CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

     Close [Copy link]
Post time 24-2-2011 10:54 PM | Show all posts
Menu!!!!!!!!! apa nak buat, bisa menitiskan air liurku, tap tap tap...lama dah tak makan kenduri ni, ...
cmf_blingblings Post at 24-2-2011 17:23


Bling...sblm air liur ni menitis lelebih...nanti larikkkkk si azam tu hah..dah le malam jemaat nih..


dari kuala kangsar..ku bawakan...special tuk mu...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2011 02:40 AM | Show all posts
Bling...sblm air liur ni menitis lelebih...nanti larikkkkk si azam tu hah..dah le malam jemaat n ...
kaypo Post at 24-2-2011 22:54
pagi-pagi buta tgk laksa, tak pasal-pasal lapaq ...dah lah aku makan nasi lemak dua malam berturut2, gendutlah aku macam kucin hang kay!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 09:40 AM | Show all posts
salam..punch card..smiley g mana ni..lappy still xok lagi kut...mood:sabar menanti..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 12:35 PM | Show all posts
pagi-pagi buta tgk laksa, tak pasal-pasal lapaq ...dah lah aku makan nasi lemak dua malam berturu ...
cmf_blingblings Post at 25-2-2011 02:40


bling...mari kita berpantun...

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut..senang hati



ingat dah kena masok rumah baru...lom kena mangga lagi rumah ni ya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 01:26 PM | Show all posts
bling...mari kita berpantun...

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut..senang hati

:lol ...
kaypo Post at 25-2-2011 12:35


surung papan tarik papan
buah keranji buah langsat
suruh makan saya makan
suruh ngaji saya ngelat
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 03:24 PM | Show all posts
Reply 2465# cmf_blingblings


Pergi Langkawi beli coklat
Buah tangan untuk sahabat handai
Suruh ngaji hang ngelat
Mengarang novel  hang pandai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2011 08:19 PM | Show all posts
bagi yang nak tenangkan fikiran .... novel neh sangat sesuai di baca
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2011 08:27 PM | Show all posts
woowww !!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2011 08:27 PM | Show all posts
woowww !!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 09:53 AM | Show all posts
salam n morning ..
tinggal jejakz...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 10:15 AM | Show all posts
morning...stillllll waiting next n3..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 08:46 AM | Show all posts
morning semua...
waiting  4 n3
maybe bukak umah baru ker....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 12:07 PM | Show all posts
dah page 99...ada harapan tuk rumah baru ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 12:56 PM | Show all posts
[quote]Reply  cmf_blingblings


suruh ngaji hang ngelat
karang novel hang berganda2
simpan sampai berkulat
aku tunggu jugak novel janda
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 12:56 PM | Show all posts
woowww !!!!!
suyfea Post at 26-2-2011 20:27



    asalllll
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2011 02:06 PM | Show all posts
I'm baaaaack
Smiley gi Gold Coast main roller coaster sampai tersimpul urat. Tgk org muda naik, kita yg tua tak sedar diri pun teringin.... kah kah kah!
tp memang best lah.... yehaaaaaaa!
semalam balik tp lappy belum baik.
tak tau bila nak sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2011 02:07 PM | Show all posts
igtkan dah ade sambungan kisah lia ngn cikgu amir...
xpe smiley amik masa...n hopefully laptop tu cptlah baik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2011 02:08 PM | Show all posts
Sebab cerita ni dah nak habis & malas bukak rumah baru, k smiley CHOPPPPPP dua tiga post
nanti bila dapat lappy i will sambung
jgn mareee ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2011 02:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 9-3-2011 11:23

“ Macam mana Lia? Lia suka dengan design pelamin dandewan
ni? Sebab Lia tak ada sini, Mummyyang bagi idea pada Datin Lyn. Mummy pilih warna tema putih dan baby blue”

Dahlia menyambut lakaran yang di hulurkan wedding planner,Datin Lyn. Hebat tak? Wedding planner aku pun ada gelaran Datin. Nafasnya ditarik. Wah… seumur hidup aku tak pernah mimpikan persandingan se gah ini. Macamperkahwinan anak Raja. Perasaannya bercampur. Berapalah agaknya kos kesemuanya?Tak perlu jadi pakar bidang matematik pun dia boleh mencongak yang pasti bolehbeli sebuah rumah kos rendah. Itu tak termasuk harga baju yang baru di tempahdi Butik Rizalman tadi dan kenduri yang akan di buat di kampung Puan Sri diMelaka.

Datin muda itu berdehem. “ Macam mana? Lia suka pelamin nya?Saya buat design berkonsep tradisional moden. Simple tapi klasik. Tetamuseramai 1000 orang jadi kita kurangkan hiasan dalam dewan supaya tak nampaksempit.
Untuk floral decoration sayacadangkan tuberose, lily dan rose putih. Kalau nak tempah bunga yang eksotiktakut tak sempat. ”

“ Cantik. I like it very much. “ Dahlia mengangguk. Sejakmenjadi orang baru di rumah ini, kerjanya asyik mengangguk saja. Babah dahpesan jangan pandai pandai nak melawan cakap Puan Sri. Bukan sedikit budi ( danwang ringgit) yang Puan Sri Sabihah taburkan untuk keluarga mereka.

