CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 0

[Johor] Sudah penat hadapi banjir setiap tahun

[Copy link]
Post time 12-10-2022 05:36 PM | Show all posts |Read mode

YULIANA bersama suaminya, Sulaiman memindahkan barang ke tempat tinggi sebagai persediaan banjir. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Johor Bahru: "Jika ikutkan penat, memanglah penat, tetapi kami terpaksa hadapi keadaan ini (banjir kilat) setiap tahun," kata suri rumah, Yuliana Narom, 38.

Penduduk Kampung Paya Kenangan itu antara 17 mangsa banjir kilat yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara yang dibuka jam 10.30 malam tadi.

Yuliana berkata, bulan ini saja, sudah dua kali banjir kilat berlaku di kampung itu dan kali keenam dalam tempoh sepanjang tahun ini.

"Hujan lebat bermula jam 7.50 malam disertai ribut, jadi dalam masa 15 minit, air sudah naik di longkang kemudian masuk ke dalam rumah.

"Walaupun malam tadi bukan banjir kilat yang terburuk, tetapi saya sekeluarga tetap berpindah ke PPS kerana ia berlaku waktu malam dan saya fikirkan anak-anak mahu tidur di mana," katanya yang menyewa di rumah berkenaan sejak lapan tahun lalu.

Yuliana dan suami, Sulaiman Abd Rahman, 40, sudah bercadang berpindah dalam masa terdekat.

"Suami berkerja sendiri, dia susah hati apabila setiap kali hujan terpaksa pulang untuk lihat anak, isteri serta rumah, sampaikan mengganggu kerjanya dan tiada pendapatan.

"Jika dapat berpindah rumah jauh daripada banjir, suami boleh tumpu kerja," katanya yang mempunyai tiga anak berusia antara 11 hingga 16 tahun.

Sementara itu, Sulaiman berkata, dia akan menggunakan sebuah bot kecil untuk membantu jiran lain keluar daripada kawasan itu jika dinaiki air.

"Jika kami sudah nampak air Sungai Kangkar Tebrau melimpah, maka kami mula bersiap sedia.

"Jika ada penduduk yang ingin keluar dari kawasan ini, saya akan bantu dengan mendayung bot kecil yang ada ini," katanya.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, PPS di SK Bukit Mutiara masih menempatkan tiga keluarga yang terdiri daripada 17 penduduk Kampung Paya Kenangan.

Seorang lagi penduduk, Ali Surip, 75, berkata, ketika kejadian malam tadi, dia bersendirian di rumah namun kebanyakan barangan sudah diletakkan di tempat lebih tinggi.

"Saya sedar hujan lebat sejak Maghrib dan saya sudah jangka air naik sebab sehingga jam 8 malam, hujan masih belum berhenti.

"Awal bulan ini, air sudah masuk rumah dan lebih tinggi dari malam tadi. Jadi, barangan banyak yang saya letakkan di tempat tinggi, cuma semalam ada jiran-jiran datang bantu alihkan barangan lain yang boleh diselamatkan," katanya yang sudah tinggal di rumah itu selama 35 tahun.

Ditanya jika berlakunya banjir kilat pada hari mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Ali berkata, dia akan tetap keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai rakyat.

"Itu (mengundi) dah tentu kewajipan kita. Malah, saya juga akan sibuk sepanjang tempoh sebelum mengundi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... banjir-setiap-tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.216058 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list