CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ctA

CINTA BEE dan DAISY [U]

[Copy link]
 Author| Post time 19-11-2010 11:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 19-11-2010 11:14

BAB 11

“Uuuu” Umaiy buat muka yang agak menyakitkan hati Wilda. Rasa nak sembam muka kat bantal dibuatnya. “Tu kira faktalah tu” Umaiy menyambung.
Wilda tutup telinga. Kalau boleh memang tak nak cerita pasal ni kat Umaiy. Tapi, bila nampak muka Umaiy, rasa memang tak boleh nak soroklah. Umaiy dah gelak besar dengan telatah Wilda.

“Ikut hukum, pakai tudung sebab nak tutup dada weh” Umaiy ambil tempat di katil Wilda. Bantal Wilda ditarik kuat. Nak sangat tengok muka Wilda yang dah merah tu. Kalau cakap pasal benda-benda mengaibkan ni, memang blushing habis pipi dia tu.
Wilda tahan bantal dengan langan. Tak nak bagi Umaiy tengok muka dia. Malu kat Idzhan pun tak hilang lagi walaupun dah lebih dua puluh empat jam insiden itu berlalu. Idzhan memang tak berubah langsunglah. Aaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!

“Aku jadi mangsa fesyen je lah” Suara Wilda dari bawah bantal rasa dah menggeletek hati Umaiy. Tulah jadinya kalau pakai tudung bukan sebab niat yang betul. Pakai tudung sebab nak tutup rambut tu memang dah betul. Tapi dalam islam, bukan rambut je yang perlu dilindungi dari mata-mata yang bukan muhrim di luar tu. Memang betullah aku ni mangsa fesyen.

“Lain kali pakai tudung tutup depanlah weh. Kalau pakai tudung belakang labuh depan terdedah, memang silaplah lagi-lagi kau pakai macam tu depan Idzhan.” Ayat Umaiy dah tambah warna merah pipi dia dua kali ganda.
Wilda bangkit terus. Suara dia mengeluh lebih kuat dari bunyi kipas yang berderu laju. Umaiy yang masih tak tukar baju sejak sampai bilik tadi masih dengan senyuman mengejek. Tadi, sampai-sampai bilik saja, tak sempat nak letak beg atas meja pun lagi,
Wilda dah tarik tangan dia suruh duduk kat katil dia. Katanya ada benda nak cerita. Mula-mula rasa teruja jugak nak dengar cerita Wilda bila Wilda mesej dia malam semalam kata Idzhan ajak keluar. Memang dia dah agak dah si Idzhan tu akan buat date ni jadi date first date yang Wilda takkan lupa punya. Rupa-rupanya memang betullah, Wilda sampai mati pun takkan lupa. Tak sangkalah pulak si Idzhan  bagi memori yang cukup manis ni. Aku pun blushing kalau kena macam ni dengan Nick.

“Aku ingat dah berapa tahun tinggalkan sekolah ni, ada jugaklah segannya dia nak react macam dulu. Aku ingat dia bolehlah nak control siket perangai nakal dia tu sebab masing-masing dah besar, dah nak capai 21 tapi tak sangkalah pulak dia boleh jugak nak pekena aku even dengan satu mesej je” Kalau Idzhan depan mata, nak jugak dilukunya mamat tu macam dulu.. Tolaklah tepi sekejap bab muhrim ke bukan muhrim ke, yang penting puas hati. Orang dah pekena dia, balas lah balik.

Ni kira baik jugak muka ni merah masa-masa macam ni, bukannya depan Idzhan. Manalah tahu kalau ayat ni keluar dari mulut Idzhan masa tengah makan tadi ke apa. Maunya aku lari lari terus balik sendiri. Memang berani matilah mamat ni. Bila nak behave dia punya ayat pun tak tahulah.

“Ala... look at the bright sight la. Memang Idzhan tu nak sampaikan benda yang positif. Silapnya, dia tak tahu cara nak deliver je” Kedengaran logik nasihat umaiy tu kali ini.

Wilda terdiam sejenak. Betullah jugak kata Umiay tu. Nasihat Idzhan tu memag sinis tak ingat tapi kalau difikir-fikir balik benda yang dia nak sampaikan tu memang mesejnya betul.

