CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 457|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Mengaku guna dokumen palsu

[Copy link]
Post time 20-10-2022 02:55 PM | Show all posts |Read mode

M SHANTI mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk pelaporan akhir program Unit Pembangunan Sosio Ekonomi Masyarakat India (SEDIC), tujuh tahun lalu. FOTO Azrul Edham

Seremban: Bekas bendahari sebuah koperasi didenda RM8,000 di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk laporan akhir program Unit Pembangunan Sosio Ekonomi Masyarakat India (SEDIC), tujuh tahun lalu.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap M Santhi, 57, selepas dia membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai Bendahari Koperasi Global and National Skill Development Seremban Berhad (GNSDC) didakwa dengan niat curangnya menggunakan sebagai tulen tiga dokumen iaitu Invois Shanvi Management & Trading untuk laporan akhir program SEDIC yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu.


Kesalahan itu dilakukan di pejabat koperasi GNSDS di Jalan Rasah, Seremban antara Oktober 2015 dan Oktober 2016.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM8,000 dan turut menetapkan tertuduh dihukum penjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Terdahulu, Peguam M Dinesh yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan terhadap anak guamnya dengan alasan wanita itu kini tidak lagi bekerja dan perlu menanggung cucu.

Tambahnya, tertuduh juga sudah insaf dan pengakuan bersalah menjimatkan masa dan kos mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -guna-dokumen-palsu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.607357 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list