CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 422|Reply: 0

[Johor] Bukan seorang tetapi dua rentung

[Copy link]
Post time 16-10-2022 10:30 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN kenderaan yang rentung. FOTO Ihsan Bomba

Kulai: Kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di sini, malam ini membabitkan empat kenderaan dengan dua mangsa maut rentung di lokasi kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor berkata, mangsa yang maut ialah penumpang Proton Wira iaitu Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28.

Katanya, seorang lagi mangsa yang maklumatnya tidak diketahui berada dalam Toyota Vios yang turut terbabit dalam kemalangan itu.


"Kemalangan membabitkan empat kenderaan dan enam mangsa iaitu dua maut, manakala empat selamat.

"Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian jam 7.47 malam. Kemalangan membabitkan lori jenis Isuzu yang terbakar 70 peratus, Proton Wira dan Toyota Vios masing-masing 90 peratus, dan Proton Preve.

"Terdapat seorang mangsa di bahagian tempat duduk penumpang kereta Proton Wira yang tersepit dan ditemui rentung manakala pemandu berjaya menyelamatkan diri.

"Seorang lagi mangsa ditemui rentung dalam kereta Toyota Vios. Dua mangsa yang menaiki lori Isuzu dikenali sebagai S.Suresh, 38 dan Mok You Jian, 22, selamat dan tidak mengalami kecederaan.

"Pemandu Proton Preve, Bunayami Yahya, 43 juga selamat," katanya dalam kenyataan di sini, malam hari ini.

Mohd Fauzi berkata, ketika ini, operasi pemadaman masih berjalan yang dilakukan 18 anggota dari BBP Renggam, BBP Kulai dan BBP Ayer Hitam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tetapi-dua-rentung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.039901 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list