“Kira dia nak ambil berat kat kaulah tu” Umaiy bangun menuju ke rak di tepi pintu balkoni. Rak yang di tingkat atas sekali disusun dengan pelabagai jenis buku rujukan dan novel manakala rak tengah penuh dengan koleksi komik manga dan naruto dan rak paling bawah tersusun padat pelabagi jenis mi segera, minuman 3 in one dan mug. “Dia nak tunjuk kat kau yang dia care. Kau dapat baca tak?”

Oooo... Wilda melongo. Kalaulah itu definisi care bagi Idzhan, memanglah Wilda ada rasa nak terbang. Tak jejak bumi. Jantung tiba-tiba berkompang kuat. Kalau itu definisi care... Maknanya... Jap, kena korek dulu punca kekeliruan ni.

“Kenapa Idzhan mesti nak care dekat aku?” Sengaja tanya padahal sebenarnya macam dah tahu. Saja nak dengar dari mulut umaiy sendiri. Moga-moga apa yang Umaiy cakap akan sama dengan apa yang dia rasa.

“Dia suka kau lah tu. Dan dia dah mula nak bagi hint kat kau.”

Uuu... Apasal tetiba rasa bahagia semacam ni. Rasa dag terbang dah sampai kat atas sana tu. Dengan sisitem peredaran darah ni sah main kejar-kejar sampai laju pulak jantung aku ni. I’m in love! Cewah. Buat dialog filem pulak.
“Cuba kau sebut nama Idzhan jap”
Ler... apehal pulak roomate aku ni. “Kau apasal?”
“Sebut jelah”
“Okey.. Idzhan.”
Hah!. Memang berdebar-debar. Okey, situasi dikenal pasti. Wilda dah masuk dunia yang happy yang konon geli-geli tu. Tapi as long as rasa bahagia macam ni, tak kisahlah.

“Ish, aku rasa aku dah...” oi, gelilah nak admit benda ni. Idzhan tau entah ya suka ke tak.
“Apanya?”
“... Ngantuk sangat. I need to sleep. Regain the energy” warghh..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2010 11:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 19-11-2010 11:18

Wilda buka mata. Dalam gelap, dia meraba-raba telefon bimbit di sebelah bantal yang entah dah ke mana perginya. Bawah bantal diselitkan tangannya. Ada pun.

Dah pukul tiga pagi. Siapalah yang tak belajar yang Tuhan bagi waktu malam tu untuk tidur dan berehat. Setahu aku  hantu syaitan je yang tahu berpesta malam-malam menjelang pagi macam ni.

Inbox telefon bimbit sony ericsson tu dibukanya.
Dalam gelap yang tiada sesiapa yang melihat, Wilda tersenyum sendiri. Gelap. Hanya dia di tengah-tengah malam likat itu. Tersenyum pada dinding.

Di sebelah sana, masih ada insan yang menjadikan malam masa paling optimum buat dia. Idzhan masih lagi duduk di meja studi. Baru shaja menyiapkan latihan tutorial yang tertangguh kerana balik ke rumah hari Jumaat hari tu.
Di pihak Idzhan juga dinding menjadi saksi senyuman tak bersasaran itu. Masa sudah berlalu tiga minit sejak mesej selamat malam dihantar kepada Wilda tidak berbalas. Akur.
      
Dah pukul tiga pagi bro. Siapa yang nak buka mata baca balas mesej semua.

Idzhan tersandar di kerusi. Betullah, dah pukul tiga. Wilda pun dah lama tidur agaknya. Aku yang terhegeh-hegen hantar mesej pagi-puga buta ni apa ke halnya. Kalau pukul dua belas malam tadi dia hantar mesej, ada kemungkinan juga Wilda balas. Ni lagi dua jam nak ke Subuh. Buatnya si Wilda tu bangun buat qiamullail pun, tunggu dia habis dulu baru lah boleh balas kut.        

Apalah yang aku mengarut ni...

Sepuluh minit berlalu. Sepuluh minit juga Idzhan duduk tanpa berbuat apa-apa. Masih lagi bersandar di kerusi memandang telefon bimbit di atas meja. Memang dia tidur agaknya. Yang aku setia sangat jadi penunggu ni apa pulak halnya. Tidur lagi baik. Esok, pagi-pagi dia bangun, kalau Tuhan izinkan, balaslah dia mesej tu agaknya. Suara positif berbunyi di kepala seperti biasa.
        
