View: 431|Reply: 0
|
[Johor]
43,000 akaun masih terjejas, baik pulih paip pecah tertangguh akibat hujan
[Copy link]
|
|
Kerja pembaikpulihan di Persiaran, Bandar Seri Alam di Masai terpaksa ditangguh malam tadi berikutan hujan lebat. FOTO ihsan Exco
Johor Bahru: Usaha membaik pulih paip pecah di Persiaran, Bandar Seri Alam di Masai di sini terpaksa ditangguh sementara malam tadi berikutan hujan lebat dan cerun tanah runtuh.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, malah kawasan terbabit juga ditenggelami air hingga menjejaskan operasi pembaikpulihan yang giat dijalankan sejak beberapa hari.
"Pihak kami ingin memohon maaf kerana kerja-kerja pembaikan paip air 1,200 milimeter yang pecah terpaksa ditangguhkan akibat hujan yang lebat.
"Sebagai langkah tambahan, pihak Ranhill SAJ meletakkan sekurang-kurangnya 24 tangki simpanan air (bilangan akan ditambah) di lokasi strategik seperti sekolah, masjid dan surau.
"Kami juga akan menambah bilangan lori tangki daripada 38 buah kepada 49 serta bilangan 'filling point' juga ditambah daripada empat kepada enam.
"Ia bagi memastikan setiap lokasi yang terganggu (70 kawasan) mendapat bekalan air bersih yang mencukupi," katanya.
Sebanyak 43,000 akaun pengguna masih terjejas akibat gangguan bekalan air akibat kerosakan paip berkenaan.
Antara kawasan terjejas termasuk Taman Molek,Taman Johor Jaya, Taman Megah Ria, Taman Rinting, Taman Kota Puteri dan Bandar Seri Alam.
Bagaimanapun cuaca agak cerah pada pagi ini dipercayai membolehkan kerja baik pulih diteruskan sekali gus meningkatkan peluang orang ramai bagi mendapat bekalan air bersih dalam masa terdekat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... angguh-akibat-hujan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|