CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 0

[Johor] Ramai ambil kesempatan buang sampah ke dalam sungai

[Copy link]
Post time 1-10-2022 03:54 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN persekitaran Jambatan Sungai Wak Rabun, Batu 33, Pontian yang dipenuhi semak dari pelbagai tumbuhan liar. FOTO TOGI MARZUKI

Pontian: Segelintir masyarakat dikesan mengambil kesempatan dan 'buat kerja mudah' dengan membuang sampah ke dalam sungai.

Tinjauan di Jambatan Sungai Wak Rabun, Batu 33, di sini, mendapati terdapat beberapa faktor seperti infrastruktur, persekitaran tidak terurus mendorong kepada permasalahan itu.

Ketua Kampung Kawasan 7 dan 9 Mukim Rimba Terjun, Mohd Ali Khuzai yang turut menyertai tinjauan itu, semalam berkata, lokasinya terpencil jauh dari penempatan penduduk, persekitarannya pula dipenuhi tumbuhan liar.


"Ketiadaan lampu jalan memberi peluang segelintir masyarakat bukan saja membuang sampah berhampiran jambatan berkenaan ke dalam sungai pada waktu malam.

"Justeru itu, minta jasa baik yang berkaitan ambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian membuang sampah berulang, " katanya.

Bagi Muhammad Syafirul Yaakub, 31, berkata air sungai yang tercemar dengan sampah sekali gus menjejaskan pelbagai spesies hidupan sungai.

"Di sungai ini terdapat pelbagai hidupan air termasuk udang galah dan ikan sembilang, namun lain pula yang dapat, serpihan kain dan plastik saja.

"Kebersihan sungai tanggungjawab bersama, buanglah sampah di tempat yang betul, jangan kerana lokasi jambatan yang terpencil jauh dari penduduk dan persekitaran yang dipenuhi semak terus buang sampah ke dalam sungai, " katanya.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki sedang membuang sampah ke dalam sungai dari atas jambatan berkenaan.

Ia mengundang kecaman pelbagai pihak kerana tindakannya itu tidak bertanggungjawab.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pah-ke-dalam-sungai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.035322 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list