CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

[Johor] Sindiket bungkus, edar ganja didalangi anak beranak tumpas

[Copy link]
Post time 7-11-2022 01:13 PM | Show all posts |Read mode

KAMARUL Zaman menunjukkan ketulan mampat ganja yang dirampas dalam empat serbuan berasingan pada Khamis dan Jumaat lalu. FOTO OMAR AHMAD

Johor Bahru: Sindiket pembungkusan dan pengedaran ganja yang didalangi anak-beranak tumpas dalam empat serbuan berasingan sekitar Johor Bahru dan Ulu Tiram, pada Khamis dan Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dalam serbuan itu menahan tujuh individu termasuk dua wanita tempatan berumur 17 hingga 47 tahun.

Katanya, serbuan turut merampas 216 ketulan mampat ganja seberat 216 kilogram dengan nilai RM540,257; 13.11 gram ketamin (RM1,966) dan 12.01 gram pil ekstasi (RM450).


"Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor pada Khamis lalu kira-kira jam 10 malam dengan menahan dua lelaki di tepi jalan kawasan bandar raya.

"Hasil siasatan polis menyerbu apartmen dan tahan empat individu serta merampas sejumlah kecil dadah.

"Seterusnya pada jam 1.45 pagi pada Jumaat, satu serbuan ke kawasan perumahan di Bandar Tiram dilakukan dan menahan lelaki berusia 47 tahun yang juga ayah kepada salah seorang yang ditahan sebelum ini.

"Hasil siasatan membawa kepada serbuan akhir di sebuah rumah di Puteri Wangsa, Ulu Tiram dan di situ menemui stor penyimpanan dadah," katanya pada sidang media di IPK Johor di sini, hari ini.


Anak- beranak dipercayai dalang sindiket pengedaran dan pembungkusan ganja, ditahan. FOTO OMAR AHMAD

Menurut Kamarul Zaman, sindiket yang aktif sejak Ogos lalu menggunakan kaedah penghantaran kurier pengangkutan awam sebagai modus operandi mereka.

"Dadah dibawa dari utara hantar ke sini dan disimpan di lokasi yang mengelirukan. Mereka menyewa dua rumah yang mana salah satunya dijadikan stor penyimpanan dadah. Manakala aktiviti pembungkusan dilakukan di apartmen.

"Seketul ganja yang mempunyai berat 900 gram hingga 1 kilogram berharga RM2,500 dalam pasaran. Sekiranya terlepas, dadah ini boleh digunakan oleh seramai 216,199 penagih.

"Kesemua suspek direman tujuh hari hingga 11 November depan. Enam daripada tujuh suspek yang ditahan positif dadah ganja dan methapethamine. Salah seorang suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah," katanya polis turut menyita dua kereta, sebuah motosikal dan wang tunai bernilai RM5,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anak-beranak-tumpas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.038275 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list