CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 0

[Johor] Rampas 4.5 tan daging kerbau sejuk beku

[Copy link]
Post time 15-10-2022 12:00 PM | Show all posts |Read mode

DAGING kerbau sejuk beku dari India yang dirampas. FOTO ihsan MAQIS

Pasir Gudang: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor merampas 4.5 tan daging kerbau sejuk beku dari India, kelmarin, kerana maklumat pada sijil kesihatan dan sijil halal mengelirukan.

Pengarahnya, Edie Putra Md Yusof berkata, rampasan itu adalah hasil pemeriksaan kontena di Pelabuhan Pasir Gudang, Khamis lalu.

"Hasil pemeriksaan mendapati kontena berkenaan membawa 188 kotak produk ruminan iaitu daging kerbau sejuk beku dari India bernilai RM410,000.


"Pemeriksaan lanjut mendapati maklumat pada dagangan terbabit mengelirukan iaitu tarikh sembelih yang diisytiharkan berbeza seperti dalam sijil halal yang disertakan bersama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Edie Putra berkata, penggunaan maklumat pada sijil halal dan sijil kesihatan yang tidak tepat serta mengelirukan akan disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-kerbau-sejuk-beku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.036709 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list