View: 1322|Reply: 4
|
Tular Gambar Masuk Hospital, Dah Banyak Kali Lesti Kejora Dipukul & Dibaling Dengan Bola Snuker
[Copy link]
|
|
Penyanyi dangdut, Lesti Kejora dipercayai pernah didera suaminya, Rizky Billar beberapa kali termasuk dibaling dengan bola snuker.
Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Endra Zulpan berkata, pihaknya belum dapat menjelaskan secara terperinci tarikh peristiwa tersebut dan mangsa tidak mengalami kecederaan akibat balingan bola itu.
VOI
“Cuba bayangkan kalau bola yang dibaling itu dan mengenai kepala Lesti? Boleh pecah dibuatnya.
“Jadi kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan 28 September lalu bukan kali pertama dialami mangsa, kerana kemuncaknya kelmarin sehingga dia tidak tahan dan membuat laporan polis,” katanya lapor Kompas.com.
Lesti kini masih menerima rawatan di Hospital Bunda Menteng.
Penyanyi itu dilihat terbaring di katil dengan memakai pendakap leher menerusi foto tular dalam media sosial.
Endra mengesahkan gambar tersebut dan menjelaskan Lesti mengalami luka pada bahagian leher.
Katanya, kecederaan itu terjadi akibat menerima kekerasan atau dipukul suaminya.
mStar
Pasangan selebriti Indonesia itu mengejutkan peminat seni kerana sering tampil romantis dalam media sosial sebelum ini.
Rupa-rupanya kemesraan yang ditonjolkan itu hanya menjadi tatapan dalam dunia maya kerana realitinya jauh berbeza.
Kebahagian pasangan selebriti popular itu teruji selepas Lesti membuat laporan polis menjadi mangsa keganasan Rizky.
Segalanya bermula selepas wanita itu mengetahui suaminya berlaku curang.
Pelakon berusia 27 tahun itu dikatakan bertindak agresif dengan memukul isterinya termasuk mencekiknya sehingga terjatuh ke lantai.
Pasangan muda yang mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Sumber: Utusan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak kenal dan tak tahu kenapa media Malaysia cover story pasal dia ni. Couple ni popular sebab apa? Ada memberi kesan kepada kenaikan harga minyak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Memanjang lalu kat TikTok video dia ni.. tak tahu siapa artis Indon ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balik2 cerita Yindog dua ekor ni.
Rasakan lah, hadap sgt jantan muka elok, padahal muka sendiri so-so jah. Lagi satu, muka perempuan ni muka doormat. Muka perempuan tolol yg rela diperlakukan apa jah, asal laki tak lari.
Jantan ni plk, takde hasil. Harap muka, tapi miskin.
Kena lah dua2 bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Mana lagi gambar kena pukul? |
|
|
|
|
|
|
| |
|