CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 420|Reply: 0

[Johor] Polis kesan pemandu Myvi lawan arus

[Copy link]
Post time 18-10-2022 04:54 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular sebuah Myvi melawan arus di Kilometer 31.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala Kulai.



KULAI - Polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi yang tular memandu melawan arus dengan memasang lampu kecemasan (hazard lights) di Kilometer 31.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala Kulai.

Ketua Polis Daerah Kulai, Suprintendan Tok Beng Yeow berkata satu video berdurasi 11 saat dimuat naik di laman Facebook dikesan pada Selasa memaparkan sebuah kereta Myvi dipandu melawan arus.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Kilometer 31.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala Kulai.

"Susulan video tersebut, bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik daerah Kulai telah membuat semakan ke atas kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol Kulai mendapati kenderaan tersebut telah melalui plaza tol berkenaan pada kira-kira jam 10 pagi pada Selasa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beng Yeow memberitahu usaha mengesan pemandu Myvi tersebut sedang dilakukan untuk tindakan selanjutnya.

"Orang ramai diingatkan supaya mematuhi undang-undang jalan raya agar kemalangan dapat dielakkan dan seterusnya menjamin keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar undang-undang," katanya.
https://www.sinarharian.com.my/a ... ndu-myvi-lawan-arus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.112431 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list