Cantik tetapi terbiar usang”. Itulah kata-kata yang akan terdetik di hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke Pura Tanjung Sabtu yang terletak di Kampung Tanjung Sabtu di Manir, kira-kira 14 kilometer, dari Kuala Terengganu.
Jika dilihat dari luar Pura (bahasa Sanskrit bermaksud istana) Tanjung Sabtu kelihatan seperti istana lama yang sangat besar dan cantik. Namun apabila memasuki rumah tersebut dapat dilihat sesetengah bahagian lantainya diselaputi lumut dan barangan serta perabot di dalamnya dalam keadaan bersepah.
Turut dikenali sebagai Tujuh Rumah Putera, Pura Tanjung Sabtu merupakan gabungan tujuh rumah kayu tradisional Terengganu di kawasan tanah pusaka seluas 5.66 hektar berdekatan dengan tebing Sungai Nerus. Ada juga yang mendakwa salah sebuah rumah di situ merupakan istana lama.
Rumah-rumah tradisional di Pura Tanjung Sabtu yang antaranya dinamakan Rumah Seberang Baroh, Rumah Rhu Rendang, Rumah Kuala Ibai dan Rumah Atas Tol berusia antara 100 hingga 200 tahun, katanya.
“Rumah-rumah tersebut dinamakan oleh Tengku Ismail mengikut tempat asal rumah itu diambil atau dibelinya. Menariknya, semua rumah tersebut dibina tanpa menggunakan paku, sebaliknya, berkonsepkan tanggam dan pasak,” katanya.
Rumah-rumah tersebut dinamakan oleh Tengku Ismail mengikut tempat asal rumah itu diambil atau dibelinya. Menariknya, semua rumah tersebut dibina tanpa menggunakan paku, sebaliknya, berkonsepkan tanggam dan pasak,” katanya.
Malah, katanya, Allahyarham Tengku Ismail turut menjalankan perusahaan songket di salah sebuah rumah di Pura Tanjung Sabtu dengan songket yang dihasilkan menerima permintaan tinggi termasuk dari luar negara.
Namun, selepas Allahyarham Tengku Ismail, yang juga digelar ‘Putera Songket’ mangkat pada 2011, tiada siapa lagi yang menguruskan Pura Tanjung Sabtu sehingga ia terbiar usang seperti sekarang.
Berdekatan dengan kawasan ini ada satu lubuk yang dikenali sebagai ‘Lubuk Aji’, orang-orang dahulu percaya lubuk tersebut ada ‘penunggu’ dan Pura Tanjung Sabtu turut terkena tempiasnya apabila ramai yang mengaitkannya dengan perkara mistik. Namun setakat ini kami (penduduk kampung) tidak pernah menyaksikan sebarang perkara yang aneh di sini,” katanya.
Bagaimanapun kerisauannya kerana keadaan rumah tersebut yang semakin usang dan terdapat bahagian rumah itu seperti tangga telah dicuri.
“Kawasan ini berdekatan dengan sungai, jadi sesiapa sahaja boleh datang sama ada melalui jalan darat atau sungai untuk mengambil barang-barang seperti pasu bunga dan perabot. Kita (penduduk kampung) pun tidak tahu siapa yang keluar masuk ke kawasan ini,” katanya.