CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

     Close [Copy link]
Post time 21-2-2011 11:52 PM | Show all posts
tekaan uols psl Dahlia betul tp sebab nak pendekkan cerita k smiley biar ajelah dia dgn dendam kesum ...
sang_arjuna Post at 21-2-2011 23:44


smiley..jgn ler potong potong cite...nak tahu pasal apa ada dendam tersumbat tu...buat ler rumah no. 2...bukan kena bayor pun..
lagi pun ramai lagi lom sempat masok kelas biologi cikgu amir tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 12:27 AM | Show all posts
nalle tak rasa Darina minat Cikgu Amir..cuma dia tak nak Dahlia kecewa je..mcm Sarah.
Kan Dahlia satu2nya adik dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2011 12:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 22-2-2011 00:39

masa untuk kelas bio.... jeng jeng jeng!
..................................................................
“ Awat cheq dok sengap daghi tadi?” Amir memecah kelohongan. Tawa Dahlia pecah.

“ Sejak bila jadi mamak Penang ni?” tanya Dahlia.

“Ini Nana lah, bukan mamak. Sejak terbau nasi kandaq, lidah pun dah tukaq”

Dahlia memusingkan tubuh mengadap Amir. Dada Amir di tampar manja” Kelakarlah you ni. Macam karekter Pie dalam cerita Mami Jarum”

“ Excuse me… I jauh lagi hensem dari pakcik tu, okay.”

Amir memaut bahu Dahlia sambil menikmati hembusan bayu laut. Dahlia merenung laut biru dari feri yang membawa mereka ke destinasi bulan madu. Sudah hampir 10 tahun dia tidak menaiki feri tapi tak banyak yang berubah.

“Lia, something is bothering you. Ceritalah”. Dahlia menyepi sebentar.

“ I tanya Kak Darina apa masaalah dia dengan you.”

“ Apa dia kata?” tanya Amir dengan tenang.

“Entahlah, I pun susah nak percaya alasan dia. Sebab dia kawan baik Sarah dan dia tak suka apa yang you and your family buat kat Sarah dulu.” Lebih baik aku censor cerita Kakak pasal Amir seorang player dan dia dengan Sarah tinggal serumah. Belum tentu pun sahih.

Amir menjungkit bahu.“ I pun tak faham kenapa kakak you berdendam sampai sekarang. Let’s just forget about it. Jom naik kereta. Dah dekat nak sampai dah” Amir menarik tangan Dahlia dan menuju ke arah kereta.

“ Sekejap sangat lah. Rasa tak puas” Dahlia mencebik

“ Okay sayang, nanti kita buat U turn pastu naik feri balik ke Perai. Kita ulang alik sampai you puas.” Pipi Dahlia di cuit sebelum Amir menghidupkan enjin kereta.

“ Nana dah gila ka?” ajuk Dahlia dengan suara ala Fasha Sandha sambil mencekak pinggang.

“ Awat cheq punya suara macam kembaq Doraemon?’

Tawa Dahlia pecah. Canda riang mereka memenuhi ruang kereta Honda Civic. Amir memandu deras menuju destinasi.

“ Bukan Batu Feringhi belah sana kah?” Dahlia menunjuk ke papan tanda. Amir cuma diam.

“ Er.. kenapa ni? Kita nak pergi mana?” tanya nya kembali beberapa saat kemudian. Mukanya cuak.

“Sssyyyy! I bukan macam bekas tunang you, main culik culik anak dara orang. Just relax, okay” Dahlia terpaksa berdiam diri. Matanya ligat memandang kiri kanan. Pulau Pinang banyak berubah. Lalulintas makin sesak dan kompleks membeli belah makin banyak.
Setengah jam kemudian mereka sampai ke Minden Heights, kawasan perumahan elit berdekatan USM. Rasa ingin tahu membuak di kepala Dahlia. Sampai saja di sebuah rumah banglo besar dengan laman yang di jaga rapi, Amir membuat panggilan telefon.

“ Makcik, Mir dah sampai”

Sejurus kemudian pintu pagar bercat cokelat gelap dibuka. Amir memakir depan pintu utama.

“ Ini rumah siapa? Saudara abang kah? Kenapa tak cakap kita nak melawat rumah orang? Boleh Lia pakai cantik sikit” Dahlia membetulkan blaus lengan panjang merah dan jeans hitam.

“ You look fine, sayang. Jangan risau”

Pintu di buka oleh seorang wanita dalam linkungan usia 40an. Amir terus memberi salam dan memperkenalkan Dahlia.

