|
SEJAK kebelakangan ini, nama penyanyi rap, Caprice menjadi buah mulut selepas dilihat komited melakukan siasatan bagi membongkar salah laku individu yang terlibat dalam kes gangguan seksual.
Bukan itu sahaja, namanya turut terpalit apabila cuba masuk campur dalam kes seorang guru dikenali sebagai Cikgu Mohd Fadhli Salleh yang menjadi bualan hangat masyarakat.
Nama usahawan itu sekali lagi menjadi bualan apabila menuntut syarikat pasar raya, Mydin membuat permohonan maaf kepadanya atau berdepan tindakan saman RM30 juta.
Perkara itu adalah gara-gara dia terasa hati dengan satu ciapan di laman Twitter pasar raya itu yang memetik nama 'cap' dan 'rice'.
Mydin menerusi hantaran di Twitter menulis: "Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice. Bila sampai rumah, rasa macam tak perlu cap dengan rice tu. Nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam masa 24 jam".
Tidak terhenti setakat itu, Caprice itu turut menjadi bahan usikan pemain pertahanan Sri Pahang FC, Fandi Othman ketika penyanyi itu membuat hantaran di laman Instagram.
|
|