malaysia. Buat apa susah2 fikir lebih2 pula daripada orang Christian macam kami ni? Kami tak pernah rasa terganggu pun dengan akidah Triniti, kami pun tahu siapa Tuhan siapa bukan Tuhan. Terima kasihlah atas ambil berat abang tu, kami menghargai kasih sayang abang tapi abang bacalah lebih lagi pasal Gereja Katolik dan Gereja lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 03:28 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 09:09 AM | Show all posts
Post Last Edit by putput at 21-12-2010 09:25
Apapun hujah kamu, apa yang jelas ialah pemilihan kitab dibuat selepas 325 tahun kematian Jesus, itupun dibuat dengan restu Raja Constantine...
Reply 169# tora bora

saudara tora, saya boldkaN text kamu, kamu begitu yakin apa yg terhidangn di internet selama ini ( sumber anti-christ, pembenci dan memusuhi kristian ). jikalau kamu benar tak mengapalah. tapi kalau saudara silap ianya merupakan satu fitnah, saudara tora tahu kan apa hukum fitnah dalam islam...? apakah saudara tora2 tiada rasa was2 dengan sumber rujukan...?

berdiam diri adalah lebih baik deripada terusan membantai agama org lain tanpa fakta yg sahih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2010 02:30 PM | Show all posts
saudara tora, saya boldkaN text kamu, kamu begitu yakin apa yg terhidangn di internet selama ini ( sumber anti-christ, pembenci dan memusuhi kristian ). jikalau kamu benar tak mengapalah. tapi kalau saudara silap ianya merupakan satu fitnah, saudara tora tahu kan apa hukum fitnah dalam islam...? apakah saudara tora2 tiada rasa was2 dengan sumber rujukan...?


Saya hanya berhujah berdasarkan 'fakta' yang saya perolehi...
Kalau kamu ada fakta, silakan beri pada saya...

Fitnah ialah menuduh seseorang tanpa bukti...
Saya tidak memfitnah, sebab saya ada bukti merupakan catatan sejarah dan kajian seperti kenyataan Dr. Bart dll...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 04:38 PM | Show all posts
Awak tak jelas pun dengan kronologi sejarah dalam Nicean Council. Macam mana awak nak bentangkan benda yang awak dakwakan sebagai 'fakta' tu sebagai sesuatu yang diyakini? Penganut Christian banyak juga terlibat dalam bidang keilmuan walaupun intelektual kami sering dihinakan oleh Muslim sebagai bodoh kerana kejahilan umat Islam terhadap keimanan kami.

Walaupun siapa sekali pun Bart D. Ehrman tu, dia adalah seorang Christian. Awak tampilkan 'fakta' nya di sini, adakah dia sudah menjadi seorang Islam? Fahaman kami terhadap Jesus sama ada baginda itu Tuhan, Raja kepada raja-raja atau nabi manusia biasa, ia tidak mengubah hakikat yang semua orang yang menganggap Jesus sebagai pemberi syafaat atau O Salvator sebagai seorang Nasrani, Christian, pengikut Christ, penganut ajaran Masihi. Apa lagi istilah yang digunapakai untuk menerangkan itu?

Sky tidak lah pasti apa mazhabnya Bart itu. Sky agak dia dari the US, pastinya dia seorang Protestant. Kalau seseorang Christian itu adalah orang Protestant sekali pun, kitab NT yang dipakainya adalah berdasarkan kanun Gereja awal yang selari juga dengan apa yang digunapakai oleh kami umat Christian mazhab Roman Katolik, atau mazhab Katolik Timur di Arabia sana atau mazhab Orthodox yang lain. Jadi apa yang awak nak tekankan kepada kami semua? Kami semua kena masuk Islam juga pada akhirnya? Buat apa kalau kami tak beriman dengan Muhammad sebagai O Salvator? Kamu nak percaya Muhammad dan ajarannya sebagai O Salvator kami tak ada masalah langsung. Tak berkaitan dengan kami pun.  

