View: 3138|Reply: 3
|
Tunjuk Arah Cermin Besar Dalam Bilik Hotel, Kawan Ameena Marah!
[Copy link]
|
|
[VIDEO] Anak Perempuan Shakilla Khoriri Ada ‘Kawan’ Dalam Bilik Hotel – “Kawan Ameena Marah..”
Pelakon Shakilla Khoriri sempat merakam anak perempuannya, Ameena Sofia sedang bercakap dengan ‘kawannya’ ketika menginap di sebuah bilik hotel.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, Shakilla bertanyakan siapakah yang anaknya sedang marah, kemuadian Ameena menunjukkan ke arah cermin besar.
“Awak marah ke? Eh siapa?” tanya Shakilla.
“Marah tu.. Kawan Ameena marah,” jawab Ameena.
“Mana kawan Ameena?” kata Shakilla.
“Comot tu (sambil tunjuk arah cermin),” ujarnya.
Kemudiannya, Ameena seperti mengajak ‘kawannya’ itu untuk ikut keluar dari bilik hotel sekali.
Menurut Shakilla, dia baru berani untuk menonton semula video yang dirakam selepas sampai ke rumah.
“Nasib baik dah sampai rumah baru tengok balik video-video ni eh. Dia ada ‘kawan’ pulak dekat sana. Kus semangat mak kau nak,” tulisnya di kapsyen.
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pernah melalui perkara yang sama dimana, anak-anak mereka seperti ‘berkawan’ dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Namun, ada juga netizen yang menasihati Shakilla agar membawa anaknya untuk berjumpa ustaz atau orang yang ‘pandai’ untuk memisahkan ‘kawan’ tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|