CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

     Close [Copy link]
Post time 25-10-2010 10:26 AM | Show all posts
cik pai ayam.....
best gak tu....
kelakau pun ade

ngidam nak makan pai ayam ler plk...
huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2010 10:48 AM | Show all posts
x sabar nak tunggu kisah selanjutnya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 12:45 PM | Show all posts
semalam cari pai ayam tak jumpa ....hari ini nak cari ...meleleh air liur baca pai dahlia ....sodappppp ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 12:51 PM | Show all posts
sll silent reader..tp mmg suka bc citer smiley..best
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 12:59 PM | Show all posts
tengah menanti sambungan cik pai ayam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2010 01:17 PM | Show all posts
Reply 188# kaypo

sodapnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-10-2010 01:18 PM | Show all posts
Reply 193# liyanur
akak tak pandai masak
sbb tu buat heroin pandai masak - kira berfantasi lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2010 01:19 PM | Show all posts
Reply 203# suyfea

kalau suyfea kat kl - gi cari kat Mr Pieman ( sunway pyramid, one utama)
pie ayam dia sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2010 01:21 PM | Show all posts
Hari ni dahlia buat apa ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2010 01:35 PM | Show all posts
Reply 209# qimi08

tengah jaga kedai buku dari pukul 8.30 pagi  sampai 6ptg
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 01:39 PM | Show all posts
uwaahhh hari ni x ada n3 ke? sunyi arr
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 01:44 PM | Show all posts
arini dh isnin....bila amir nak pi jupe dahlia....
waktu sekolah pun dh abis....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2010 02:14 PM | Show all posts
hari ini delayed telecast
ini citer apa dahlia buat semlm
......................................................

Hari Ahad muncul juga. Cuaca baik, semua sihat walafiat, tiada apa kejadian yang memungkinkan pertemuan Dahlia dengan Farid Buncit di batalkan. Hj Zul berlegar di sekitar rumah banglo setingkat itu dengan senyuman. Kadang kadang dia menyanyi kecil.

“ Babah ni suka bebenor. What’s up? ” tegur Dahlia. Bapanya berhenti menyiram pokok yang di letak di sudut ruang tamu.

“ Kenapa Lia tak siap lagi? Takkan lupa yang Farid ajak lunch?”

“ Lambat lagi la Babah. Sekarang baru pukul 11.30. Bukannya kena berandam kalau setakat nak keluar lunch. Pakai macam ni pun okay” Dahlia menunjuk pada baju T yang gelebeh dan seluar bawah lutut. Saja nak menyakat bapanya.

“ Eh, kamu tu perempuan. Pakai lah lawa lawa sikit. Ini Babah tengok macam rupa Apek jual sayur. Cepat pergi tukar.” Hj Zul membebel.

Dahlia tersengih sendiri. Takut sangat kalau aku tak menepati piawaian si Farid Buncit. Dia terus ke bilik untuk mandi dan menukar pakaian. Tak payah fikir panjang apa nak pakai, capai saja apa yang dekat. Sepupunya Shakira sudah berlengkar atas katil sambil membaca novel  Kau Kekasih Ku yang di rembat dari Toko Buku Nilam. Kalau baca novel cinta aku tak kisah, jangan pandai buat praktikal sudah, dengus Dahlia dalam hatinya.

“ Kak Lia, malas lah nak ikut…..” Shakira memuncungkan bibir. Dia menopang dagu sambil duduk di birai katil.

“ Kira! Tak baik mungkir janji tau. Berdosa” Dahlia berhenti menyisir rambut dan berpusing mengadap sepupunya. Pinggang di cekak. Dia sudah memberi  Shakira sebatang Shaker sebagai upah untuk menemaninya keluar bersama Farid Buncit.

“ Nanti Kak Lia dengan Abang Farid cakap  bisik bisik, jeling jeling, makan suap suap. I love you, you love me. Macam dalam novel ini. . Eeee” Gadis sunti anak Usu membuat aksi geli geleman.