Lampu berhampiran pintu bilik terus ditutup. Setelah diselubungi gelap, berpandukan cahaya daripada telefon bimbit, Idzhan berjalan menuju ke katil. Hazman dah mimpi sampai   negara mana agaknya. Tak terganggu langsung dengan segala macam bunyi kertas, buku, pen jatuhlah dan bla bla bla.
        
Tubuh sudah direbahkan ke katil. Dia cuba melelapkan mata. Mata yang dah sedia penat mengadap segala macam teori dengan otak yang bekerja keras sejak jam sepuluh malam tadi membuatkan dia rasa sedang untuk terus lena. Baru je nak terlayang, tiba-tiba telinganya diganggu dengan bunyi telefon bimbit. Isyarat mesej diterima.

Bagaikan kena kejutan elektrik, satu tindakan refleks, mata Idzhan terus terbuka lebar. Mesej dibaca.

Sengih terukir sekali lagi. Kali ini pada siling bilik. Telefon bimbit dirapatkan ke dada. Sebelum terlayang lagi sekali, sempat kepala mengulang semula apa yang tertera di skrin mesej sebentar tadi.

Okey, good nite. Lepas ni kalau keluar lagi, aku pakai niqab terus.

Sarkastik sungguh Wilda ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 11:58 AM | Show all posts
he...he...he...akhirnya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 03:03 PM | Show all posts
Reply 98# ctA


    thank u.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 04:09 PM | Show all posts
comei je budak 2 org ni.... 2-2 pun malu tp mau... harap2 xde yg potong jalan... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 10:41 AM | Show all posts
best2..hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2010 02:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 20-11-2010 15:00

okey, dah nampak nampak dah nampak...
sepupu idzhan, satu uni dgn wilda, pastu kenal wilda, macam suka kat wilda tu aku speku add...



saat, banyak typo lah, sebelum post sila baca dan edit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2010 11:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 20-11-2010 23:18

BAB 12

Masuk kali ni, Fara sudah empat kali mengucap. Dua kali menyebut kalimah-kalimah Allah itu semasa dalam dewan kuliah Food Processing tadi. Pensyarah tengah tunjuk teori penggunaan spray dryer tadi, dia selama badak senyum-senyum kat pensyarah yang dah lebih separuh abad tu. Tapi, memang senyuman-senyuman tu semua bukan untuk Profesor tu lah. Senyum yang jauh melepasi pos pengawal kat pintu utama tu,  menembus pintu UKM sampai ke...

“Kau nak makan ke tak ni?”

“Macam dah kenyang tapi tak pe, aku try habiskan perlahan-lahan” Wilda terus meneguk kopi ais, menu biasa yang dipesan.

Matanya terus tertumpu pada mi kari di atas meja. Penuh lagi tak berusik. Tari tadi asik melantak kerang dengan tahu je.
Ijad dan Fara berbalas pandang. Apa kena dengan member-member hari ni? Seorang dah terbang dah nak dekat langit keberapa entah, yang lagi seorang... Ni tak boleh nak dikategorikan sebagai terbang ni. Ni macam dah hanyut dekat lautan Hindi sana tu.

“Kau pulak apasal tak makan lagi ni. Duk termenung dari tadi dengan muka keruh kau tu” Lantas, tiga pasang mata terus tertumpu pada Add yang tak dapat ditafsirkan riak wajahnya. Keruhnya mengalahkan sungai kecil ‘Alur Ilmu’ yang mengalir di bawah cafe terapung FST ini.

“Aku tak ada moodlah” Add membalas tanpa memandang sesiapa, hatta Wilda juga.
Wilda menelan liur. Punyalah jauh fikiran aku melayang sampai tak perasan Add yang dah hanyut entah ke mana. Tak peka langsung pasal kawan, Wilda menyalahkan diri sendiri.

“Mende agaknya dalam kepala kau tu?” Fara cuba memancing kemesraan Add. Selalu boleh je buat lawak bodoh masa makan, hari ni bila Add tak bersuara rasa macam sunyilah pulak. Apasal kontra sangat budak berdua ni punya expression hari ni. Add yang kemurungan macam orang mati bini ni agak-agaknya ada kaitan tak dengan mood Wilda yang macam nak terbang tak jejak bumi tu.

