CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penghantar gas dipukul pasang bendera parti

[Copy link]
Post time 11-11-2022 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Penghantar gas dipukul pasang bendera parti

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  11 November 2022    03:03pm









GEORGETOWN - Seorang penghantar gas mengalami bengkak pada muka selepas diserang tiga lelaki menggunakan topi keledar dipercayai melibatkan isu pemasangan bendera parti dalam kejadian di Kampung Main Road, Perai dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya telah menahan seorang suspek berusia 31 tahun di kampung tersebut pada jam 2.30 petang hari yang sama untuk membantu siasatan susulan laporan dibuat mangsa berusia 38 tahun.

Menurutnya, polis masih mengesan dua lagi suspek berusia lingkungan 30-an yang dipercayai terlibat dalam kejadian terbabit.

"Kita merampas topi keledar yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa mendakwa suspek datang ke rumahnya dalam keadaan marah sebelum memukulnya dengan topi keledar akibat tidak berpuas hati dengan tindakannya memasang bendera di kawasan berkenaan.

Mohd Shuhaily berkata, suspek telah mencabut semua bendera dipasang mangsa kerana mendakwa dia telah memasang bendera parti di kawasan mereka.

"Mangsa mengalami bengkak pada mata kiri, hidung berdarah dan sakit bahagian belakang kepala kerana dipukul.

"Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.




Dalam pada itu katanya, semua calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) digalakkan memohon permit untuk setiap aktiviti berkempen termasuk 'walkabout'.

"Ini kerana, jika 'walkabout', mesti akan berhenti dan berucap. Untuk mengelakkan tohmahan daripada mana-mana pihak, saya galakkan mohon permit.

"Secara khusus, 'walkbout' tidak perlu permit tetapi bagi mengelakkan perkara berbangkit, lebih elok mohon permit. Tambahan pula, zaman sekarang orang suka merakam video," katanya.

Sementara itu, polis Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 210 permit kepada semua parti politik yang bertanding.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.413900 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list