“ Tapi Lia nampak macam tak seronok. Kenapa? Kadang kadangpengantin muda macam Lia suka konsep fairy tale. Kalau nak tukar apa apa ,cakap saja. Ini cuma sketch, I tak kisah kalau you nak tukar. Yang pentingcustomer I puas hati”

“ Takpe Datin. Saya tak minat fairytale. “
tukas Dahlia.

Puan Sri Sabihah memandang menantunya. “ Lia okay? Muka Lianampak pucat sikit”

Dahlia segera memaniskan muka sambil memegang pipinya “Pucat kah? Mungkin Lia tak cukup tidur. Selalunya Lia lambat sikit nak adjustkalau ubah tempat baru. “

Puan Sri Sabihah menyembunyikan senyum. Biasalah, pengantinbaru mesti kurang tidur. Harap harap cepatlah aku dapat timang cucu lagi.Rayyan dan Irhan dan besar, masing masing dah buat hal sendiri. Kalau pulangbercuti dari asrama pun tak lekat di rumah. Mudah mudahan Lia dan Amir dapatanak perempuan. Rumah ini mesti berseri dengan keletahnya.

“Saya memang suka apa yang Datin cadang. Tak payahlah naktukar apa apa” Arghh..mengantuk nya aku. Dahlia menahan kuap. Mesti mak mertuaaku pelik kenapa aku tak teruja dengan persiapan perkahwinan. Tapi aku di landarasa bersalah pada semua penduduk miskin di Malaysia.Kalau perbelanjaan perkahwinan ini di sedekahkan, rasanya rancangan Bersama Muboleh di hentikan.

“ Okay then, kalau Lia dan Puan Sri tak ada apa masaalah,saya boleh mula buat persediaan. Minggu depan saya bawa contoh bunga telur danbunga pahar. Puan Sri dan Lia jangan risau. My team and I will do our best tomake your wedding a success.
“ Datin Lynmenyimpan lakaran dan sample hiasan ke dalam beg.

“ Oh, I trust your work Datin Lyn. Ramai kawan I dah gunayour service.
Minggu depan kami pergiumrah. Sepuluh hari kami di sana.Datin boleh liase dengan menantu I, Datin Elly kalau ada apa apa hal. You kenalElly, kan?”

“ Ya, I kenal dia. No problem then. Selamat menunaikan umrahdan selamat kembali Puan Sri, Lia”
Dahlia mengiringinya keluar dari ruang tamuperibadi Puan Sri Sabihah. Rumah agam itu sunyi sepi. Datuk Azmi dan Amir sudahke pejabat. Datin Elly pun hilang entah ke mana.

“ Lia ada masaalah kah? Tak seronok tinggal di sini? Ataurindu kat Babah Lia?” Puan Sri Sabihah mengusap
tangan Dahlia sebaik Datin Lyn pulang.

Macam mana aku nak cakap? Takkan aku nak kompelin sedangkan
aku di layan macam tuan puteri. Memang taksedar untung, tak bersyukur dengan nikmat Allah kalau aku kata aku bosan. Tapiaku rindu nak ke dapur, nak ke tempat kerja. Dahlia… Dahlia. Belum sampaiseminggu di sini dah nak cari pasal. Please lah… ada orang sanggup menggadaimaruah untuk dapat apa yang aku kecapi sekarang.

“ Lia seronok tinggal di sini Mummy. Cuma Lia dah biasakerja. Itu yang buat Lia rasa kekok bila tak ada kerja nak buat. Bila asyikduduk saja, badan pun rasa letih. ”

“ Lia boleh keluar jumpa kawan kawan. Pergi shopping ataupergi spa. Tapi minta izin Amir dulu. Mummy tak kisah kalau Lia nak keluar.Mummy faham, orang muda macam Lia mesti bosan di rumah.”

Masaalahnya kawan kawan aku semuanya warga kerja kota.Bukannya ada masa nak layan aku. Mereka sibuk dengan tugas mereka, jam 8- 6, 5hari seminggu. Tak ada seorang pun yang duduk goyang kaki macam kawan kawanDatin Elly. Datin Elly pula bukannya suka dengan aku. Tak pernah pun nak ajakaku berbual atau berkenalan dengan kawan kawannya. Dan aku pula tak ada topicuntuk di bualkan dengan biras aku itu. Aku lebih suka berbual dengan pembanturumah, Mak Piah, Sutri dan Nur tapi mereka pula segan dengan aku. Dulu aku cumapembuat cupcake dan pai tapi sekarang status aku berbeza. Hari hari aku di sinimemang sunyi. Kalau boleh cakap dengan ikan koi dalam kolam dah lama aku buat,cuma aku takut kena hantar ke Tampoi.