Add diam lagi. Kepala masih tidak diangkat. Ahh... aku rasa nak terjun dalam Alur Ilmu tu!!!

“Kau kenapa Add? Janganlah macam tu. Selalunya, tulang ikan tu pun kau lantak. Takkanlah hari ni, sebutir nasi pun kau tak sentuh kut” Akhirnya Wilda bersuara.

Terus Add angkat kepala. Suara Wilda memang macam magnet yang berfungsi dengan baik untuk dia.
Aku dah agak dah. Suara Wilda je yang lut kat kepala otak dia tu. Ni kalau sakit macam ni, ubat antibiotik apa pun takkan berkesan ni. Si Wilda tu je yang jadi penawar sakti dia tu. Pandangan Ijad berlaga dengan pandangan mata Fara.
Memang pun. Ada konflik dalaman budak berdua ni. Berkerut dahi Fara memandang Ijad. Dan mereka terus berkomunikasi tanpa suara. Yang pasti, masing-masing seperti faham wabak apa yang tengah tersebar.

“Wei... aku gerak dululah. Aku nak balik bilik jap. Nak tidur. Kelas pukul tiga karang, kalau aku tak datang, kau faham-fahamlah tanggungjawab kau” Add menepuk-nepuk bahu Ijad sebelum bangun dan terus berlalu.

Aku kena sign lagilah hari ni. Ijad membuat kesimpulan. Wilda dan Fara pula saling memandang.

“Apahal kawan kau tu?” Wilda membuka suara. Matanya dihalakan pada Ijad.

“La.. manalah aku tahu. Aku patut tanya kau je. Bukan ke kau orang terakhir jumpa dia Jumaat hari tu masa dia hantar kau balik?” jawapan Ijad mengundang anggukan dari Fara.

Haah ek, tapi sumpah, aku tak tahu.

“Entah” balasnya pendek. Mana pulak aku nak korek apa punca dia hilang mood macam tu. “Andropous kot”
Wilda punya jawapan ni buat aku rasa nak lempang je. “Seriuslah wei” Fara berhenti dari menyuap.

“La.. mana aku tahu”






Adril Izham terjaga dari tidur setengah jam sebelum kelas petang bermula. Biasanya kalau waktu-waktu begini, dia sudah bersiap-siap untuk ke fakulti. Cuma hari ini, moodnya lain. Tak terasa nak makan, dan tak terasa nak belajar. Tidur pun buat syarat je, nak  buat kepala tak hanyut fikir yang bukan-bukan.

Betullah apa yang orang kata, kalau dah jatuh cinta ni, jangan harap yang manis-manis je, sakitnya lagi kuat daripada yang manis-manis tu. Sakit sangat mata, kepala dan hati bila terserempak Wilda dengan Idzhan kat Jusco Seremban Sabtu hari tu. Lagi sakit hati bila nampak muka Wilda bahagia semacam, tak pernah tengok riak muka Wilda yang senyum manis memanjang bila ada sebelah Idzhan hari tu.

Satu je soalan yang bermain di benaknya kini; bila masa Idzhan kenal dengan Wilda? Dan kenapa pulak macam dah tak ada orang lain dalam dunia ni yang berada di tempat Idzhan, kenapa sepupu sendiri? Betulla dunia ni besar tapak tangan je.

Sekarang ni Add tak tahu macam mana nak berdepan dengan Wilda. Nampak je Wilda, terbayang-bayang insiden hari tu. Wilda okey lagi sebab dia memang tak perasan. Tapi Add, memang lama jugak dia mengikut jejak merpati sejoli berdua tu dan memerhati sampai tak berkelip mata.

Add memegang kepala. Rasa berdenyut sejak dalam kuliah pagi tadi masih tak hilang, malah semakin kuat denyutannya bila bayangan Idzhan dan Wilda bermain di layar minda.

Sambil berbaring, tangannya mencapai telefon bimbit di atas meja.

“Ijad. Aku off class. Not feeling well.”

Mata cuba dilelapkan kembali. Tak sampai satu minit, Add kembali mencapai telefon di bawah bantal. Ada pesanan yang penting yang lupa disampaikan kepada Ijad tadi.

