CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 432|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Dulu gadis kilang, kini usahawan

[Copy link]
Post time 8-10-2022 02:22 PM | Show all posts |Read mode

RAS Adila (kanan) bersama ibunya. FOTO Ahmad Hasbi

Nilai: Daripada gadis kilang, wanita ini kini boleh berbangga bergelar usahawan yang menjana pendapatan kira-kira RM200,000 sebulan selepas menamatkan pengajian di Kolej Komuniti (KK) Tampin dalam bidang terapi kecantikan dan spa.

Pernah menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat perkhidmatan spa bergerak, Ras Adila Ra'in, 29, kini memberi fokus terhadap perniagaan produk kecantikan selepas syarikat berkenaan terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Dia yang berasal dari Alor Gajah, Melaka berkata, selepas menamatkan pengajian di KK, dia mula bekerja di spa sebelum mengambil keputusan untuk mengusahakan spa sendiri.


"Sesuai dengan bidang yang saya ambil di KK, saya bekerja di spa untuk mencari pengalaman. Kemudian saya menjalankan perniagaan mobile spa (spa bergerak) sendiri dan hasilnya sangat memberangsangkan.

"Bagaimanapun, perniagaan terjejas ketika PKP kerana spa bergerak ini memerlukan saya untuk pergi rumah ke rumah sebelum saya memutuskan untuk menjadi ejen produk," katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Sembilan dan Melaka 2022, di sini, hari ini.

Mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.96, Ras Adila mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang dan Anugerah Keusahawanan dalam majlis yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), di sini.

Menurutnya, ilmu kemahiran dan keusahawanan yang ditimba di KK memberikan kelebihan kepadanya untuk mengubah kehidupan daripada pekerja kilang kepada usahawan.

"Ketika ini saya sedang memberi tumpuan terhadap perniagaan produk kecantikan, namun memasang niat untuk membuka premis spa sendiri suatu hari nanti," katanya.

Seramai 825 graduan diploma dan sijil dari 11 KK di Negeri Sembilan dan Melaka menerima sijil masing-masing yang disampaikan Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Roslee Yahya.

Sementara itu, Nur NilamSari Azimi, 21, yang mengalami masalah penglihatan mata kanan berkata, kekurangan itu tidak menghalangnya untuk menghabiskan pengajian seperti penuntut lain meskipun berdepan cabaran.

"Mata kanan saya memang tidak nampak langsung sejak kecil. Keadaan ini membuatkan saya kurang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai selain sering mengalami masalah ketika belajar.

"Bagaimanapun, hasil sokongan keluarga dan rakan, saya tidak mahu jadikan kekurangan ini sebagai halangan untuk berjaya," katanya yang mendapat CGPA 3.86 bagi Sijil Pengembaraan dan Pelancongan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ilang-kini-usahawan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.073781 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list