View: 352|Reply: 0
|
[Johor]
IIB nafi minta wang, pelaburan orang ramai
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Iskandar Investment Berhad (IIB) tidak terbabit dalam apa juga cara permintaan wang atau pelaburan daripada orang ramai.
IIB dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan terdapat anggota sindiket atau 'scammer' terbabit yang menyamar sebagai saluran komunikasi rasmi IIB atau kakitangan IIB.
Menurutnya, sindiket terbabit meminta orang ramai membuat pelaburan palsu menerusi aplikasi Telegram.
"IIB ingin menarik perhatian orang ramai berkenaan skim penipuan atau scam yang sedang berleluasa di media sosial terutamanya aplikasi Telegram.
"Anggota sindiket atau scammer ini menyamar sebagai saluran komunikasi rasmi IIB atau kakitangan IIB untuk menarik orang ramai mengambil bahagian dalam peluang pelaburan palsu.
"Pihak kami ingin menegaskan bahawa penipuan dan skim yang berleluasa ini tidak ada kaitan dengan IIB dalam apa cara sekalipun," katanya.
Kenyataan itu juga memaklumkan, IIB sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu.
Katanya, mangsa penipuan berkenaan juga digesa untuk membuat laporan di Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
"Orang ramai digalakkan untuk menyemak Facebook Amaran Scam oleh Bank Negara Malaysia (BNM) serta Cyber Crime Alert dan Semak Mule oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk maklumat terkini.
"Kami menggesa orang ramai agar berhati-hati dan tidak menjadi mangsa skim penipuan ini atau sebarang skim penipuan lain.
"Marilah kita semua terus berwaspada dan membanteras penipuan sebegini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... laburan-orang-ramai |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|