“Ijad, kalau aku hilang ke apa ke, panggil je pasukan penyelamat kat Tasik Kejut tu”

Dan Ijad yang baru nak bukak pintu dewan kuliah hampir nak tersadung kaki baca mesej Add.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2010 11:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 21-11-2010 10:47

BAB 13

Perangai pelik Add tak lama. Seminggu je dia buat moody macam orang datang bulan. Masuk je hari Isnin minggu baru, lagak dia dah bertukar normal. Macam hari-hari selalu. Masuk je dewan kuliah, dia dah boleh bawa diri dengan lawak-lawak dia yang sedikit sebanyak menceriakan keadaan. Itu yang buat Fara dan Ijad bersyukur tak terkira.

Dengan adanya manusia bernama Adril Izham dan Wilda ni, dunia pun jadi pelik semacam. Ada satu ketika dulu semasa mula-mula rapat, dua-dua buat perangai besar kepala. Pantang berjumpa, ada saja yang nak ditekakkan. Lepas tu, masuk pula fasa kedua yang mana masing-masing sudah boleh memberi dan menerima. Tak ada lagi ayat-ayat sindir-sindir yang mencacatkan dunia mereka berempat. Kalau mereka mula bertekak, memang Fara dan Ijad tak pernah gagal untuk sama-sama terlibat. Kebajikan kawan-kawan kena jaga.

Fasa kedua tu macam lamalah jugak sebelum beralih kepada fasa ketiga. Ada satu ketika Add dan Wilda entah angin dari arah mana pula yang bertiup, dua-dua macam nak saling mengelak. Nak kata gaduh, tak gaduh pun sebab dua-dua cara cakap baik-baik je. Sorang pergi cafe, sorang pergi library.  Sorang duduk hujung A, sorang duduk hujun B. Tapi, fasa tu pun tak lama. Memang meleset  jangkaan Fara yang mengangap diorang tu ada heart contact.

Ni dah masuk fasa seterusnya, lagilah pelik semacam. Sorang nampak angau, yang seorang lagi tu nampak macam stress sangat je. Adakah stress itu puncanya sebab c...em...buru? Hah!

Fara mula tutup buku di hadapan. Ijad yang duduk bertentangan dengannya tarik muka. Apahal kuat sangat tutup buku tu...

“Kau pun datang bulan jugak?”

“Kau nak rasa buku Mikrobe ni ke atau buku Nutrition ni?” Fara kelihatan sedia untuk mengangkat mana-mana buku. Mukanya kelihatan serius.

Memang minah ni datang bulanlah. First day kot...

Antara buku rujukan Microbe yang tebal berkulit nipis dan buku Food Nutrition yang lebih nipis tetapi berkulit tebal. Kalau disatukan antara ketebalan itu dengan kudrat si Fara ni, insyaAllah, lima jahitan memang pasti.

“Woo... woo...” Ijad mengangkat tangan tanda mengalah. “Aku tarik balik”

“Takut.. Lebih dah kau ni...” Nada suaranya mengendur. Air muka kembali kepada asal. Tenang dan redup.

“Apa yang kau nak cakap sebenarnya tadi?” Tadi muka serius gila nak bantai kepala aku dengan buku tu, ni dah manis balik. Macam pakai topeng pulak. Sama je anginnya dengan Wilda.

“Add tu suka kat Wid ke?”

“Mana aku tau”

“Pelik semacam je aku tengok budak berdua tu”

“Mungkin jugak. Kalau tak, takkanlah si Add tu sampai kemurungan macam tu. Wilda tu ada boyfriend lain ke kat luar? Bahagia semacam je pulak aku tengok”

“Sebab nampak bahagia tu lah yang Add bengang semacam kut. Cemburu agaknya” Fara membuat kesimpulan. Ijad kelihatan bersetuju. Tak syak lagi.

“Kau cubalah korek-korek sikit dari Add tu”

“Susah. Lelaki ni tak macam perempuan. Perempuan semua benda nak share. Hal-hal dalam luar kain tak selindung apa. Lelaki lain...” Aaaa... tersalah cakap lagi... Kata-kata Ijad mati di situ bila mata Fara tajam semacam memberi amaran.

“Baik kau tarik balik sebelum aku hentak buku ni kat kepala kau...”

Ijad angkat tangan. “Surrender” dia tersengih.

