View: 486|Reply: 1
|
[Negeri Sembilan]
Lebur RM5,000 ditipu 'Nana'
[Copy link]
|
|
MIA menunjukkan laporan polis didakwa ditipu scammer yang menawarkan pekerjaan tidak wujud. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Jempol: Impikan pekerjaan yang mampu membantu keluarga namun sebaliknya seorang suri rumah kerugian RM5,000 selepas ditipu sindiket menawarkan pekerjaan tidak wujud di media sosial.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Mia, 27, berkata, segalanya bermula apabila dia berniat mahu membantu menambah pendapatan keluarga.
Katanya. dia melayari aplikasi Telegram dan membuka pautan kumpulan E-dagang menawarkan pekerjaan dengan hanya melaksanakan tugasan diberikan individu bernama Nana pada 25 Oktober lalu.
"Individu tidak dikenali itu kemudiannya meminta saya memasukkan wang RM100 sebelum diarahkan melengkapkan beberapa tugasan selain menawarkan bayaran RM10,000," katanya.
Mia berkata, bagi mendapat ganjaran besar, dia perlu memasukkan wang ke dalam akaun berbeza milik beberapa individu secara berperingkat bermula 25 hingga 28 Oktober lalu membabitkan jumlah keseluruhan RM5,000.
"Semua transaksi bayaran itu juga didakwa digunakan untuk membeli data bidaan barang dalam satu laman web E-dagang.
"Sepanjang tempoh urusan berkenaan, saya diminta untuk membuat satu akaun di sebuah laman web bagi membolehkan saya melihat jumlah bayaran dan komisen diterima sebaik tugasan selesai dilakukan," katanya.
Bagaimanapun apabila dia meminta untuk mengeluarkan wang komisyen diterima itu, 'sindiket' mendesak supaya dia membuat bayaran tambahan RM5,000 lagi.
Mia berkata, sindiket itu mendakwa bayaran berkenaan adalah tugasan terakhir sebelum dia dibenarkan untuk mengeluarkan kesemua wang komisyen berjumlah RM17,000.
"Bagaimanapun saya mulai curiga dan sedar ditipu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Seri Jempol di sini, kelmarin.
"Justeru, saya berharap orang ramai tidak mudah terperangkap dengan janji manis ditaburkan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial," katanya.
Sementara itu Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan lanjut masih diteruskan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rm5000-ditipu-nana |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mudahnya kena tipu
peringatan utk diri sendiri jugak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|