CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: IRZeeBuk

Sejarah Tun Seri Lanang

  [Copy link]
 Author| Post time 18-10-2010 07:50 PM | Show all posts
Reply 17# AadiGoth

Tenkiu... dlu pernah tengku ali jadi sultan terengganu kan?? nape namenye tak disenarai plak???
di blek list keee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2010 08:13 PM | Show all posts
Reply 21# IRZeeBuk


  kononnya Tengku Ali penyokong kuat Jepun masa malaya kena jajah ngn Jepun. also dituduh byk hutang2 immoral...or nak jawapan alternatif, sila ke Medan Jaya, Rusila Trg utk dptkan jawapan dari mulut anaknya sendiri..or dptkan buku oleh Mengapa Saya Diturunkan Dari Takhta Terengganu Tengku Ali...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 08:30 PM | Show all posts
Reply 22# AadiGoth

Rhusila??ehh idup lagi ke anak2 nye???
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 11:31 PM | Show all posts
Tun Telanai of Terengganu pon wujud jugak .. Zaman Kesultanan Melaka

Tun Seri lanang pulak yg dari Johor - descendant  dari salah seorang adik beradik Bendahara Melaka Tun Mutahir  - Zaman  Kesultanan Johor
Penulis The Malay Annal.s/Sejarah Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 11:34 PM | Show all posts
Reply 22# AadiGoth


    ajaklah anak dia berporum..baru kira inside scoop ... .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 09:56 PM | Show all posts
Reply 25# ea208964

Sapa anak die??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2010 01:00 AM | Show all posts
yeke? kan islam smpai terengganu dlm 1300 an, camana plak johor yg asal drpd melaka, yg baru tahun 1400 wujud, bleh jadi sultan kesultanan terengganu?


batu bersurat tu jumpa bawah sungai. tu je yang dapat diselamatkan..
Maksud diselamatkan adalah.

first sekali kita kene tau kenapa orang buat batu bersurat. sebab diorang nak orang2 di masa hadapan tau akan kewujudan diorang. mungkin kerajaan terengganu masa tu diserang hebat oleh Ayuthaya. Kerajaan Funan pun hilang masa tu.. sejarah masa tu samar2 la.. sebab tu masa zaman Srivijaya. mana la tau kot kot Srivijaya yang hancurkan kerajaan terengganu masa tu. sebab kerajaan melaka sezaman dengan kerajaan srivijaya. Melaka diasaskan pada 1226 ikot kajian terbaru ni. so sezaman ngan Srivijaya. tapi keturunan Sultan Terengganu SEKARANG memang berasal dari keturunan bendahara johor. a.k.a keturunan sultan melaka. tengok salasilah keturunan kat page 1. tapi kita tak tau, mana lah tau keturunan Sultan Melaka tu dulu berasal dari keturunan kerajaan terengganu 1300 tu.. kita tak tau kan.. so perlukan lebih kajian..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 09:06 AM | Show all posts
Bukan ke Tun Sri Lanang Ni Yang Tulis Sejarah Melayu ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2010 09:35 AM | Show all posts
Tun Sri Lanang dikatakan berasal dari keturunan Mani Purindam

Siapa Mani Purindam


Dalam Sejarah Melayu al-kisah cetera yang kedua belas ada mencatatkan suatu nama, Mani Purindan. Sepanjang cetera yang mengisahkan tentang individu tersebut, namanya sentiasa diiringi dengan gelaran hormat ‘baginda’ dan disebut sebagai baginda Mani Purindan.

        Berikut diturunkan petikan dari Sejarah Melayu yang mengisahkan tentang individu yang disebutkan tadi:


“Kata sahibul’l-hikayat, maka tersebut-lah perkataan ada sa-buah negeri di-benua Keling, Pahili nama-nya, Nizamu’l-Muluk Akbar Shah nama raja-nya. Ada pun raja itu Islam, di-dalam agama Nabi Muhammad. Maka baginda beranak tiga orang, dua orang laki2, sa-orang perempuan, dan yang tua bernama Mani Purindan, dan yang tengah Raja Akbar Muluk Paduka Shah nama-nya, dan yang bungsu perempuan. Maka ayahanda baginda Raja Nizamu’l-Muluk Akbar Shah pun hilang-lah. Maka ananda baginda Raja Akbar Muluk Paduka Shah-lah ganti kerajaan ayahanda baginda. Maka baginda berbahagi pusaka tiga bersaudara saperti di dalam hukum Allah ta’ala, demikian-lah di-perbuat-nya. Datang-lah pada papan chuki emas, buah-nya permata, sa-belah permata merah, sa-belah permata hijau. Maka kata baginda Mani Purindan pada adek-nya Raja Akbar Muluk Paduka Shah, ‘Chuki ini berikan-lah pada saudara kita yang perempuan kerana bukan layak kita memakai dia.’  ……..

