CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 586|Reply: 0

Al-Quran buruk, rosak tidak boleh dilupus sewenangnya, ini cara sebenar dilakukan

[Copy link]
Post time 6-12-2022 08:25 AM | Show all posts |Read mode
Al-Quran buruk, rosak tidak boleh dilupus sewenangnya, ini cara sebenar dilakukan



AL-QURAN mesti dipelihara kesuciannya pada setiap masa. Al-Quran yang telah rosak tidak boleh dibuang sewenang-wenangnya. Ada teknik yang perlu dilakukan bagi tujuan menjaga kemuliaannya.

Mungkin ada dalam kalangan kita tertanya-tanya bagaimana caranya al-Quran dilupuskan?Baru-baru ini sebanyak 6.8 tan abu al-Quran dibawa dalam bentuk bongkah menaiki kapal MVPEDOMAN sejauh 12 batu nautikal dari Pelabuhan Klang untuk dilupuskan di tengah lautan. Pelupusan abu ayat suci itu dikendalikan oleh Pusat Pemuliaan al-Quran Darul Kalam.


Kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama anak kapal Pedoman melepaskan ketulan abu al-Quran yang telah dikeringkan ke dalam laut. Proses ini dilakukan ketika Program Pemuliaan Al-Quran JAWI dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia di perairan Pulau Indah, Selangor.

PELEPASAN ABU ITU MERUPAKAN PROSES PEMULIAAN AL-QURAN SELARI DENGAN KETETAPAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-30.

Program tersebut merupakan tindakan proaktif Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam memberikan pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai kaedah pemuliaan al-Quran yang betul.



TINDAKAN INI JUGA SEKALI GUS MEMELIHARA KESUCIAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN PADA SETIAP MASA.

Untuk perancangan masa depan, JAWI merancang untuk membina sebuah pusat pelupusan al-Quran baharu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Penubuhan pusat pelupusan itu akan dapat membantu meningkatkan lagi keupayaan melupuskan naskhah suci tersebut, dengan tatacara yang benar.

Menurut Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail, Pusat Pemuliaan al-Quran Darul Kalam yang beroperasi di Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Kuala Lumpur, setakat ini hanya mampu melupuskan sebanyak 150 kg naskhah al-Quran yang rosak atau musnah dalam masa sehari.

Beliau berkata dengan adanya pusat pelupusan baharu tersebut, keupayaan melupuskan naskhah suci boleh dipertingkatkan sebanyak tiga kali ganda berbanding kadar sedia ada, iaitu sehingga sekitar setengah tan sehari menggunakan teknologi moden.



“Jika ia diluluskan dan ada peruntukan, proses pelupusan akan menjadi lebih pantas, kerana kita telah melakukan dengan beberapa pihak dan ia menggunakan teknologi yang lebih maju, bukan secara manual.

“Setakat ini, (pembinaan pusat pelupusan) masih dalam perancangan dan kita akan utarakan ke pihak yang lebih tinggi untuk dapatkan kelulusan bajet dan sebagainya,” katanya

Menurut Datuk Mohd Ajib lagi, abu tersebut merupakan hasil daripada lebih 30,800 kg naskhah al-Quran yang rosak atau musnah akibat banjir di sekitar Pahang dan Selangor pada tahun lepas, dan sejumlah naskhah yang dihantar sendiri beberapa pihak lain untuk dilupuskan.

“Program ini turut mendapat kerjasama daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Kita mempunyai tatacara untuk mengendalikannya, seperti prosedur yang diberikan dalam satu Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992 yang mencadangkan al-Quran yang telah rosak dibakar, ditanam atau dilupuskan di tengah laut yang mana airnya mengalir,” katanya.

Sumber:https://sinarplus.sinarharian.co ... an/#google_vignette

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.121553 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list