View: 405|Reply: 0
|
[Johor]
Gara-gara masuk bilik pelanggan, pemilik hotel bajet kena pukul, simbah cat
[Copy link]
|
|
Superintendan Mohd Sohaimi Ishak.
Johor Bahru: Akibat masuk bilik pelanggan tanpa kebenaran, seorang pengusaha hotel bajet di Taman Desa Cemerlang di sini, dipukul dan disimbah cat oleh sekumpulan lelaki semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, mangsa berusia 62 tahun terbabit diperlakukan demikian di depan hotel berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu.
Katanya, mangsa yang mengalami cedera ringan kemudiannya membuat laporan polis yang menyaksikan tiga lelaki ditahan.
"Hasil siasatan awal mendapati punca suspek berbuat demikian terhadap mangsa kerana pengusaha hotel itu masuk bilik pelanggan hotel tanpa kebenaran," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Mohd Sohaimi, bertindak atas maklumat sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan Balai Polis Desa Cemerlang membuat dua tangkapan.
Katanya, tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki berusia 52 tahun di Jalan Tanjong, Taman Desa Cemerlang pada jam 11.30 malam hari yang sama.
"Manakala tangkapan kedua dibuat terhadap dua lelaki tempatan berusia 31 dan 55 tahun di Jalan Persisiran Seri Alam, Masai di sini pada jam 3.30 pagi tadi.
"Hasil semakan rekod lampau mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau. Kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Katanya, polis turut mengesan satu video tular berdurasi 1 minit 44 saat yang merakamkan kejadian itu berlaku di hadapan hotel berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... na-pukul-simbah-cat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|