CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 1

[Pulau Pinang] PRU-15: 'Tawan Kepala Batas, Tasek Gelugor? Saya boleh angkat sumpah 20 November ini'

[Copy link]
Post time 7-11-2022 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 7-11-2022 02:52 PM

PRU-15: 'Tawan Kepala Batas, Tasek Gelugor? Saya boleh angkat sumpah 20 November ini'



Nur Izzati Mohamad
[email protected]





Butterworth: Pakatan Harapan (PH) akan berusaha menawan Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor bagi membolehkan gabungan parti itu memenangi 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) seterusnya membentuk kerajaan baharu.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika ini, Pulau Pinang dan Selangor serta Negeri Sembilan antara kubu kuat PH yang mana kini beliau 'membawa obor' bagi menyerang Perak untuk memperluaskan kekuasaan gabungan parti itu

"Kita yakin bahawa akan memperoleh kemenangan sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen yang kita tandingi.

"Di Pulau Pinang, kita perlu jaga kawasan kubu kuat antaranya dari Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Batu Kawan sehingga ke Nibong Tebal untuk terus kekal menjadi milik PH.

"Kini, dua sahaja lagi masih belum berhasil iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor yang kita akan tawan supaya membolehkan kita diangkat sebagai pemerintah dan saya akan mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri pada 20 November ini," katanya.

Beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon Parlimen Kerusi Parlimen Tambun berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Mega Harapan Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.


Disiarkan pada: November 7, 2022 @ 8:14am


Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada majlis ramah mesra di dewan MPKK Bukit Belah di sini. FOTO DANIAL SAAD









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2022 02:52 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.037384 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list