“ Makcik Rose, ini isteri saya Dahlia. Lia, Makcik Rose ni bekerja dengan Mummy di KL dulu”

Dahlia bersalaman dengan Makcik Rose. “ Apa khabar Makcik? Cantik rumah makcik” . Dekornya bercirikan resort. Suasana sekeliling redup, penuh kehijauan.

“ Eh, ini bukan rumah makcik. Makcik tolong jaga saja. Ini rumah Puan Sri. Masuklah, nak. Pandai Amir pilih bini. Comey.” Lebar senyuman Makcik Rose.

Dahlia terkedu sejenak. Rumah Puan Sri? Berapa buah rumah dia ada? Entah entah sebuah rumah di setiap negeri. Amir sudah mengangkat beg menuju ke atas.

“ Rehatlah dulu Dahlia.  Makcik ke dapur kejap.” Wanita bertubuh gempal itu meninggalkannya di ruang tamu. Dahlia menarik pintu gelongsor. Di halaman belakang terdapat kolam renang kecil dan gazebo. Tembok tinggi memisahkan laman rumah itu dengan rumah jiran, sekaligus memberi privasi pada sesiapa yang ingin berenang. Air kebiruan yang tenang membuatnya rasa nak terjun terus dalam kolam. Hujung seluar di lipat hingga ke lutut. Dia duduk di tepi kolam dengan kaki terjuntai mengocak air. Tak lama kemudian terdengar suara Amir memanggilnya. Dia bergegas masuk. Amir sedang berdiri di ruang makan. Minuman petang sudah terhidang.

“ Jangan takutlah, tak ada orang kidnap I” Dahlia tersengih bila mata Amir mencerun.

“ Buat I panic je. You dah tengok pool kat luar.”

“ Yes. Bestnya! I tak sabar nak berenang”

“ I pun tak sabar nak tengok you berenang. You bawa swimsuit tak?”

“Cik Abang sayang, kali terakhir I pakai swimsuit masa umur I 5 tahun. Eee.. ingat I berani kah nak pakai swimsuit? I pakai T shirt dengan seluar takat lutut kalau nak berenang. “

“ Sebab tu I nak kita tinggal di sini. I pun tak rela kalau orang lain tengok wife I dengan  baju mandi. Kat sini Lia tak payah risau. Jiran pun tak boleh intai. There’s complete privacy. Its just you and me” Renungan Amir membuat Dahlia tertunduk.  Tangannya menggigil bila dia menuang teh o panas ke cawan Amir. Nervous lah bila di tenung begitu.

“ Anyway, I tak ada swimsuit. Tapi I bawa pareo. Kalau berkemban boleh?” Matanya mengerdip nakal

“ That is even sexier.” Bisik Amir ke telinga nya. Mereka cepat menjarakkan diri bila Makcik Rose berdehem.

“ Mir, Dahlia, Makcik balik dulu. Anak makcik dah tunggu kat luar. Di dapur ada lauk untuk makan malam. Bila nak makan, panaskan saja. Dalam peti ais pun ada macam macam.”
Mereka mengiring Makcik Rose ke pintu. Sebaik kereta anak Makcik Rose menghilang, Amir mengunci pintu dan menarik jendela.

“ Malam ni nak buat apa? Kita pergi jalan jalan kat Batu Feringgi nak?” usul Dahlia.

“ Hmm.. biar I fikir dulu. " Amir melurut dagu dengan wajah serius. "Apa kata kita  start kelas bio” Amir tersengih nakal. Dahlia menjerit kecil bila tiba tiba tubuhnya di cepung.

“ Amir… lepaslah. You nak bawa I pergi mana?”

“ Kita dah buang banyak masa. Takut nanti tak sempat habis syllabus.” Tubuh Dahlia dilabuhkan di sofa panjang. Dahi Dahlia di kucup.

“ Cikgu, dah nak masuk Maghrib ni.” Tegah Dahlia lemah, tersepit antara nak atau tidak. Mahu tapi malu. Tubuh Dahlia terpasung oleh tubuh Amir yang sasa. Dahlia meletak tangan di bahu Amir. Nafas Amir hangat membelai mukanya. Bau peluh jantan bercampur aroma wangian Armani Pour Homme merangsang nalurinya.

“ Baru pukul 6 lah sayang. ” Jari Amir melurut pipi, dagu dan lehernya. Nafas Dahlia tersekat di kerongkong.

“Lia, I love you. I want you so much.” Nada Amir romantis sekali. Dahlia terpana. Jantungnya bergetar bagai ingin terlucut. Wajah suaminya di tatap. Renungan Amir membuat dirinya cair bagai lilin di sambar api. Belaian Amir lembut tapi menghangatkan.