        Itulah sahaja yang dikisahkan dalam Sejarah Melayu tentang Mani Purindan. Petikan di atas adalah kisah penuh mengenai Mani Purindan seperti tercatat di muka surat 80 hingga 82 (Sulalatus Salatin, hlm. 80-82 juga); tetapi separuh halaman sahaja di muka surat 80 dan satu perenggan atau seperempat halaman sahaja di muka surat 82. Bermakna, kisah tersebut cuma meliputi lebih kurang dua muka surat sahaja.

        Kisah sepanjang dua muka surat tentang Mani Purindan itu memang terlalu pendek. Pada hal perjalanan hidupnya sejak di Pahili hingga berakhir di Melaka sudah tentu amat panjang. Malahan episod-episod yang menyentuh tentang diri beliau serta keturunannya yang berkaitan dengan kerajaan Melayu Melaka tentu banyak jika hendak dikaji dan diperkatakan. Namun demikian tiada terdapat sumber bertulis lain yang mengisahkan tentang dirinya itu. Dengan yang demikian setakat itulah sahaja kisah yang menyangkut diri beliau sebagaimana yang terdapat dalam Sejarah Melayu.


Mani Purindan dalam Sejarah Melayu

Dalam Sulalatus Salatin yang diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad,2 terdapat beberapa maklumat tambahan yang tidak terdapat dalam Sejarah Melayu. Selain itu terdapat juga beberapa kelainan dalam sebutan nama-nama individu dalam kedua-dua teks tersebut. Begitu juga dengan beberapa potong ayat yang tidak sama antara teks kedua-dua versi Sejarah Melayu itu.   
        Walau bagaimanapun kelainan maklumat dalam teks-teks yang berkenaan bukanlah perbezaan besar. Sebaliknya maklumat-maklumat yang berkenaan serba sedikit saling memperlengkap pengetahuan tentang individu yang dinamakan Mani Purindan. Malahan variasi sebutan nama-nama individu juga bukanlah kelainan yang sangat ketara tetapi sekadar sedikit, kemungkinan telah berlaku pada masa para penyelenggara sedang mentransliterasikan teks-teks Sejarah Melayu yang berlainan versi. Demikian juga dengan kelainan ayat-ayat dalam teks Sejarah Melayu dan Sulalatus Salatin, barangkali teks-teks tersebut adalah juga berlainan versi yang disalin oleh penyalin-penyalin yang berbeza.

        Kelainan-kelainan yang dimaksudkan ialah:

1.          “… Ada pun raja itu Islam dalam agama Nabi Muhammad Rasulullah salla `llahu `alai wa-sallam…”3
2.           “… Raja Akbar Muluk Kud Syah…”4
3.          “… dan yang tengah Raja Akbar Muluk Kud Syah nama-nya,…”5
4.            “… yang perempuan, Damia Seri Wandi namanya….”6
5.          “… Baginda Mani Purindan pun hendak naik mencapai segala anak kayu yang tumbang itu, semuanya merebahkan dirinya. Maka baginda berpaut pada pohon gandasuli, lalu naik ke darat berjalan dengan letihnya dan lapar serta dahaganya. Maka didengarnya bunyi burung tekukur itu terbang, diikutnya pula; apabila baginda Mani Purindan berhenti, tekukur itu pun ikut berhenti. Diceriterakan yang empunya ceritera, ada dua hari dua malam baginda Mani Purindan mengikut tekukur itu, apabila ia berhenti tekukur itu pun berhenti, dengan demikian maka teruslah ke bendang orang….”7
6. “… Sebab itulah dipersumpahkan oleh baginda Mani Purindan  – segala anak cucunya tiada boleh makan ikan alu-alu; tiada boleh bermain burung tekukur dan memakai bunga gandasuli…”8


        Begitulah maklumat mengenai Mani Purindan yang terdapat dalam Sejarah Melayu dan Sulalatus Salatin. Dengan maklumat yang ada itulah akan dikaji mengenai Mani Purindan, terutama sekali tentang kehadirannya di Melaka.