“ Lia ingat nak cari
kerja
lepas selesai majlis perkahwinan nanti.” TuturDahlia perlahan. Reaksi Puan Sri Sabihah seperti yang di jangka.

“ Buat apa Lia nak kerja? Amir boleh tanggung Lia. Nantibila dah ada anak , susah kalau Lia kerja. Kalau suami dengan isteri sama samasibuk, siapa nak jaga anak? Memanglah kita boleh cari pembantu, tapi Mummy taknak cucu Mummy di besarkan oleh pembantu rumah. Nanti dia cakap pun pelatIndon. Bila dah remaja nanti macam macam boleh jadi kalau ibu bapa tak awasi.Kalau silap pilih kawan, anak orang baik baik pun boleh jadi liar.Tanggungjawab ibu tu penting, Lia. Tak payahlah nak keluar bekerja. Tengok KakElly kamu tu, selama ini dia duduk rumah jaga suami dan anak. Dia tak pernahpun kompelin yang dia bosan. Pandai pandailah cari benda nak buat untukmenghabiskan masa.” Panjang lebar Puan Sri Sabihah berhujah.

“ Tapi Mummy dulu pun kerja. Abang Azmi dan Amir berjaya jugadalam pelajaran. Keluarga Mummy dan anak Mummy bahagia.” tukas Dahlia. Biarlahrahsia keluarga yang Amir ceritakan tinggal rahsia. Bukan dia tak tahu sejarahsilam Amir dengan ibunya. Bukan dia tak sedar kepincangan keluarga Datuk Azmisekarang. Pernah sekali dua dia menangkap suara Datuk Azmi dan Datin Ellyberbalah. Datuk Azmi sudah mula menegur kelakuan isterinya yang suka bersosial.Datin Elly
bukan mudah di lentur. Keluhankecil terlepas dari mulut Puan Sri Sabihah.

“ Bila dah tua ni Mummy menyesal sebab masa Amir dan Azmikecil dulu, Mummy dan arwah Daddy lebih pentingkan kerja dan syarikat. Mummyjarang luangkan masa bersama mereka. Hari Sukan, Hari Anugerah Cemerlang semuaMummy tak pernah pergi. Mummy sibuk cari rezeki tak kira malam atau siang. Kalaubercuti pun Mummy bawa pembantu rumah sebab Mummy kena jumpa client atau hadirikonvensyen, jadi budak budak tinggal di hotel dengan bibik mereka. Sebab ituAmir dengan Azmi lebih rapat dengan pembantu rumah. Pejam celik mereka dahremaja. Kemudian mereka belajar di luar negara. Waktu Mummy bersama merekaterlalu pendek sebab Mummy sibuk mengejar harta. Lia nak benda yang samaberlaku pada Lia?”

Apa Mummy kata ada betulnya. Cuma aku bukannya nak mengasaskanempayar sendiri tapi aku ingin bekerja agar minda aku tak beku dan masa aku digunakan dengan berfaedah. Ramai kenalan aku isteri dan ibu yang bekerja. ArwahMak pun bekerja juga. Tak pula kami adik beradik jadi pesalah juvena. Kenalahpandai bahagi masa antara rumahtangga dan pejabat. Tak mungkin aku jadi
terlalu taksub dengan kerjaya hingga lupa anakdan suami. Tapi tak guna aku bertekak dengan mak mertua aku. Apapun, dia tetapbig boss dalam rumah ini. Kalau aku melawan kehendaknya, er…. Tak tahulah apanasib aku. Aku kena banyak beralah dan bersabar. Kata Amir, sifat kuku besiibunya susah di kikis. Sebagai menantu baru , aku kena jaga airmuka Puan SriSabihah.

“ Tak… tak. Lia tengah fikir saja. Kalau Mummy tak suka, Liatak kerja.” Dahlia melipat lipat napkin kertas di tangan.

“ Mummy bukan marah. Cuma Mummy tak nak Lia buat kesilapanyang sama dengan Mummy.” Puan Sri Sabihah melembutkan suara. Dia mengusaprambut Dahlia. Dia tak patut meninggikan suara pada Dahlia. Gadis itu membalassenyumannya.

“ Kak Maya kata Mummy kena pergi check up sebelum kita keMekah. Mummy nak Lia temankan?” Dahlia teringat pesanan Puan Maya sebentartadi. Puan Maya sibuk mengurus perjalanan mereka dengan agensi pelancongan.

“ Nasib baik Lia ingat kan.Kita pergi lepas Zuhur nanti ya. Lepas tu kalau ada masa , kita singgah kebutik Munawarrah. Mummy nak beli jubah dengan tudung. Mummy ada 7 helai jubahsaja. Tak cukup kot.”

Adoyai… Puan Sri Sabihah ni nak pergi menunaikan umrah ataunak jadi model pertunjukkan fesyen Muslimah. Tapi gasaklah, duit dia tak luak.Lagipun aku
mesti dapat habuan juga.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2011 02:08 PM | Show all posts
CHOPPPPPPPPPP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.085307 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list