“ I love you too” bisiknya sambil mengusap rambut Amir. Matanya di pejam. Syoknya kelas bio.

.....................................................................................................................
ok... gudnite semua
kalau mod rasa tak sesuai utk pembaca bwh umur, smiley boleh edit.. takde hal
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 12:44 AM | Show all posts
alah kelas bio separuh jalan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2011 12:46 AM | Show all posts
Reply 2384# mijot

cukuplah tu
nanti kena tukar rating

cheq tak tidoq lagi ka?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 12:49 AM | Show all posts
Reply 2385# sang_arjuna


AA tgh buat promo kak, tu yg bersengkang mata nak beli tiket murah (kalau dapat)..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-2-2011 12:53 AM | Show all posts
Reply 2386# mijot

ooo... gudluck
my fren pernah dapat gi jakarta RM10
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:02 AM | Show all posts
masa untuk kelas bio.... jeng jeng jeng!
.......................................................... ...
sang_arjuna Post at 22-2-2011 00:32


kalau bg aku tak ada yg lebih, sedap aja membaca...tapi nak minta lebih nanti jadi hal lak kan ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 01:04 AM | Show all posts
Macam dah nak habis cerita ni, sedih bila cerita nak habis, rasa macam tak nak lupakan watak2 dlm cerita

Tq smiley, tak sabar nak tunggu cerita yg seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 08:06 AM | Show all posts
I love you too” bisiknya sambil mengusap rambut Amir. Matanya di pejam. Syoknya kelas bio.


hahahaha gelak juliet dbuatnye
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 10:12 AM | Show all posts
geli aku weiii cik pai........malu tapi mau.......ooooohhhh kelas bio yang lomantikk
dan mengancammm dik paii
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 10:38 AM | Show all posts
t/kasih kak min menjejaki umah weolls ni...banyak lagi penulis2 berbakat di board ni, ada yg dah b ...
cmf_blingblings Post at 21-2-2011 16:30


hahaha...this is all your faults.  ada jugak words yang kakmin tak faham but then it is so little.  skang nie tengah mentelaah sebuah natijah terindah.  best nyer story.

nampak gaya akak berkhemah kat bod sini jer lah.  sunyi senyap tempat lain dah
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 10:42 AM | Show all posts
Reply  minahsaudi

tq for reading.
selalu terjumpa nick minahsaudi kat board lain
...
sang_arjuna Post at 21-2-2011 23:41


you are most welcome dear.  i really enjoy reading the stories here.  hopefully we will see it in hard copies soon.

erm...minahsaudi nie nick kat mana2, mula2 BFT, pastu FD then kat CI, gossips kenamaan n gossips tempatan n kat bod pelancongan too.  huhuhu...bersepah2 tau!

takper lah juna, pelan2 kayuh yr malay seems ok to me.  ada gerk lah akak tak paham hah, kat mana akak ada jumpa terpisat2, seriously dont know what it means pastu ada lah banyak gerk words yg tak paham.

but try we must.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 11:24 AM | Show all posts
you are most welcome dear.  i really enjoy reading the stories here.  hopefully we will see it i ...
minahsaudi Post at 22-2-2011 10:42


salam kenal kak min...selalu nampak kak min kat tmpt tmpt lain...tapi kita ni kat sini je lah rajin bersuara...kat tmpt lain..jadi pendiam.....

cerita smiley semua best best...kalo rajin..cari lah yg lelama punya...macam macam ada....

Smiley...dah berapa tahun ya .aku jadi pengikut setia?...bile leh kasi medal ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 11:25 AM | Show all posts
alah kelas bio separuh jalan
mijot Post at 22-2-2011 00:44


amboi...amboi...nak full version...gi amik lesen besor dulu......
mau LPF potong terus karang..semua geget jari...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 11:36 AM | Show all posts
best.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2011 11:39 AM | Show all posts
Reply 2389# cmf_blingblings
smiley tunggu cerita blings dulu
tak meriah kalau takde citer blings
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 11:45 AM | Show all posts
aduhhhssss, mcm kerang busuk plak sengih depan pc baca entry terbaru nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 11:45 AM | Show all posts
sambung lagi akak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 12:13 PM | Show all posts
aduhhhssss, mcm kerang busuk plak sengih depan pc baca entry terbaru nih
mirsha Post at 22-2-2011 11:45



    samalah... sib baik bos x da....
x puaslah, sikit sangat... nak lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.068613 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list