CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 0

Bayern ‘tolak’ Cristiano Ronaldo

[Copy link]
Post time 1-12-2022 11:26 AM | Show all posts |Read mode

CRISTIANO Ronaldo tidak akan ke Bayern Munich.


MUNICH: Biarpun boleh dibawa masuk secara percuma, namun Bayern Munich tidak berminat mendapatkan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Oliver Kahn.

Ronaldo, 37, dikaitkan dengan beberapa kelab selepas kontrak­nya ditamatkan oleh Manchester United, minggu lalu.

Ejen pemain itu, Jorge Men­des mengakui, rundingan me­ngenai destinasi baharu pemenang enam anugerah Ballon d’Or itu sedang dijalankan.

Begitupun Kahn menolak kehadiran Ronaldo bersama gergasi bola sepak Jerman itu kerana tidak sesuai dengan ‘falsafah’ kelab.

“Kami sudah membuat keputusan mengenai Ronaldo. Kami ada idea dan falsafah yang jelas daripada segi bagaimana pasukan harus bermain.

“Kami menghargai Ronaldo. Kita semua sayangkan penye­rang Portugal itu tetapi terdapat perkara yang tidak sesuai dengan idea kami sekiranya dia dibawa masuk ke dalam pasukan,” katanya.



Ronaldo digugurkan oleh United susulan ditemubual kontroversi bersama Piers Morgan, di mana dia mengkritik kelab, pengurus, Erik ten Hag sehingga pemilik, Keluarga Glazers.

Selain Bayern, Ronaldo turut dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea selepas pemilik kelab, Todd Boehly se­perti berminat untuk membawa bintang itu ke Stamford Bridge.

Begitupun akhbar Britain, Daily Mail semalam melapor­kan, bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu sudah menandatangani kontrak lumayan bersama kelab gergasi Arab Saudi, Al Nassr.

Ronaldo dikatakan bersetuju menerima tawaran bernilai 172.9 juta pound (RM922.36 juta) setahun.

Dia pernah menolak perpindahan ke Arab Saudi tahun lalu, namun ­disebabkan tiada kelab elit Eropah berminat mendapatkan khidmatnya, Ronaldo mungkin merubah fikiran.

Menurut laporan itu, Ro­naldo sudah menandata­ngani kontrak dua tahun sete­ngah bersama Al Nassr, antara kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak Arab Saudi.
Al Nassr pernah menjuarai liga utama Arab Saudi sembilan kali, di mana kejuaraan terakhir pada 2019. – AGENSI

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... -cristiano-ronaldo/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 117733 Replies : 5083
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 21354 Replies : 41
TBS dah clear, tak ada warga asing tidur macam rumah sendiri
RalineTBS dah clear, tak ada warga asing tidur
Views : 36870 Replies : 21
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 199325 Replies : 7359
Suspek tahan kereta, paksa pemandu bawa keluar dari mall- Cleaner lelaki ditembak di kaki
RalineSuspek tahan kereta, paksa pemandu bawa
Views : 19255 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 143925 Replies : 1529
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 37481 Replies : 34
Layan macam princess- Cik Epal hadiahkan selipar Hermes pada Ammar
RalineLayan macam princess- Cik Epal hadiahkan
Views : 30910 Replies : 67
Beli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk macam penghantar makanan
RalineBeli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk
Views : 36944 Replies : 17
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 36693 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.392165 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list