View: 408|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Salah laku seksual pensyarah tidak gambarkan situasi di IPT
[Copy link]
|
|
AHMAD Masrizal menerima cenderahati daripada Dr Yamin pada Program Bicara Tokoh 9.0 di UiTM Kampus Rembau. FOTO Ahmad Hasbi.
Rembau: Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap institusi pengajian tinggi (IPT) berikutan kejadian salah laku seksual pensyarah di sebuah universiti terhadap graduan yang dilaporkan baru-baru ini.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (KPT) Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata, kejadian berkenaan tidak menggambarkan situasi di IPT secara keseluruhannya.
"Permasalahan salah laku ini berkaitan dengan individu itu sendiri. Ini adalah kes terpencil yang bukannya boleh digeneralisasikan pensyarah universiti kita dalam keadaan tidak boleh dipercayai.
"Ataupun ada elemen negatif yang begitu. Hanya ada satu dua kes yang berlaku," katanya ketika sidang media sejurus Program Bicara Tokoh 9.0 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau, di sini, hari ini.
Program yang turut dihadiri Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan Prof Dr Yamin Yasin menyaksikan seramai 3,500 penuntut cawangan berkenaan hadir mendengar sesi perkongsian bersama Ahmad Masrizal.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kementerian mempunyai dasar yang boleh menjamin keselamatan penuntut dan akan menyiasat apa sahaja salah laku pensyarah termasuk membabitkan integiriti.
"KPT ada mekanisme untuk memastikan permasalahan ini dapat diselesaikan. Kalau betul pensyarah atau mana-mana pegawai atau staf universiti terbabit dengan salah laku tidak kira membabitkan seksual atau integiriti, kita akan memastikan mereka disiasat.
"Saya nak beritahu masyarakat jangan kita rasa tidak yakin dengan universiti dan pensyarah yang ada. Yang penting kementerian sendiri ada dasar berkaitan salah laku ini yang boleh menjamin bahawa anak-anak mereka akan selamat berada di kampus," katanya.
Harian Metro pada 29 September lalu melaporkan Pensyarah UiTM yang didakwa melakukan gangguan seksual kepada bekas siswazah seperti yang tular di media sosial tahun lalu ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta.
UiTM dalam kenyataan dilaporkan memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas prosedur soal siasat dan siasatan dalaman selesai, serta diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Peringkat Tertinggi universiti itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rkan-situasi-di-ipt |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|