CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 486|Reply: 0

[Johor] Tragedi Tasik Tiga Beradik

[Copy link]
Post time 24-10-2022 04:12 PM | Show all posts |Read mode

MANGSA lemas ketika mandi di Tasik Tiga Beradik. FOTO ihsan bomba

Pasir Gudang: Remaja lelaki lemas manakala seorang lagi selamat selepas dipercayai mandi di Tasik Tiga Beradik, Seri Alam di sini, hari ini.

Kedua-dua remaja berusia 15 tahun yang juga rakan sekolah itu dikatakan ke lokasi kejadian bersama empat lagi rakan mereka.

Terdahulu, semua enam remaja termasuk dua perempuan itu dipercayai melakukan aktiviti mendaki di kawasan berkenaan sebelum memutuskan mandi di tasik terbabit.


Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.57 pagi membabitkan dua mangsa.

Bagaimanapun, katanya, sebelum ketibaan pihak bomba, seorang daripada mangsa sudah diselamatkan orang awam dan dilaporkan selamat sebelum dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk rawatan lanjut.

"Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya dan 11 anggota BBP Pasir Gudang digerakkan ke lokasi kejadian diketuai Komander Operasi Saifulbahri Safar.

"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian menjalankan operasi mencari mangsa kedua dan menemuinya sedalam tiga meter dan sejauh tujuh meter dari tebing.

"Mangsa kemudian dibawa naik dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada jam 12.14 tengah hari.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tasik-tiga-beradik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.035785 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list