Dahlia menjegil. “ Hissh! Akak sumpah tak akan ada aksi macam itu. Kak Lia dengan Farid tu bukan boyfriend – girlfriend. Ini first time kita jumpa. Kalau dia buat perangai macam itu, memang akak suruh dia masuk hospital di Tanjung Rambutan.! “

“ Kenapa Kak Lia tak nak pergi berdua saja? Kira bosan lah ikut korang .” Rungutnya sambil bermain dengan bucu tudung.

“ Budak ni betul lah. Hari tu bila Kak Lia ajak, Kira dah setuju. Kira tahu tak, Kira dapat pahala. Kalau lelaki dan perempuan bukan muhrim keluar berdua, syaitan ada sekali. Jadi Kira ni jadi penghalang pada hasutan syaitan. Kalau tak cukup satu Shaker, Kak Lia boleh bagi lagi. “ Masa dah suntuk untuk cari sepupu lain untuk jadi pak atau mak pacak. Lagipun yang lain dah besar. Cuma Shakira seorang saja yang boleh di suap dengan alat tulis.

“ Kira banyak homework.”  Muka Shakira masam.

“ Tak pe…balik  nanti Kak Lia tolong. Kita pergi sekejap saja. Lepas makan kita suruh Abang Farid hantar kita balik cepat cepat, ya.”  Dahlia memujuk. Adoi, payah betul perempuan baru baligh ni. Kuat sungguh angin lintang dia.

SMS masuk dari Farid mengatakan dia akan sampai dalam masa 5 minit. Sikit pun degupan jantung Dahlia tidak tergugat. Masih steady. Lip Ice rona pink di calit di bibir dan perfume Cherry Blossom Body Shop di sembur di belakang kedua telinga dan pergelangan tangan.

“ Kata tak suka, tapi siap pakai perfume. Kalau Kira jadi Kak Lia, biarlah badan bau busuk.” Betul juga kata minah kerek ni. Membazir je minyak wangi aku. Tak apalah, ini kali pertama dan terakhir.

Dia mencapai beg tangan bila terdengar suara lelaki memberi salam. Sekarang aku akan lunaskan janji pada Babah. Lepas ini jangan harap aku nak keluar dating dengan FB ( bukan nama sebenar, bukan facebook ).

Tangan Shakira di tarik. “ Jom! Kita pergi cepat, cepat kita balik”

Dari pintu biliknya dia dapat melihat bapaknya sedang berbual di anjung rumah. Sambil menuju ke pintu utama dia tertinjau tinjau untuk melihat kelibat Farid. Bila Hj Zul mengubah posisi, langkah Dahlia terhenti…. Wooo!

“ Kira , kalau tak nak ikut tak apalah”

“ Apa lah Kak Lia ni. Tadi paksa orang. Oh…. Sebab abang tu handsome, sekarang tak kasi Kira ikut” Shakira meninggikan suara

“SYYYYY!”  Mulut Shakira di cekup. Nasib baiklah Babah tengah rancak berbual. Kalau Farid ( no more Buncit) dengar, malunya aku. Terbongkar rahsia.

“ Dahlia! Apa yang kecoh tu? Dah siap kah? “ Hj Zul menoleh dan mengenyit mata

Dahlia menelan airliur. Senyuman Farid membuat dia kelu. Suka lah Babah. Orang kata jangan benci sangat nanti jatuh hati. Padan muka aku!  Hj Zul tersengih lebar melihat reaksi anaknya.

“ Inilah Farid. Dah lain kan sekarang? Farid, kenal lagi Dahlia?” Hj Zul memaut bahu anaknya yang sedang mempamerkan senyuman paling manis.

“ Hi, Dahlia. Apa khabar?  “Mata Farid mengecil bila tersenyum. Tangan spontan di hulurkan kemudian di tarik semula ke dalam poket seluar. Takut kalau Hj Zul tak suka aku bersalaman dengan anak dia sebelum bersalaman dengan Tok Kadi. Farid memandang dengan tanda tanya pada gadis remaja di sebelah Dahlia.

