cerpen ni pernah saya hantar dan tersiar di URTV keluaran nov 2009. saje je nak post utk tatapan korang semua,, harap bagi feedback yang membina ok,,, luv u olls..
DENDAM SEMALAM
Fatinmengeluh kecil sambil matanya tidak lekang memandang jam tangan yang eloktersisip di lengannya. Sudah hampir setengah jam dia tercongok di situ namunorang yang ditunggu masih belum menampakkan bayangnya. Matanya tidakhenti-henti tertinjau-tinjau ke arah jalan raya yang agak lengang. Resahnyasemakin menjadi-jadi, bimbang orang yang ditunggu membatalkan pertemuansedangkan dia sudah sehabis daya melepaskan diri daripada kawalan ibunyasemata-mata untuk bertemu dengannya. Sepuluh minitberlalu, wajah kelatnya bertukar senyuman manis sebaik sahaja matanya mengesankehadiran kereta mewah yang meluncur laju dan terus berhenti betul-betul dihadapannya. “Kenapa abang lambat?” Tanya Fatin tatkala punggungnya mencecah kerusi disebelah pemandu. Mulutnya sengaja dimuncungkan untuk memberitahu dirinya sedangmerajuk dan minta dipujuk. “Maafsayang, Abang ada hal sikit kat pejabat tadi. Abang tak sengaja nak buat Fatintertunggu”
Fatin masihmengherotkan mulutnya. Alasan tadi dibiarkan sepi tanpa bersambut. Sudah acapkali Azman melontarkan alasan yang serupa. Alasan sebegini akan dihidangkanapabila dia terlewat pada pertemuan mereka. “Sorry sayang. Lepas ni abang janjitakkan buat Fatin tunggu abang lagi. Ini kali terakhir Fatin tunggu abang.Lepas ni abang pulak yang akan tunggu Fatin. Abang janji.’ Azmanmengangkat sebelah tanganya seolah-olah bersumpah. Fatin mula menguntum senyum, hatinya terpujukmelihat kesungguhan Azman memujuknya. “Macam ini lah baru manis. Sekarang abangakan bawak Fatin pergi mana Fatin nak pergi, Fatin nak apa, cakap je katabang, abang akan belikan.”. Hati Fatinsemakin berbunga. Ternyata Azman begitu memahami dirinya.
Azmanmenapak malas menuju ke kamarnya. Keletihan begitu dirasakan saat ini. Hampirsetengah hari dia menghabiskan masa bersama Fatin, mengikut ke mana saja kakigadis itu melangkah dari satu kedai ke kedai yang lain. Hampir empat jamkakinya dipaksa berjalan untuk mengikut rentak gadis yang seolah-olah tidakmengenal erti penat dan lelah itu. Mujurlah selepas itu cadangannya untukmenonton wayang disambut baik oleh Fatin. Bolehlah dia merehatkan dirisekurang-kurangnya untuk tempoh dua jam sebelum kakinya dipaksa bekerja lagi. Diamenghempaskan badannya
ke katil yangsetia menantinya saban saat. Rasa selesa menular ke segenap urat sarafnya.Hasrat untuk membersihkan badan ditangguhkan demi menikmati rasa selesa yangbermukim disegenap ruang tubuhnya. Dia mengiringkan badanya untuk mencari lebihkeselesaan. Matanya memandang figura badannya yang terpancul dari cermin mejasolek yang betul-betul menghadap ke arahnya. Wajahnya yangsemakin cengkung dan tubuhnya yang semakin susut nampak begitu ketara. Sudahenam bulan peristiwa tersebut berlalu, namun mindanya masih tidak jemumenayangkan ulangan peristiwa tersebut. Berulang-ulang umpama sebuah tayanganfilem. “Anis,terima kasih sayang kerana sudi menjadi suri
hati Abang. Abang takkan sia-siakan hidup Anis, sepenuh kasih sayang Abanghanya tertumpah untuk diri Anis seorang.” Kata-kata keramat diselaputikeikhlasan itu diluahkan pada malam perkahwinan mereka dua tahun yang lalu..Percintaan yang sudah terjalin selama tiga tahun itu akhirnya dimeterai denganikatan perkahwinan. Bagi Azman, itulah saat paling bahagia yang pernahdikecapinya. “Anis bertuah dapat memiliki Abang, bagi Anis Abang adalah segala-segalanya.Anis sayangkan Abang.” Jawapan tulus daripada seorang isteri yang dicintaisegenap ruang hati ternyata manambahkan kebahagiaan yang sedia tersulam. Dahi
isterinya dikucup lembut.