        Menurut Sejarah Melayu-Sulalatus Salatin, Mani Purindan adalah seorang putera raja. Ayahnya bernama Raja Nizamu’l-Muluk Akbar Syah yang memerintah ‘sa-buah negeri di-benua Keling, Pahili nama-nya.’ Beliau merupakan anak yang sulung daripada tiga bersaudara. Adiknya yang lelaki bernama Raja Akbar Muluk Paduka (Kud) Syah, manakala adiknya yang bungsu seorang perempuan bernama Damia Sri Wandi.


        Apabila Raja Nizamu’l-Muluk Akbar Syah mangkat, anaknya yang tengah Raja Akbar Muluk Paduka Syah telah diangkat menjadi raja. Lazimnya putera tertua yang menaiki takhta kerajaan bagi menggantikan raja yang mangkat tetapi di Pahili, putera kedua pula yang diangkat menjadi Raja. Fenomena seperti itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana ia turut berlaku kepada kerajaan-kerajaan lain. Sekalipun begitu Mani Purindan tidak pula ‘memberontak’ ataupun berhasrat untuk merampas takhta kerajaan agar beliau dapat menjadi Raja.

        Dalam kes ini, sekalipun Mani Purindan adalah seorang anak raja dan malahan yang tertua sekali, tetapi beliau telah diketepikan dan nampaknya beliau seolah-olah tidak mempunyai hak dalam kerajaan. Timbul beberapa persoalan yang boleh dibuat andaian berkaitan dengan peristiwa tersebut.

        Mani Purindan bukanlah anak gahara. Beliau mungkin dilahirkan oleh permaisuri yang bukan berstatus Raja Perempuan. Kebarangkalian ini tidak mustahil kerana bapanya Raja Nizamu’l-Muluk Akbar Syah adalah seorang Muslim yang dibenarkan berpoligami. Baginda mungkin telah berkahwin buat pertama kali dengan seorang wanita orang kebanyakan yang tidak layak diangkat menjadi Raja Perempuan atau Permaisuri Besar. Isteri yang demikian dianggap sebagai gundik9 diraja dan anak yang dilahirkannya adalah anak gundik.

        Berlainan pula dengan adik-adik Mani Purindan yang dilahirkan oleh wanita yang berketurunan raja ataupun Permaisuri. Anak lelaki yang dilahirkan oleh Raja Perempuan atau Permaisuri Besar dianggap sebagai anak gahara manakala anak perempuan pula layak diangkat menjadi permaisuri (sama ada Raja Perempuan atau Permaisuri Besar) seandainya beliau berkahwin dengan seorang Raja pemerintah sesebuah negeri. Dalam senario yang demikian wajarlah Raja Akbar Muluk Paduka Syah menaiki takhta kerajaan kerana beliau dianggap sebagai anak gahara atau putera mahkota, berbanding Mani Purindan yang bertaraf anak gundik.

        Seseorang anak gundik tetap diiktiraf sebagai anak raja. Raja Nizam-u’l-Muluk Akbar Syah adalah seorang Muslim, dan dengan yang demikian anak gundiknya wajar dinamakan dengan gelaran raja berdasarkan kepada nasab bapa. Walau bagaimanapun tidak pula dapat dipastikan tentang hal ini kerana nama Mani Purindan yang sebenar tidak diketahui. Adalah diyakini bahawa Mani Purindan hanyalah nama timang-timangan atau nama gelaran sahaja.


        Menurut pendapat umum dalam kalangan masyarakat bahagian utara benua Hindi (seperti wilayah Rajasthan atau Delhi), nama Mani Purindan mungkin diambil dari perkataan ‘manipuri’10, sejenis makanan kegemaran di wilayah berkenaan dan juga wilayah-wilayah sebelah selatan. Perkataan tersebut terdapat dalam bahasa Tamil yang telah diserap daripada bahasa Sanskrit.
        Disebabkan Mani Purindan mungkin bukan nama yang sebenar tetapi hanyalah gelaran ataupun nama timang-timangan, oleh yang demikian namanya itu tidak mungkin dapat dijadikan asas untuk mengenal pasti identiti beliau yang sebenar. Dalam Sejarah Melayu, Tun Seri Lanang sekadar mencatatkan sebagai ‘baginda Mani Purindan’ dan tiada sekalipun disebut, misalnya ‘Raja Mani Purindan’. Walau bagaimanapun, beliau dikatakan berasal dari Pahili yang terletak di wilayah Rajasthan di Utara tanah Hindi. Dengan itu, Mani Purindan diandaikan berketurunan ‘Hindi’ yang di bawah pengaruh Parsi, Turki dan Arab, dan bukannya Tamil (dari wilayah selatan).
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 09:36 AM | Show all posts
Maka bolehlah disimpulkan hakikat bahawa Mani Purindan adalah anak raja Pahili berdarah Hindi-Parsi tetapi bukan anak gahara. Lantaran itu beliau tidak mempunyai hak untuk menaiki takhta kerajaan.