“ I’m fine, thanks. Er.. ini cousin I , Shakira.  I ajak dia ikut kita. I hope you don’t mind”

” I don’t mind at all.”  Tipu Farid. Sungguh  tak ku sangka Dahlia Hj Zulkifly seorang yang begitu konservatif. Walaupun di besarkan di kota dia  masih kuat dengan adab ketimuran, rumus Farid. Siap bawa chaperone. I liiikee. Rasa suka mula menguntum. Dahlia berbeza dari kenalan wanita yang lain. Walaupun mulanya dia  di “paksa “ oleh ibubapanya untuk “berkenalan” dengan anak Cikgu Zul tapi nampak gaya kali ini pilihan mereka menepati citarasanya.

“ Uncle, saya pergi dulu ya.” Dengan gaya lelaki budiman Farid membuka pintu kereta untuk Dahlia dan Shakira. Beberapa minit kemudian  Vios hitamnya meluncur ke Rumah rehat  di Bukit Chandan.
…………………………………………………………………………
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2010 02:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 25-10-2010 14:20

Tak sampai 10 minit kemudian mereka tiba di satu satunya restoran di rest house Kuala Kangsar. Sudah lama Dahlia tidak ke sini. Kali terakhir mungkin lebih 5 tahun dulu semasa arwah ibunya masih ada. Mereka sekeluarga makan malam sempena menyambut hari lahir Danial. Dirinya di jentik pilu seketika.

Farid memilih meja yang mengadap sungai. Kerusi di tarik untuk kedua tetamunya. Walaupun matahari terik, bayu sepoi menyamankan suasana. Panorama di esplanade Sg Perak tenang dan cantik. Beberapa tetamu rancak mengambil gambar. Mereka bertiga terus memesan makanan.

“ Bila Dahlia balik ke Kuala?”

“ Sudah dua minggu.” Matanya berpapasan dengan Farid. Macam tak percaya yang di depan ini ialah budak gendut yang menjadi seterunya dulu. Ibarat telenovela Yo Soy Betty La Fea versi lelaki Melayu. Transformasi yang total!

“ Dahlia kerja di mana sekarang?” Seperti Dahlia, focus Farid juga tidak beralih. Sejak kecil anak Cikgu Zul memang comel walaupun macam tomboy. Sekarang Dahlia makin cantik dan feminin. Dan sudah semestinya gadis KL lebih pandai bergaya dari  gadis di sini. Blaus corak gegang dan jeans yang tersalut di tubuh membuatnya kelihatan ranggi tapi comel.

“ Di mana lagi? Toko Buku Nilam lah. Bapa saya suruh balik sebab tak ada orang nak kerja di situ. Bapa dah tak larat nak jaga kedai itu”

Farid memberi perhatian pada Shakira pula. Gadis muda itu kusyuk membaca novel.

“ Shakira study di mana?”

“ Di sekolah lah” jawabnya sepatah. Nak kena pelangkung budak ni, desis Farid. Dahlia menjeling tajam pada sepupunya. Ini kali pertama dan terakhir aku ajak dia temankan aku. Buat bazir Shaker saja.

“ Abang Farid tahu lah awak study kat sekolah. Takkan study kat sungai. Di sekolah mana?”

“ Sekolah Menengah Sri Kota. Tingkatan Satu.” Farid mengangguk sebagai respons.

“ Shakira anak bungsu adik bapa saya. Anak Hj Anas dan Hjh Saidatul. Farid kenal ka?”

“ Mestilah kenal. KK bandar kecil, semua orang kenal each other. Shakira adik Suriani, kan? Abang Farid kenal Su masa sekolah menengah dulu” Farid terus bertanya khabar adik beradik dan sepupu Dahlia. Rancak mereka bertiga mengimbau kenangan masa kanak kanak.

“Masa kita kecil dulu Dahlia mesti meluat dengan kerenah  I. Kita asyik bertekak saja. Entah berapa kali I kena belasah.”

Dahlia tergelak kecil “ Saya memang ganas  dulu. Di KL jiran kami ramai budak lelaki. Bila balik cuti saya terbawa bawa perangai tomboy. Sorry ya”.

