View: 438|Reply: 0
|
[Johor]
Banjir di Johor, jumlah mangsa tak banyak berubah
[Copy link]
|
|
Keadaan banjir di Kampung Melayu Raya dan Kampung Paya Embun, Pontian Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Johor Bahru: Mangsa banjir kilat di negeri ini menurun sedikit kepada 264 orang daripada 76 keluarga dengan empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tiga daerah, setakat jam 4 petang tadi.
Berbanding tengah hari, seramai 295 mangsa banjir kilat daripada 85 keluarga ditempatkan di semua PPS terbabit.
Kulai kekal sebagai daerah paling terjejas dengan mangsa banjirnya kekal dengan 159 orang daripada 41 keluarga. Mereka ditempatkan di PPS (SMK) Bukit Batu.
Mangsa banjir kilat di Kluang yang ditempatkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kampung Renggam dan PPS SK Sungai Linau pula kekal tidak berubah.
Kedua-dua PPS itu masing-masing merekodkan 33 mangsa daripada 15 keluarga dan 41 orang daripada 10 keluarga.
Bagaimanapun PPS dibuka di Pontian membabitkan SK Melayu Raya mencatatkan penurunan kepada 31 orang mangsa daripada 10 keluarga petang ini, berbanding 62 mangsa daripada 19 keluarga, tengah hari tadi.
Cuaca mendung dan hujan yang mula turun sejak jam 2 petang di sekitar negeri ini turut meningkatkan kebimbangan banjir kilat akan berulang semula di beberapa kawasan.
Dalam kejadian banjir kilat melanda beberapa daerah termasuk Pontian, Kluang dan Kulai sejak petang semalam berikutan hujan lebat melebihi dua jam.
Ia menyebabkan kawasan penempatan rendah dinaiki air bah yang bertembung dengan air pasang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tak-banyak-berubah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|