Dan seprti yang dijangka, tak sampai satu minit, air muka Fara kembali seperti biasa.

“Tapi sekarang aku tengok diorang dah okey”

“Dan akan terus okey kalau Wilda tak buat muka bahagia dia tu”

Fara menganguk. Tak tahulah cuaca-cuaca tenang macam ni kekal sampai bila. Lepas ni entah berapa banyak fasa lagi yang dia dengan Ijad akan saksikan pun dia tak tahu. Harap-harap semua okey. Kalau nak bercinta sekalipun, dia dengan Ijad tak kisah asalkan tak dibuatnya dek budak berdua tu ke hulu- ke hilir berkepit macam belangkas. Kalau dibuatnya dia dengan Ijad kena campak sebab diorang nak jadi belangkas ke apa, memang putus kawan teruslah jawabnya. Fara memang sensitif sikit bab-bab macam tu. Nama ada kawan-kawan yang bercinta sampai dari pagi bawak ke malam nak berkepit, jangan haraplah.






“Hello abang... Sara ni!!!” suara riang di hujung talian memang tak pernah merendahkan suara. Bahagianya lebih daripada dua puluh empat jam. Payah jugak ada adik yang hyper macam ni. Sampaikan nak cakap kat telefon pun kena jauhkan telefon empat inci dari telinga. Itu pun, kuatnya boleh lagi didengari oleh manusia-manusia yang lalu-lalang dekat dengannya dekat cafe tu.

“Abang tahulah. Dah nampak kat skrin tadi memang nama Sara yang naik...” Idzhan menjawab seadanya. Riak cool sentiasa menjadi pembawakannya. Takkan nak sama terlonjak macam Sara pulak.

Sara gelak kuat. Sekali lagi Idzhan menjauhkan telefon bimbit dari telinga. Hazman yang sedang melantak nasi campur menggeleng-geleng. Dah faham sangat dengan tabiat Idzhan kalau bercakap dengan Sara di telefon.

Apalah agaknya yang ummi  makan masa mengandungkan Sara ni.

“Sara nak bagi peringatan ni...” Peringatan apa lah pulak ni.

“Hah, cakap cepat.”

“Lagi tiga hari birthday kak Wid” kata-katanya terhenti di situ. Menunggu respon Idzhan.

“Abang tahulah dik oi...” Memang pun, dah set pun dekat reminder dalam handphone ni. Insyaallah tak lupa punya.

“And make sure, abang ajak dia keluar ke apa untuk celebrate...” Sara betul-betul buat Idzhan rasa nak tergelak. Apahal concern lain macam je Sara ni. Kalah Aku. Memang mengidam sangat ke nak buat Wilda tu jadi kakak ipar?

“Ya Allah, abang tahulah nak buat apa. Tak payah pandai-pandai nak ajar abanglah...”

“And jangan lupa beli hadiah sekali. Nanti Sara tanya kak Wid suka apa” Sara menawarkan diri. Nak pastikan abangnya memberikan sesuatu yang istimewa dan terbaik untuk kak Wid.

“Yeah, abang takkan lupa tu” Idzhan layankan saja karenah si adik padahal awal-awal dia memang dah merancang sesuatu.

“One more thing... Jangan belikan baju ok, nanti tak kekal. Ermm.. Jangan beli perfume jugak, kata orang nanti aura kasih-sayang tu hilang, simbolik dengan bau perfume tu la...” Sara memetik kata-kata kawan-kawannya. Pengalaman insan-insan terdahulu, kononnya.

“Itu bukan ‘one’ tu, itu dah ‘two’ things...” Idzhan tergelak. Sara dihujung talian juga menyambut gelak tawa si abang.

“Whateverlah abang...”

“Hah, ada apa-apa lagi tak nak ingatkan? Ni Sara sihat tak ni? Duit cukup tak?” Memang macam abang mithali. Tanggungjawab sebagai abang memang Idzhan tak tinggalkan. Itu yang buat Sara sayang sangat dengan si abang.

“Sara ok, sihat, duit semua cukup. Hari tu ummi bagi banyak jugak. Sara risu abang tu je yang tak ok. Takut abang lupa benda-benda penting macam ni...” Aku pulak... Memang terlebih concern adik aku ni.

“Hum, ok. Ada problem apa-apa, give me a call okey” Idzhan cuba menghargai niat si adik.

