CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58341|Reply: 159

Suami ustazah selebriti tarik balik permohonan cerai bini kedua

  [Copy link]
Post time 19-10-2022 03:03 PM | Show all posts |Read mode
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... skan-tuntutan-cerai
Kuala Lumpur: Mahkamah Rendah Syariah, di sini hari ini meluluskan penarikan balik permohonan perceraian yang dibuat oleh pendakwah bebas, Dr Azahar Yaakub@ariffin terhadap isterinya, Rifhan Zafirah Mohd.

Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat membuat keputusan itu mengikut Seksyen 95(1) yang membenarkan Azahar, 49, selaku plaintif menarik mana-mana prosiding atau sebahagiannya sebelum penghakiman.

Dalam prosiding itu, Azahar diwakili Peguam Syarie, Zaidi Ibrahim.
ADVERTISEMENT



Manakala, Rifhan Zafirah, 37, selaku defendan diwakili Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud.


Terdahulu, Wan Mohd Najib mensabitkan berlakunya syiqaq (perkelahian berpanjangan) dalam perkahwinan Azahar dan Rifhan yang berstatus isteri kedua.


ADVERTISING


Ia berdasarkan laporan keputusan Jawatankuasa Pendamai bertarikh 3 Oktober lalu yang mendapati pasangan terbabit tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak dapat merujuk serta hidup semula sebagai suami isteri.

Zaidi berkata, anak guamnya bagaimanapun memohon untuk menarik balik permohonan cerai yang dikemukakannya selari dengan peruntukan Sekyen 95 (1) Akta 585 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.

Bagaimanapun, Hazizah membantah permohonan dikemukakan Zaidi dan memohon prosiding diteruskan dengan alasan beliau hanya dimaklumkan mengenai hasrat plaintif oleh peguamnya secara lisan pada jam 9 pagi sebelum prosiding bermula.

Menurut Hazizah, anak guamnya bersetuju untuk meneruskan prosiding kerana tidak wujud lagi perasaan sakinah (tenang dan tenteram), mawaddah (perasaan cinta membara kepada pasangan) dan wa rahmah (kasih sayang terpancar dan sanggup berkorban) dalam perkahwinan.

"laintif tidak berupaya dan gagal melindungi perkahwinan poligami dengan defendan.

"Jika diteruskan akan memudaratkan emosi defendan yang disahkan mengalami tekanan, kemurungan dan anxiety' (keresahan) oleh doktor.

"Adanya persetujuan dibuat pada 16 dan 17 Oktober untuk prosiding diteruskan jadi penarikan balik (permohonan) tidak akan meletakkan defendan dalam keadaan lebih baik memandangkan sudah berlaku implikasi terhadap beliau sebagaimana mahkamah memutuskan wujudnya syiqaq," katanya.

Katanya, beliau maklum permohonan lain boleh difailkan jika mahkamah meluluskan penarikan balik oleh plaintif namun namun mahu prosiding diteruskan bagi melindungi kepentingan dan menegakkan keadilan buat anak guamnya.

Justeru, Hazizah memohon plaintif membayar kos prosiding sebanyak RM5,000 kepada anak guamnya.

Sementara itu, Zaidi tidak membantah permohonan dikemukakan oleh pihak defendan namun memohon mahkamah menetapkan kos prosiding munasabah ditaksirkan dengan dirujuk kepada pihak pendaftar.

Wan Mohd Najib kemudiannya memutuskan Rifhan Zafirah untuk mendapatkan kos prosiding yang ditaksirkan di hadapan pendaftar mahkamah.

Beliau membuat keputusan itu mengikut Seksyen 95 (2) yang membolehkan defendan mendapat kos prosiding jika plaintif menarik mana-mana prosiding dibawah subseksyen (1).

Dalam pada itu, Zaidi dan anak guamnya, Azahar enggan mengulas lanjut ketika ditemui pemberita di lobi mahkamah.

Bagaimanapun, Hazizah ketika ditemui berkata pihaknya memohon prosiding diteruskan kerana ia sudah dipersetujui awal kedua-dua pihak.

"Sebelum mahkamah membuat keputusan, kami mahu mahkamah mendengar pendirian kami supaya ia direkodkan.

"Ini (bantahan penarikan balik permohonan) untuk menjaga nama baik dan maruah anak guam saya termasuk wanita yang menjadi isteri kedua.

