View: 451|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Polis rampas 114,150 batang rokok putih tidak bercukai
[Copy link]
|
|
POLIS rampaa 114,150 batang rokok putih tidak bercukai dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan Parit Jawa dekat sini, semalam. FOTO ihsan Polis
Muar: Polis merampas sebanyak 114,150 batang rokok putih dengan nilai keseluruhan berjumlah RM123,836 termasuk nilai cukai dalam serbuan di sebuah premis di kawasan Parit Jawa dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pasukan Task Force Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar dan Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri melakukan serbuan berkenaan pada 11.15 pagi.
"Menerusi serbuan berkenaan, pasukan operasi berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun yang dipercayai sebagai pemilik premis rumah berkenaan.
"Pasukan berkenaan berjaya menemui 497 karton rokok jenis putih pelbagai jenama dan sebuah kereta jenis Proton Saga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Raiz Mukhliz berkata, suspek dipercayai merupakan peniaga kedai runcit dan menjual rokok seludup berkenaan di kedainya sendiri.
"Pemeriksaan lanjut di rumahnya pula mendapati sebahagian rumah berkenaan dijadikan stor untuk menyimpan rokok tanpa cukai berkenaan.
"Siasatan awal juga mendapati suspek berkenaan sudah aktif menjual rokok seludup berkenaan kira-kira tiga bulan lalu," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1), Akta Kastam 1967.
"Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar.
"Suspek juga boleh dipenjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.
Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang kegiatan penyeludupan serta terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan kontraban.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... utih-tidak-bercukai |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|