CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 594|Reply: 0

[Johor] Sindiket penyeludupan Ah Chong tumpas

[Copy link]
Post time 13-10-2022 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Iskandar Puteri: Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang turut didalangi dua pegawai imigresen negeri ini, berjaya ditumpaskan, hari ini.

Ops Seludup Hitam yang dijalankan 18 pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya berjaya mengekori kegiatan sindiket itu seawal jam 6 pagi tadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, sindiket berkenaan dipercayai menyeludup masuk PATI warga Indonesia yang pernah dikenakan tindakan atau hukuman serta disenarai hitam pihak imigresen dan diharamkan memasuki Malaysia atas pelbagai kesalahan.


"Hasil serbuan ini kita berjaya menahan dua dalang atau tekong warga tempatan yang berperanan sebagai 'transporter' berusia 34 dan 49 tahun, selain 25 PATI Indonesia yang baharu diseludup dan diangkut menggunakan bas.

"PATI yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan 12 wanita itu berusia antara 24 hingga 41 tahun," katanya ketika sidang media di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini, hari ini.



KHAIRUL Dzaimee (dua kanan) melihat barang rampasan berkaitan Pati yang ditahan. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati sindiket ini mula beroperasi sejak pembukaan semula sempadan negara pada 1 April lalu.

"Semalam, kita menerima maklumat akan ada pergerakan sindiket ini yang bermula dari Batam, Indonesia ke Singapura menaiki feri, sebelum mereka dibawa masuk ke negara ini menerusi pintu sempadan di KSAB secara berperingkat menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), pada jam 1.30 petang.

"Mereka dipercayai akan dilepaskan oleh dua pegawai imigresen yang bertugas di kaunter imigresen tanpa melalui proses pemeriksaan dan cop pasport.

"Mereka akan dikumpulkan di Larkin Sentral, bagi mendapatkan cop palsu pada pasport mereka yang disyaki diuruskan oleh 'transporter' berkenaan, sebelum menaiki bas untuk dibawa ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur," katanya.

Hasil siasatan, beliau berkata, sindiket itu akan mengutip wang antara RM5,000 hingga RM8,000 bagi setiap migran dan didapati sejak April lalu, mereka berjaya mengaut keuntungan lebih RM2.5 juta bagi sekurang-kurangnya 600 migran yang sudah berjaya diseludup masuk.

"Dalam sebulan, terdapat empat perjalanan dibuat sindiket ini," jelasnya yang kemudian mengesahkan dua pegawai imigresen berusia 20 dan 27 tahun itu sudah berjaya ditahan petang tadi.



KHAIRUL Dzaimee memeriksa 25 warga migran Indonesia yang ditangkap. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Katanya, dua kenderaan terbabit iaitu MPV Toyota Avanza dan sebuah bas turut disita.

Khairul Dzaimee berkata, PATI yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Imigresen 1959/63, manakala dua tekong warga tempatan serta dua pegawai imigresen terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Pada masa sama, Khairul Dzaimee berkata, pihaknya tidak pernah dan tidak akan berkompromi dengan pegawai jabatan itu jika disyaki terbabit dengan sebarang kesalahan penyeludupan migran.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hong-tumpas-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.126187 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list