Agnes Monica menjadi selebriti Indonesia pertama mempunyai patung lilin di Madame Tussauds Singapura.
Agnes atau Agnes Monice Muljoto, 36, berkata, dia sangat teruja dan berbesar hati apabila mendapat pengiktirafan untuk menjadi sebahagian daripada personaliti dunia yang diabadikan dalam muzium berkenaan.
Twitter
"Terima kasih Madame Tussauds kerana mengiktiraf gadis kecil ini. Saya berasa begitu rendah diri dan berbesar hati," katanya di Instagram.
Menerusi laporan kompas, perasmian patung lilin penyanyi itu dilancarkan pada 5 Oktober lalu bertepatan dengan ulang tahun ke-30 Agnes melibatkan diri dalam dunia seni.
Dalam pada itu, Agnez memberitahu dia terpaksa menahan 'pose' selama lima jam bagi membolehkan pihak muzium melakukan proses pengukuran bagi menghasilkan patung miripnya.
Bagaimanapun katanya, proses yang panjang itu sangat berbaloi kerana patung lilin berkenaan mirip dengan dirinya.
Malah perkara itu turut dipersetujui peminatnya yang kagum dengan hasil akhir patung berkenaan yang benar-benar serupa dengan Agnez.
"Keliru sekejap, kenapa Agnez ada dua? Oh rupa-rupanya patung!
"Memang mirip patung lilin ini, ingatkan Agnez ada kembar.
"Tidak hairan dapat pengiktirafan itu kerana dia memang seorang legenda. Terus maju Agnez dan menjadi kebanggaan Indonesia," tulis peminat di ruang komen Instagramnya.
Sebelum ini, Presiden Indonesia pertama iaitu Soekarno, Rudy Hartono, Joko Widodo dan Anggun C Sasmi turut mendapat pengiktirafan diabadikan sebagai patung lilin di Madame Tussauds seluruh dunia.
Post time 13-11-2022 06:15 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu gigi tak cantik...skang mekap tah pape plus sibuk nak tanned kan kulit
Ape yg hype ttg sheols ni skang??
Lagu english tah pape ajet2 in ngan rappers n retis Holywood sane