CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5060|Reply: 30

Pelanggan Sentap Kena 'Sound' Dengan Rider Grab Sebab Buat Pesanan Masa Hujan

[Copy link]
Post time 21-11-2022 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Tular luahan hati seorang pengguna Facebook mendakwa dirinya dimarahi seorang penghantar makanan.


Jelas pelayar yang menggunakan nama Teamsecret Min menerusi laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, rider tersebut berang dengan dirinya apabila tetap membuat pesanan makanan walaupun cuaca hujan.




Gambar hiasan




Namun, tegas wanita ini, dia sudah membuat pesanan itu lebih awal ketika cuaca masih baik.


Bukan itu sahaja, wanita ini juga mendakwa dirinya diberi amaran oleh rider itu yang panas hati kerana terpaksa menghantar makanan dalam cuaca buruk.


Dia yang berasa kesal dengan sikap rider tersebut mula mempertikaikan tugas lelaki itu yang sepatutnya menerima sahaja pesanan pelanggan tidak mengira waktu.




Add Image Caption Here





Perkongsian itu meraih pelbagai reaksi netizen setelah ia tular. Rata-rata mula mempersoalkan sikap rider terbabit kerana pernah melalui situasi sama sebelum ini.


Walaupun ada yang bersimpati dengan nasib pengguna ini, terdapat segelintir yang memahami situasi penghantar makanan itu apabila terpaksa menghantar pesanan ketika hujan.




Sumber: mStar








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2022 02:56 PM | Show all posts
aik

masa pkp dulu bukan main peliiss la order time hujan upah tinggi yadayada

sekarang dah demand ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 03:35 PM | Show all posts
Hari tu rider-rider ni juga yang kata "tak apa, order je makanan masa hujan." Pelanggan rasa serba salah tapi disebabkan rider sendiri yang bagi greenlight, pelanggan pun mula la order tak kira cuaca. Tapi kan...bukan rider boleh pilih order ke? Kalau tak nak hantar masa hujan, jangan la ambil job tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 03:44 PM | Show all posts
rezeki aku dapat rider yang faham bila tiba2 hujan padahal masa order cuaca ok je…  dan disebabkan rider baik, aku bagi tips kat diorang…  cuma sekali dalam sejarah hidup aku bagi rider 1 bintang sebab ntah bawak moto macam pelesit ke apa sebab habis makanan tumpah terkeluar semua dari bekas…  semua tau…  kalau sikit2 boleh sabar lagi…  pastu dia nampak je makanan dah terkeluar habis tapi dia boleh letak je kat tembok pastu blah cepat2…  hawau betul…
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ok lg tu. i kena hamun sbb kononnya i x bg alamat dgn lengkap. masalahnya grab apps yg problem masa tu. i x sempat nk respond die dah letak telefon. kalau x lengkap rider tu boleh je call i tanya kan? kenapa nk hamun?? ada rider siap conteng kata2 carut kat i punye rumah. fikirkan kesian kerja diorg i malas nk report sedangkan boleh je cek cctv rumah. yg lain semuanya ok so far, baik2 semuanya. pernah je ada yg silap hantar pun ok ja. takda la nak marah2 pun. ada yg siap hantar lewat berjam2 pun i ok ja sbb die dah hantar msg nk brenti solat dulu etc. walaupun makan sampai dah sejuk n lemau. tp rider2 yg samseng ni harapnya cari pekerjaan lain la. x sesuai kerja mcm ni. hantar makanan dlm hujan pun x boleh? hmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 09:20 PM | Show all posts
yg order tu t20 ke.. tanya je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2022 09:59 PM | Show all posts
rider kalau tak nak deliver time hujan
tak perlu accept job
customer pun perlu ke nk hina b40, tak berjaya bagai
perlu ke stoop so low kalau berstatus t20?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 09:24 AM | Show all posts
i pernah place order, bila confirm few minutes later tiba2 cuaca berubah. I dh tekan utk cancel tp grab ckp x boleh sb dh prepare. So rider tu hantar time hujan lebat la juga. I siap nk pergi ke rider cepat2 amik, tp adik tu baik kasi isyarat i tgu ja kt tpt berteduh. Mmg i mohon maaf la sb mmg hujan lebat tiba2. So since adik tu baik, harusla dek kerana rasa bersalah i kasi tips. Rasa bersalah sebab ia hanya secangkir kopi yg dihantar.

So ni sebenarnya attitude rider tu sendiri. Kalau dia msg utk tangguh hantar pun boleh. I rasa customer pun risau dia ride time2 hujan kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2022 11:19 AM | Show all posts
Ayooo kekwat lak dia ek now.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 10:05 AM | Show all posts
Pada hari yang sama, beberapa penumpang memberi komen, "Tidak mengapa, hanya memesan makanan ketika hujan." Pengguna menganggap semuanya salah, tetapi selepas penunggang memberi kebenaran, slime rancher 2  pembeli membuat pesanan tanpa mengira keadaan di luar. Itu benar, tetapi bukankah penunggang perlu menentukan urutannya? Jangan terima kedudukan itu jika anda lebih suka kekal kering daripada menghantarnya dalam hujan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh reject order ke
Iols slalu kena reject atas sbb2 trafik dan cuaca
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 08:58 PM | Show all posts
rider duduk PKNS ke???

waaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 02:42 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin replied at 21-11-2022 03:35 PM
Hari tu rider-rider ni juga yang kata "tak apa, order je makanan masa hujan." Pelanggan rasa serba s ...

ye sebab mereka dpt komisen lebih.
kdg kesian juga kat rider ni..
serba salah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Rider2 grab ke foodpanda kat ganu ni baik2...bg je i order waktu hujan sbb dia kata mrk blh dpt duit..tapi i bglah tips kat mrk dan selalu bg rating tinggi..org berbudi kita berbahasa
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
SedihPedih replied at 22-11-2022 09:24 AM
i pernah place order, bila confirm few minutes later tiba2 cuaca berubah. I dh tekan utk cancel tp g ...

Baik betul akhlak u… me like!
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu kalau time tunggu order tetiba hujan, sy mesej rider tak apa lambat, pandu selamat, and kalau diorang sampai kat depan rumah, berteduh la dulu (siap pasang extra atap zink kat depan). Setakat ni takde yang mulut tajam la, atau mungkin adik rider2 n9 ni mmg sopan , hihihi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2022 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Rider ni pon… semua kerja memang ada cabaran.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Da mendung gitew, bagi ler tips lebey kat rider
Kesian juger rider rides dalam hujan
Basah demi kita nak makan
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak prnh lg kne marah dgn rider. Rider curi mknn brbuka puasa tu pernah
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih bila baca komen budak2 muda yang buat kerja rider as full time job.
Ko kalau kerja rider, ko tau cuaca tak mengizinkan ko tak payah amik order.
Atau ko dah amik order, tetiba hujan ditengah jalan, ko kena redho la Tuhan uji ko dalam waktu ko mencari rezeki..

Tapi full time rider ni, bila depa jenis tak fikir untuk jangka masa panjang, tak fikir masa depan, hidup depa berkiblatkan duit ribu riban.... Itu yang jadi panas hati bila diuji sedikit kesusahan (cth hujan).

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.086175 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list