Ternyatahari-hari yang mereka lalui semakin menyenangkan. Pertambahan usia perkahwinanayang dibina atas dasar kasih sayang tidak sedikit pun melunturkan kebahagiaanyang sedang dinikmati. Ternyata memilih Anis adalah pilihan yang paling tepatpernah dilakukan Azman. Semakin hari cintanya semakin bercambah untuk wanitaitu. Tetapi siapa menduga, dalam kebahagian yang baru sekejap dikecapi,perkahwinan mereka yang baru mencecah setahun setengah akhirnya dilanda badai. “Abang..” Anis memanggil lembut suaminya. Sudahdua bulan perkara ini dipendam kejap di dalam hatinya. Malam ini dia sudahtidak mampu menanggung beban yang semakin sarat di dalam dadanya. Jauh di suduthatinya rasa berdosa begitu menggigit tangkai hatinya, dan kerana itulah diaperlu menamatkan segalanya pada malam ini. Azman meletakkan majalah yangbaru dibukanya. Wajah Anis dipandang lembut. Tanda cinta seorang suami terhadapisterinya.
“apadia sayang?” Lama diamenunggu Anis membuka bicara. Setelah agak lama menanti, dia menarik tanganAnis kepangkuannya. “ Sayang nakcakap apa?” nadanya tidak berubah. Masih lembut seperti tadi. “ Anis nak abanglepaskan Anis..” Anis menutur perlahan. Cukup perlahan
namun masih lagi mampu sampai ke pendengaranAzman. Bicara anisternyata begitu memeranjatkan. Wajah tenang Azman kini sudah bertukar corak.Namun seketika kemudian dia kembali mengukir senyuman. .“Tapi abangtahu, Anis cuma bergurau kan?”Dia bertanya lembut. Cubamengusir kegusaran yang semakin hebat menikam hatinya. “ Anis tak bergurauabang. Anis tak layak jadi isteri abang lagi. Lepaskan Anis.” “Tapi kenapa?Bagi abang Anis dah cukup sempurna. Atau abang dah tak mampu bahagiakan Anis?” “Ampunkan Anis Abang, Anis bukan isteri yang baik, Anis menduakan Abang. Abangdah cukup baik terhadap Anis, tapi dibelakang Abang Anis main kayu tiga…lepaskan Anis, Anis tak mahu terus hidup dalam gelombang dosa, mungkin inijalan yang terbaik untuk kita..” Bagaikan terkena renjatan elektrik, Azmanmembeliakkan matanya, tanganya yang masih memegang tangan isterinya direntappantas. Mukanya terasa panas tiba-tiba. Ayat demi ayat yang diluahkan Anismerobek
jiwa dan impiannya. Bibirnyabergetar menahan gelojak hebat yang melanda jiwanya. “Siapa dia Anis? Siapa?” dia bertanya separuh menjerit. Anis hanya membatu.Esakan kecil kini sudah bertukar rentak dan nada. “ Siapa lelaki tu Anis?” tempikannyabergegar memenuhi ruang kamar. Hatinya terdera
dengan sikap membatu isterinya. “Diamajikan Anis” akhirnya terlontar jawapan yang begitu memeritkan pada pendengaranAzman. “lupakan dia, Abang sanggup terima Anis .. Anis tak boleh tinggalkan Abang.” Esakan Anissemakin kuat. Dalam kepayahan dia
bersuara, “ Anis dan dia sudah lebih daripada batas-batasyang sepatutnya.. Kami sudah terlanjur jauh.. ampunkan Anis Abang..’ Tutur Anisdalam esakan yang masih tidak surut. Azman menarik nafasnya panjang dan dalam. PengakuanAnis umpama
sebilah belati yangmenyiat-nyiat sekeping hatinya. Lama mereka terdiam, membiarkan kesunyianmenguasai suasana. “ Anis pergilah,Abang ceraikan Anis dengan talak satu” |