View: 5151|Reply: 0
|
Gentlemen, dilarang pakai tali pinggang designer tiap2 hari
[Copy link]
|
|
Memakai tali pinggang designer memang menyerlahkan ketrampilan seseorang lelaki. Ini kerana bukan calang2 orang yg mampu memiliki apatah lagi menggayakan pemakaian tali pinggang tersebut dengan penuh keyakinan.
Tetapi di sebalik tali pinggang designer ini, janganlah kita melakukan satu kesilapan besar yakni memakainya pada setiap hari. Tali pinggang berjenama seperti Hermes, Gucci, Channel, LV dan lain2 adalah amat mudah untuk dikenali dan diingati.
Apabila bertemu dengan orang yg memakai tali pinggang designer buat pertama kali, kita akan mudah berasa kagum kerana keunikannya yg tidak terdapat di mana2 tali pinggang berjenama biasa.
Namun begitu, sekiranya anda dijumpai memakai tali pinggang yg sama buat kali kedua, orang lain sudah mula berasa kelakar dengan citarasa anda.
Bayangkan sekiranya kali ketiga anda dijumpai memakai tali pinggang designer tersebut, orang akan membuat kesimpulan bahawa anda sebenarnya tidak mampu untuk memilikinya. Orang yg benar2 mampu memiliki tali pinggang designer tidak akan memakai tali pinggang yg sama berulang2 kali dalam masa satu minggu.
Oleh itu, fikir dahulu sebelum membeli mana2 tali pinggang designer. Pastikan anda mempunyai pelbagai tali pinggang yg lain supaya anda tidak memakai tali pinggang designer yg sama pada sesuatu minggu. Ingatlah, 5 tali pinggang yg berharga RM200 setiap satu adalah lebih bergaya berbanding dengan satu tali pinggang designer yg dipakai tiap2 hari.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|