CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Johor] Tiada cubaan culik di tadika, jangan sebar maklumat palsu

[Copy link]
Post time 1-10-2022 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Polis mengesahkan tiada cubaan culik kanak-kanak yang berlaku di sebuah tadika di Bandar Baru Uda, di sini seperti tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, pihaknya melakukan siasatan semalam dan sudah mengenal pasti individu yang memuat naik hantaran mendakwa kejadian berkenaan dalam kumpulan WhatsApp komuniti setempat.

"Pihak polis telah melawat tempat kejadian dan beberapa individu yang berkaitan juga telah ditemubual dan hasilnya sehingga kini, kita tidak menerima sebarang aduan berlakunya kejadian seperti mana yang dimaksudkan.


"Malah tiada individu yang tampil ke hadapan yang boleh mengesahkan adanya cubaan culik atau kehilangan anak seperti yang didakwa pihak berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fariz Ammar turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai mesej tular dan menyebarkannya kerana boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

"Mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ebar-maklumat-palsu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.031792 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list