“ Its okay. Memori yang manis bagi I. Bukan senang nak kena belasah dengan hot babe macam you.” usik Farid. Wajah Dahlia memerah. Alamak… dia ingat lagi kita pernah bergomol masa main Polis sentry dulu.

Sebaik pramusaji menghantar makanan , masing masing menumpukan perhatian pada juadah. Dahlia menyuap nasi goreng ke mulut. Hmmm… sedap. Perut tengah lapar, tiada istilah kontrol ayu.

“ So, macam mana rasa tinggal di KK? Tak boring?” soal Farid. Matanya tertumpu pada wajah Dahlia. Cara gadis itu mengunyah nasi goreng pun nampak comel. Ini yang di kata orang, bila hati dah suka semua indah saja.

Dahlia meletak sudu dan garfu. “ Boring lah juga. I miss my friends, my workplace. Tapi sebab saya dah janji dengan babah , terpaksalah pindah. Mula mula ini tak biasa  tapi lama lama nanti okay lah kot.”

Aku suka cara dia membahasakan dirinya “ saya” . Selalunya minah minah moden ni ber “ I – you”.

“ Di KL banyak tempat makan, tempat lepak. Kat sini restoran pun simple saja. Tak ada yang classy. I hope you don’t mind makan di sini”

“ Okay apa tempat ni. Nasi goreng dia sedap sangat. Saya bukan jenis yang cerewet. Makan laksa tepi sungai pun boleh. Di KL pun saya makan dekat warong atau mamak saja. Manalah mampu makan di restoran selalu. ” Wah… mentang mentang lah Farid dah handsome sekarang, skema betul aku ni.

“ Lain kali kalau you sudi, kita boleh drive ke Ipoh. Ipoh lagi best. Tempat shopping pun banyak. Actually I kerja di sana tapi I balik every weekend. “

“ Oh.. Dah berapa lama Farid kerja di Ipoh? Farid kerja dengan company apa?” Baru aku tahu yang Farid tinggal di sana.  Rugi. Kalau tak boleh jumpa selalu. Chaittt! Gatalnya anak Cikgu Zul nih.

“ I kerja dengan Maybank. Dah hampir 6 bulan I di Ipoh. Sebelum itu memang I kerja di sini. I was promoted and the bank tak ada  position yang sesuai dengan pangkat I di sini. Terpaksalah pindah ke Ipoh atau Penang. Nasib baik I pilih Ipoh. Senang  nak balik KK. Senang sikit kita nak jumpa.” Renungan Farid menusuk ke anak mata Dahlia membuat jantungnya terloncat.

“ Mesti parents awak sunyi bila awak jauh, kan? Uncle Leman dengan Auntie Zu tak ikut sekali ke Ipoh?”

Farid tersenyum. Dahlia mesti teringat perangainya masa kecil yang manja dan kememeh.

“ I ‘m no longer the spoilt brat I used to be. I dah biasa hidup berdikari sejak belajar di luar negara dulu. “

“ Farid belajar di mana? Mesti seronok kan, dapat peluang belajar overseas”

“ I was lucky. Lepas SPM, I dapat biasiswa MARA ke New Zealand untuk belajar Accountancy. Tiga tahun I di sana. It was a good experience. Kalau nak dengar cerita , sebulan pun tak habis.”

Sungguh tak ku sangka, Farid yang lembik dan manja ini berotak geliga sampai mampu meraih biasiswa ke luar negara.

“ Sama saja belajar luar negara atau di Malaysia. Cuma di luar negara kita lagi jauh dari famili. Semua masaalah kena settle sendiri. Di sana kita bebas tapi kena hati hati jangan sampai terbabas. Cuacanya pula sejuk… fuhhh toksah cakaplah. You study kat mana Dahlia?”

“ UPM. Saya buat Business Management. Lepas grad, saya kerja di Perkasa Holdings sebelum Babah suruh saya berhenti” Sayu rasa bila teringat kehidupannya di KL. Kalau hari Ahad,  dia, Sya dan Wawa selalu keluar menonton wayang dan window shopping. Sekali sekala mereka pergi ice skating atau rock climbing.

