View: 410|Reply: 0
|
[Johor]
Enam kain rentang cetus provokasi
[Copy link]
|
|
Hussin Zamora
Kota Tinggi: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan enam kain rentang berbentuk provokasi memaparkan ketidakpuasan berhubung isu politik termasuk calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) digantung di enam lokasi awam di sekitar daerah ini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya sedang mengesan individu bertanggungjawab menggantung kain rentang provokasi yang menimbulkan kegelisahan awam berkenaan.
Katanya, tindakan tegas juga akan diambil ke atas mana-mana individu yang terbabit dalam perbuatan provokasi yang mengganggu gugat ketenteraman awam itu
"Semalam, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi mengesan enam tempat awam yang digantung kain rentang ditulis ketidakpuasan hati penduduk mengenai pemilihan calon PRU-15 oleh sebuah parti politik.
"IPD Kota Tinggi memberi amaran keras dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang terbabit dalam perbuatan ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hussin berkata, mana-mana pihak yang ingin menggantung sebarang kain rentang atau sebagainya perlulah mengemukakan permohonan terlebih dahulu kepada Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT).
"Individu atau kumpulan diingatkan tidak mencetuskan provokasi yang akan mengganggu gugat keamanan daerah Kota Tinggi.
"Polis boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan ke atas mana-mana individu yang terbabit dalam perbuatan ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-cetus-provokasi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|