“Okey, okey.”

“Okey.. Assala...”

“Eh, jap, jap!”

Apa lagi lah pulak ni...

“Jangan lupa wish kak Wid tepat dua belas malam. The firt person who wish  simbolizes that the person is always care. She will appreciate that. Nanti Sara call kak Wid lambat sikit untuk bagi laluan kat abang”

“Okey...” Angguk jela cakap Sara ni. Memang particular gila adik aku ni. Tak jadi peguam tak tahulah.

“Okey.. bubbye”

“Bye”

Telefon bimbit kembali bermukim di dalam peket jeans.

“Aku kalau jadi adik ipar kau, aku tak tahulah jadi macam mana” Hazman berseleroh.

Oi... tak boleh bla sungguh joke tu.

“Ada hati ke. Aku rasa baik jangan”

“Apasal?”

“Kalau dah dua-dua besar kepala... tak tahulah who will lead the family...” Idzhan tak tahu nak sengih atau mengeluh dengan jawapannya sendiri.

Hazman tersengih. That’s what I mean.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 12:20 AM | Show all posts
ye betul tekaan aku add sepupu idzhan + mamat yg suka kt wilda gak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 09:04 AM | Show all posts
:p
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 09:26 AM | Show all posts
i love it!!!! hehehe come on izhan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 04:37 PM | Show all posts
i love idzhan
jgn jeles wilda
cam nick name i dulu2
i suka guna nama widad masa  mudo2 dulu
hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2010 03:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 24-11-2010 03:13

BAB 14

        Kalau nak ikutkan hati, memang nak campak telefon ke dinding. Sebab dekat dinding tu ada jam. Dan jarum panjang jam tu dah menunjukkan angka tiga. A quater past twelve. Maknanya dah lima belas minit berlalu dan dia pasti dia bukan orang yang pertama yang menghubungi Wilda untuk mengucapkan selamat hari lahir. Dan orang yang pertama itu pastinya.... Argh...
        
     Tepat jam dua belas tadi, dia dah cuba mendail nombor telefon Wilda tapi talian sibuk. Maknanya Wilda sedang bersama seseorang di talian. Yang pastinya bukan dia. Dan setiap minit yang berikutnya, dia mencuba lagi namun talian tetap gagal ditembusi. Takkanlah si Idzhan ni nak wish pun ambil masa lama sangat kut. Tapi tak mustahil jugak. Dia dulu pun macam tu dengan ex-girlfriend dia. Niat nak wish tu memang awal-awal dah selamat sebab lepas je wish happy birthday, bergayut terus. Eh, terbukak hikayat pulak...

        Add terus mendail... dan akhirnya...

        “Helo Adril Izham... Cepat wish me!!!! Lambat sangat ni, orang ke lima belas!” suara Wilda ceria menyambut panggilan darinya. Lima belas! Walaupun dia tahu angka tu bukan angka yang tepat, namun dia tahu dia bukan yanga pertama. Dan suara Wilda seterusnya terus membakar hatinya walaupun dia cuba berlagak seriang mungkin...








        “Masuk pintu utama, jalan terus, and kau akan lalu di bawah bangunan Canselori. Lepas tu belok kiri...” Idzhan cuba menanam terus arahan Wilda dalam kepala.
        “Lepas tu jalan terus sampai jumpa satu rumah banglo sebelah kiri. Tu rumah Pengetua. Lepas je lalu depan rumah banglo tu, kau akan jumpa satu simpang naik bukit sebelah kiri. Masuk je simpang tu, naik terus atas bukit sampai jupa garaj motor...”