“ You  anak yang baik. Tak ramai yang sanggup hidup di pekan kecil tapi you ikut cakap bapa you.” Ciri yang penting bagi bakal isteri aku. Seorang yang mendengar kata dan sanggup mengenepikan kehendak sendiri untuk orang tersayang.

Mereka terdiam seketika. Kedua dua membuang pandang ke arah bot yang berulang alik membawa penumpang ke Sayong. Walaupun tengahari remang, ramai juga sedang mengambil angin di tebing sungai.

Shakira menjeling dengan muka bosan. Mana janji Kak Lia? Nak balik cepat konon. Aiskrim cokelat yang sudah mula cair di kacau. Sudu di biar berkeletang keletung tanda protes. Dahlia menggumam dalam hati. Menyesal aku bawa si kerek ni.  Kalau lah aku tahu…..

“ Lepas ni jom I bawa jalan jalan keliling Kuala Kangsar. Kita pergi tengok Istana, Masjid Ubudiah. Kalau nak naik bot pergi Sayong pun boleh” cadang Farid.

Dia ingat aku ni tourist ka? KK ni kampung aku juga. Tapi tak di nafikan aku selesa bersama Farid. Bukan saja sedap mata memandang tapi seronok berbual dengannya.

“ Abang Farid, Kak Lia, saya banyak homework. Saya kena balik cepat” Shakira mencelah.

“ Ya lah, Farid. Saya dah janji nak bawa Kira balik awal. Nanti mak dia banyak soal pula.”

“ Okaylah, kita balik sekarang. Tapi boleh  kita jumpa lagi minggu depan?” Wajah Farid penuh harapan. Dahlia tersenyum senang. Tapi kena juga jual mahal. Jangan tunjuk kemaruk. Lagipun aku tak nak Babah bertepuk sakan. Keluar sekali saja konon. Sekarang aku kena jilat ludah.

“ Tengoklah macam mana nanti. Saya tak boleh janji. Minggu depan cuti sekolah dah mula, ada banyak kenduri. Kenduri kahwin, kenduri cukur jambul, kenduri nak pindah rumah baru. Kalau saya tak tolong, nanti orang kata sombong. ”

Farid mengangguk “ Okay, I understand. Mesti kita terserempak juga nanti kat mana mana kenduri. Anyway, I will call you.” Mata mereka berpautan. Nampak gaya aku terpaksalah mungkir janji pada Babah. Aku nak jumpa Farid lagi… ha ha!
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 03:05 PM | Show all posts
nasi goreng dahlia

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 03:15 PM | Show all posts
Polis sentry one to jaga
polis mati pencuri jaga...

wah bestnya teringat permainan masa zaman kecil2
polis sentry.... galah panjang.... baling tin kosong......
sekarang semua permainan kat pc je ...tak keluar peluh pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2010 03:16 PM | Show all posts
nasi goreng dahlia
kaypo Post at 25-10-2010 15:05


kay cam nasik paprik je
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 03:26 PM | Show all posts
kay cam nasik paprik je
qimi08 Post at 25-10-2010 15:16


hentam saja lah labu...janji nampak sodappppp...sampai aku pun terliur dah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 03:29 PM | Show all posts
Polis sentry one to jaga
polis mati pencuri jaga...

wah bestnya teringat permainan masa zaman ke ...
qimi08 Post at 25-10-2010 15:15


main baling tin...main galah panjang..paling tak lupa..main rounders..pecah tingkap rumah orang..dalam masa beberapa saat...tinggal debu jer..semua bertempiaran lari balik rumah..dok diam diam..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 03:35 PM | Show all posts
raounders - pukul bola lepas tu kayu pemukul tu dilemparkan
haku fobia sbb terpaling kena kereta mini jiran...pucat sekejab
dulu body kereta kuat kan...tak jadi apa pong.
Main menyorok masuk dlm tong drum kosong (kat kg)
lepas tu ada pulak org perdajal golekan tong drum tu
apa lagi bergolek lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.097230 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list