                Demi membawa hati yang merajuk itu Mani Purindan berhasrat untuk merantau ke tempat yang jauh. Destinasi yang dipilihnya ialah Melaka “… kerana pada zaman ini raja Melaka itu raja besar; patut-lah aku sembah.  …”11 Beliau memilih untuk merantau dan menetap di sebuah negeri besar, tegasnya Melaka yang dianggap sebagai sebuah negeri yang maju dan tersohor (piawaian pada awal kurun ke-15). Beliau sanggup memberikan taat setia kepada Raja Melaka yang dianggap raja besar berbanding Pahili dengan raja yang tidak menyenanginya.

Nota Hujung
1.          Tun Seri Lanang, Sejarah Melayu, (suntingan W.G. Sheallabear), Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1967, hlm. 80-82.
2.          A. Samad Ahmad, (penyelenggara), Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Edisi Pelajar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2003.
3.           A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin, hlm. 80.
4.           Ibid.
5.           Ibid..
6.           Ibid.
7.           Ibid., hlm. 81.
8.           Ibid.
9.          Ada dua jenis gundik (rujuk Kamus Dewan hlm. 384). i. isteri Raja pemerintah dari keturunan orang kebanyakan. ii. perempuan simpanan, isteri gelap.
10.         Maklumat mengenai perkara ini diperoleh hasil daripada perbualan penulis dengan seorang Pengurus Restoran Haja Khaliq (Khoja Khaliq). Beliau berketurunan daripada wilayah Rajasthan, dan menyatakan bahawa nama-nama seperti Khoja dan Nizamul berasal daripada Parsi. Berbeza dengan nama Mani Purindan yang dipercayai terbit daripada perkataan ‘manipuri’ yang berasal dari bahasa Sanskrit tetapi biasa digunakan oleh orang di wilayah utara benua Hindi.
11.        Tun Seri Lanang, Sejarah Melayu, hlm. 81.

Keterangan lanjut mengenai Mani Purindan terdapat dalam bukuMani Purindan dalam Sejarah Melayu, Ismail Azman Omar, Karisma, 2008.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2010 06:47 PM | Show all posts
Reply 28# winamp05

oohh yeeke?? akupun tak tau... tenkiuss
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 08:38 AM | Show all posts
Macam mana TSL ( Tun Sri Lanang ) ni boleh timbul idea nak tulis sejarah melayu ek ? sapa ada sejarah dia ? ;)
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 02:48 PM | Show all posts
Reply 32# winamp05


    seronok untuk dikupas ...sejauh mana kebenaran "sejarah melayu" yg ditulis sbbnya sejarah melayu ditulis selepas 100 tahun melaka jatuh klu tak silap ..

dan ditulis untuk pihak siapa...sejarah biasnaya semula oleh pihak yg menang pada masa itu ... kegemilangan berpihak kepada pemenang ... kegemilagan yg dicapai tak semestinya kegemilangan dari pihak yg 'betul .. tapi itulah SEJARAH kan ..perkara yg dah lepas dan sudah ditakdirkan berlaku ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 04:32 PM | Show all posts
tun seri lanang ni keturunan keling mani purindam rupanya. ceh
-sejak dulu lg keling mempengaruhi kerajaan2 melayu, munshi abdullah tu pun keling
-tak heran laa pm msia pun ada yg keling :re:
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 04:56 PM | Show all posts
Reply 34# sekngucing

apa mksud keling tu sbnarnya? ke ia mrujuk bangsa India kat selatan iaitu Tamil? Keling asal dari perkataan Empayer Kalingga. But Kalingga terletak kat selatan India which is Tamil...

Pahili trletak kat utara India n kat utara ni biasanya ada pengaruh parsi. So kalu ayah mani purindam ni Nizam al Muluk (nama stail parsi) so maknanya Mani Purindam bukan pure Indian...berdarah parsi no keling...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
TheGreatMister replied at 20-10-2010 01:00 AM
batu bersurat tu jumpa bawah sungai. tu je yang dapat diselamatkan..
Maksud diselamatkan adalah ...

Good info sharing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]xEHn8cgtas4[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]5yCa8tRcBis[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]lmjsrxL7dNs[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]f12W3QgU8oQ[/youtube]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.093912 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list