|
Lucinta Luna mendedahkan bahawa dirinya pernah menjadi pekerja seks di Singapura suatu ketika dulu.
Menurut Lucinta Luna, dia pada awalnya ke Singapura untuk bekerja di sebuah salun rambut namun ditawarkan sebagai pekerja seks melalui kenalannya.
Kata Lucinta, ketika bekerja sebagai pekerja seks itu dia merahsiakan identiti sebenarnya.
Perkara itu didedahkan Lucinta menerusi temubual di saluran YouTube Melaney Ricardo.
Foto: IG
Lucinta turut memberitahu bahawa dia melakukan kerja tersebut kerana ia menjanjikan pulangan yang lumayan.
"Kali pertama saya ke Singapura, saya menjual diri saya dengan menipu. Saya dijanjikan bayaran yang lumayan," katanya.
Jelasnya, ibunya tidak pernah tahu dia pernah bekerja sebagai pekerja seks sepanjang berada di Singapura.
"Ibu saya pernah cakap boleh 'tukar' bentuk badan saya tapi jangan sampai menjual diri," katanya lagi. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|