Awak tak tahu kah Bart tu pernah mengalami masalah dan menyalahkan Tuhan atas sebab ketidakadilan yang berlaku di dunia? Dia tak dapat menerima bahawa Tuhan membenarkan kejahatan berleluasa di atas muka bumi ini. Siapa dia untuk mempersoalkan Tuhan? Awak tak belajar ke pasal takdir, kodok dan kadar Tuhan dalam rukun Iman ada enam perkara tu? Juga kaitkannya dengan the Fallen Angel atau Iblis yang dalam ajaran Islam menyebutnya sebagai jin? Everything in His knowledge and wisdom. Says Jesus: "I am the alpha and theomega!" (Revelation 1:8, 21:6, 22:13)

Awak boleh membaca kritikan kajian akademik Bart juga. Dalam dunia akademik ada kritikan dan juga ada sokongan. Awak baca juga kritikan dr. Danial B. Wallace, atau Craig Blomberg. Ada juga kritikan dari Ben Witherington. Semuanya adalah kritikan terhadap kajian Bart. Sama ada yang menyokong atau yang menyatakan kekurangan kajiannya. And most of all, Bart is not God.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 07:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_shalom at 21-12-2010 22:30

Reply 177# tora bora

Mempercayai teori konspirasi sebagai fakta merupakan satu penghinaan kpd tradisi ilmu...

Aku kasihan dng anda yg bdakwah kat CC...terpaksa bergantung kpd teori konspirasi utk bhujah.

MUNGKIN mereka x dpt terima hakikat org Kristian telah beriman kpd Yesus sebagai TUHAN sejak dr zaman Para Rasul lg..hanya ada 4 injil sahaja yg diakui sah secara universal..iaitu keempat2 injil skrg..maka...teori konspirasi n novel2 dijadikan sandaran

Mungkin Tora x pernah mengetahui kesaksian umat Kristian yg hidup beratus tahun sebelum Constantine berkenaan 4 buah Injil yang diterima secara universal. Ireneus yang hidup sekitar 120-203 AD menulis:

"Matthew published his Gospel among the Hebrews in their own language,  while Peter and Paul were preaching and founding the church in Rome.  After their departure Mark, the disciple and interpreter of Peter,   also transmitted to us in writing those things which Peter had preached; and Luke, the attendant of Paul, recorded in a book the Gospel   which Paul had declared.   Afterwards John, the disciple of the Lord, who also reclined on his   bosom, published his Gospel, while staying at Ephesus in Asia."  

Tora juga mungkin tidak tahu akan kewujudan kesaksian penulis non Kristian, mcatat bagaimana umat kristian beriman bahawa Yesus TUHAN. Pliny seorg non kristian dan bertindak menyiksa umat Kristian sekitar 111AD menulis:

"They asserted, however, that the sum and substance of theirfault or error had been that they were accustomed to meet on afixed day before dawn and sing responsively a hymn to Christ asto a god, and to bind themselves by oath, not to some crime, butnot to commit fraud, theft, or adultery, not falsify their trust,nor to refuse to return a trust when called upon to do so.  Whenthis was over, it was their custom to depart and to assembleagain to partake of food--but ordinary and innocent food.  Eventhis, they affirmed, they had ceased to do after my edict bywhich, in accordance with your instructions, I had forbiddenpolitical associations.  Accordingly, I judged it all the morenecessary to find out what the truth was by torturing two femaleslaves who were called deaconesses.  But I discovered nothingelse but depraved, excessive superstition".

Kerana tidak tahu kewujudan fakta tersebut, maka Tora terpaksa bergantung kpd teori konspirasi..kununnya Maharaja Constantine pada 323 AD memilih 4 buah injil skrg dan angkat status Yesus menjadi TUHAN.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 11:05 PM | Show all posts
Reply 178# sky_ephemeris

Masalah orang spt Tora ini...segala kritikan terhadap agama kristian dianggap benar dan dianggap fakta..mana2 penulisan yg mengatakan Kritian korup dianggap penulisan yang ala2 sama taraf ngan wahyu...diterima tanpa soal..

TAPI mana2 penulisan yg kritik Islam...yg mungkin dtg dr tulisan org yg sama yg Tora guna utk hentam Kristian dianggap jahat sesat ..yahudi nasrani punya kerja..

Inilah kebenaran yang Tora cuba bawa n minta kita ikut...

Aku percaya Tora lansung tidak berminat dengan kajian/penulisan yg mempertahankan agama kristian..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.073571 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list