View: 2231|Reply: 7
|
Young Syefura ‘Rara’ keguguran, bayi tidak membesar
[Copy link]
|
|
Young Syefura berkongsi berita sedih keguguran pada akaun Instagram.
Young Syefura ‘Rara’ keguguran, bayi tidak membesar
PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Bentong, Young Syefura Othman mengalami keguguran ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33 semalam.
Perkhabaran sedih itu dikongsikan menerusi akaun Instagram berserta gambar keputusan kit ujian kehamilan berwarna hitam putih.
“Saya ingat, saya ingin umum berita kehamilan saya selepas selesai Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Namun ramai yang perasan serta bertanya dan kemudian mengucapkan tahniah.
“Hari ini ketika menyambut ulang tahun kelahiran saya yang ke-33, saya menerima berita duka bahawa saya telah disahkan keguguran,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Young Syefura juga dikenali sebagai Rara memberitahu, kandungannya tidak membesar selepas enam minggu.
“Kandungan ini sepatutnya berusia lapan minggu. Terima kasih kepada semua di atas sokongan yang diberikan,” katanya.
Sementara itu, Young Syefura masih aktif berkempen untuk PRU15 berdasarkan muat naik gambar terkini pada Facebook beliau.
Dalam masa sama, MCA menerusi hantaran Facebook turut berharap beliau tabah mengharungi dugaan tersebut.
“Walaupun kami berbeza pandangan politik, namun kami juga manusia. Semoga beliau tabah hati menghadapi dugaan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... ayi-tidak-membesar/
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan rezeki.
haritu baca kt fb ada adun kt pahang yg masa pru 14 kempen tp xdpt full dana dr parti, then paksa husband buat personal loan utk dana kempen. janji nak byr kalau menang. bila menang jd adun, xnk byr. end up bercerai n now kawen baru. dlm fikiran i, dia ni je |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik.
Marian rivera malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah.. meols suka tengok rupa dia ni walaupun tak berapa gemar parti dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
Last year sebelum banjir Rara pregnant juga kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Suka tengok dia berbaju kurung cotton dan tudung bawal
Sweet sangat |
|
|
|
|
|
|
|
pernah baca kat fb.. org cakap dia ni kaki troll juga kat twitter dulu before jd yb? betul ke? i xfollow sheols.. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah rara. insyallah ada rezeki lain Allah bagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|