        Idzhan memarkirkan kereta betul-betul di satu ruang sempit di hadapan Blok E. Inilah dia Kolej Rahim Kajai. Kali pertama dia menjejakkan kaki ke UKM. UKM banyak bangunan lama tapi unik. Persekitarannya juga banyak pokok dan berdekatan dengan hutan. Sejuk mata rasanya apabila lalu di setiap ceruk jalannya.
        Tapi lepas ni mungkin kesempatan nak datang UKM ni lagi banyak sebab si Sara tu nak sangat masuk UKM. Ada kak Wilda, boleh jaga, katanya. Haih. Dekat sangat dengan rumah. Idzhan garu kepala. Tak faham betul adik aku ni.
        Setelah enjin dimatikan, Idzhan terus keluar dari kereta. Puas dia yakinkan pujuk Hazman agar bagi dia pinjamkan keretanya. Sistem barter, Hazman kalau nak pergi mana-mana, pakai je motorsikal dia dulu. Nasib baiklah si Hazman tu tak berkira sangat.
        Idzhan berlegar-legar melihat persekitaran kolej itu. Baru saja hendak mengeluarkan telefon bimbit dari poket... tapi ternampak seseorang di beranda salah satu bilik di bawah bukit... macam kenal je.
        Tergesa-gesa gadis itu menghabiskan tugasnya menyidai pakaian di beranda yang rata-ratanya setiap bilik mewujudkan tali-tali ampaian untuk memudahkan mereka, tak perlu turun bawah blok nak sidai kain. Sedikitpun dia tidak terpandang kelibat pemuda pujaan di atas bukit yang khusyuk memerhati.
        Dah sampai... Baru nak sidai baju ke? Cepat pakai tudung... Idzhan tersengih tatkala menekan butang send.
        Wilda. Manisnya dia...
        Dulu masa sekolah, rambut Wilda melepasi bahu dan biasanya diikat satu. Sekarang rambutnya lebih panjang walaupun tidak mencecah pinggang. Dilepaskan dan berterbangan ditiup angin pagi Sabtu.
        Tidak lama menunggu, lebih kurang sepuluh minit, Wilda muncul di pintu masuk blok E. Dengan muka yang dah habis merah. Bertambah merah apabila melihat Idzhan yang bersandar di pintu kereta dengan senyuman menyindir.
        Cool birthday girl. Mintak je mamat ni apa-apa hari ni. Everything is on him. Dia dah janji kan. Plus, dia buat perangai sinis macam ni, kasi dia pengajaran siket.
        “Cepatnya pakai tudung. Aku ingatkan perempuan siap lama...” Idzhan ni memang tak pernah bertaubat. Hari-hari baik untuk aku ni, boleh tak buat ayat yang menyenangkan hati siket.
        “Hei aku guraulah...”Idzhan menarik balik senyumannya apabila melihat wajah Wilda yang kelat semacam. Tapi can... tik. Titik.
        “Habis satu blok kau skodeng agaknya”
        “Aku tak minat perempuan lainlah...” Idzhan membukakan pintu kereta.
        Habis cair Wilda dengar frasa yang keluar dari bibir Idzhan. Mulut manis habis. Tapi Wilda buat-buat tak dengar walhal dalam hati dah kembang nak pecah dada.
        Idzhan memboloskan diri ke perut kereta.
        “Kereta siapa ni?”
        “Hazman?”
        “Siapa tu?”
        Idzhan menepuk dahi. Sebut nama Hazman macam Wilda kenal je.
        “Course-mate aku cum room-mate” Idzhan membalas diiringi dengan senyuman bonus untuk Wilda.
        “Nak pergi mana ni?”
        “Sebut je kau nak pergi mana. Your wish is my command”
        “Tasik Cempaka?” erk... Wilda menampar mulut. Apasal laju je aku sebut perkataan tu.
        “Aku tak kisah je. Nanti kang kena tangkap basah...”
        “Oi!” Wilda memotong. Apalah si Idzhan ni cakap bukan-bukan. Tak tahu ke percakapan tu satu doa. “Gurau je lah”
        “Gurau lagi yang bukan-bukan” Idzhan ketawa kecil.
        “Jalan!”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2010 03:16 AM | Show all posts
Reply 113# iwimz


    i suka nama ni dah lama/ tiba2 terfikir dlm kepala. tp tak tau la kenapa. just suka.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 09:09 AM | Show all posts
salam semua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2010 09:14 AM | Show all posts
nak lagi!!!!please..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 11:37 AM | Show all posts
huhuhu best
teringat dulu masa zaman tok kaduk kat upm
mana lg nak dating kalau x kat tasik bukit ekspo atau tasik serdang...
huhuhu tasik gak yg dicari
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 09:55 PM | Show all posts
best..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 10:45 PM | Show all posts
Reply 118# iwimz
tasik serdang yang ada medan selera 2 ke iwimz???
teringat kat nasi goreng usa kat c 2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 1.888866 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list