"Memandangkan mahkamah sudah putuskan adanya syiqaq jadi kita tunggu arahan selanjutnya daripada klien (anak guam) katanya.

Menurut rekod, Azahar dan Rifhan Zafirah berkahwin pada 1 Januari lalu.

Difahamkan, perkahwinan mereka mendapat restu daripada isteri pertama yang juga seorang pendakwah selebriti.

Azahar bagaimanapun membuat permohonan perceraian pada 23 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah, di sini.




Katanya si isteri pertama adalah ustazah selebriti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
who r yusssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 03:28 PM | Show all posts
Suami Ustazah Norhafizah Musa ni.
Kawin tak sampai setahun pai tak boleh berdamai.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 03:38 PM | Show all posts
sapooo wehh
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 03:41 PM | Show all posts
who are yusssss... mesti sendu sebabtu takde sape kisah nak bocorkan pun macam si cik man pemangsa teruna straight kentot berbunyi kuat....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 04:30 PM | Show all posts
Aik katanya isteri pertama yg carikan bini kedua ni...nape gaduh berpanjangan pulak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2022 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
laaa a gini pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Herlina replied at 19-10-2022 04:30 PM
Aik katanya isteri pertama yg carikan bini kedua ni...nape gaduh berpanjangan pulak.

Sazah yg cr kan ke.. knp sazah cr kan.. sazah bukan ke selalu ceramah hal keluarga…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2022 04:40 PM | Show all posts
Herlina replied at 19-10-2022 04:30 PM
Aik katanya isteri pertama yg carikan bini kedua ni...nape gaduh berpanjangan pulak.

pulak dah
tapi baru setahun kawin dah berantakan
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru kawin 1 january dh nak cerai…
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 04:46 PM | Show all posts
la...tak sangka husband norhafizah musa ni kan
nampak aman damai je couple ni anak pun berderet..jgn disangka air tenang xde boya
BNertabahlah ustzah...sekrg ustazah kena amalkan apa ustzah selalu preach.redha
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 04:49 PM | Show all posts
Indahnya berpoligami, elhomdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 05:02 PM | Show all posts
misspokoyo replied at 19-10-2022 04:40 PM
Sazah yg cr kan ke.. knp sazah cr kan.. sazah bukan ke selalu ceramah hal keluarga…

Salah sorang jemaah surau bg tau ustaz ni yg citer sendiri.
Mmg dia puji habis la Ustazah Norhafizah ni.

Pandangan saya, ustazah byk keluar daerah dan kadang ke luar negara. Ustazah pun bukannya sihat sangat pun.
Mungkin sebab itu dia carikan teman untuk lakinya.

Sebab nak cerai tu wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 05:09 PM | Show all posts
bazir duit rakyaat....kejap nak cerai. kejap nak rujuk. pala otak berdengung

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 05:18 PM | Show all posts
Herlina replied at 19-10-2022 05:02 PM
Salah sorang jemaah surau bg tau ustaz ni yg citer sendiri.
Mmg dia puji habis la Ustazah Norhafiz ...

Ustazah pilih ikut kriteria ustazah

laki dia ada citarasa sendiri

takde kimia  kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 07:03 PM | Show all posts
gambar mane...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2022 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak isteri 1st punyela ramai... Mane tak stress 2nd wife... 24hours bg kat bapak depa pon belom cukup lg mase tu die nak bahagikan untuk diri sendiri.. Anak2x yg ramai tu... Inikan pula tambah lg mase dgn 2nd wife... Mmg akan ade yg kemurungan lahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tringt tgk rancangan apetah..suami isteri pendakwah duk masak ns gorg budu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
juruterra replied at 19-10-2022 04:46 PM
la...tak sangka husband norhafizah musa ni kan
nampak aman damai je couple ni anak pun berderet..jgn ...

Ustazah ada jer up video kat IG dia.. wanita berpurdah ni look mesra ngan husband ustaz ...mase tu I dah syak mmg madu dia.  Mid year mase tu kat airport, they all together gitew bersama anak2..seen mesra with husband ustaz tu.
Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga baik2 jer utk Ustazah
Norhafizah. Ustazah pernah dm doakan me.. alhamdullillah dgn izin Allah..segalanya yg terbaik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.093417 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list