Edited by ainiz81 at 4-7-2024 12:34 PM
Mommy nak share ttg gangguan2 yg terjadi lepas dari episod menurun ni. Yg first nak share gangguan pd anak2 Mommy juga bibik. Mommy ada 3 gurl. Sorang belajar obersi. Anak dara yg tinggal dgn Mommy skrg ada 2 org. Yg sorang bljr kat kolej matrikulasi masa kejadian2 tu berlaku (now dah di UKM) & sorang lagi sekolah menengah.
Benda tu suka betul ngacau anak Mommy yg bljr di UKM. Masa tu dia masih matriks. Bila dia balik je selalu kena. Antara yg agak seram.. Ada la 1 mlm tu anak bgtau dia baru nak lelap dlm kul 230am. Budak2 ni pesen tidur lewat sb suka study tgh mlm time sunyi sepi.. Malam tu tetiba ada bunyi dari dlm tandas buka shower pastu ketuk2 pintu tandas.. Kuat pulak tu. Dia ni berani.. Dia buka lampu & pergi buka pintu tandas utk cek. Takde apa2 pulak. Then anak Mommy biar lampu buka & dia balik kat katil nak baring semula. Masa tu dia nampak clearly bantal baring dia pakai tu memenyek sendiri mcm ada org baring (betul ke ayat Mommy ni ) Maksud Mommy bantal tu bergerak ke dlm mcm ada org baring. Then dia tepuk2 bantal tu & baringkan kepala situ. Bila dia baring ada pulak bunyi mcm org tepuk2 juga kat bantal tepi telinga dia. Betul2 clear bunyi tu. Then dia cuba lelap.. Terasa ada yg sentuh pulak kat cuping telinga dia masa dia baru je rasa peaceful nak tutup mata
Last2 anak Mommy ni tidur 1 katil dgn adik dia yg sekolah menengah. Pagi esoknya baru dia bgtau Mommy. Agak seram juga lah rasa masa tu. Tapi Mommy sendiri tak pernah encounter apa2 kejadian kat rumah tu. Tapi masing2 dlm rumah Mommy dah kena..Kecuali Mommy & suami je tak pnh lagi..
Kejadian yg seram ke 2 anak yg sama berlaku dlm kul 3am. Si anak ni masak meggi dan mkn depan tv dgn adik yg sorang lagi sambil tgk cerita korea. Habis mkn dia pun tutup tv kemas2 nak tidur. Si adik dah masuk tidur dulu yg kakak dia ni kemas2 dapur dan depan tv. Lepas si anak ni tutup lampu nak masuk bilik dia dengar suara garau lelaki cakap korea jelas sgt area depan tv. Dia pun buka lampu semula dan patah balik ke depan tv (dia ingat lupa tutup tv) Sekali punyalah terkejut bila dia tengok tv dah tutup elok. Esoknya si anak bgtau Mommy. Mommy siap cek cctv dan tgk semula kejadian. Mmg dgr suara garau tapi tak clear dan nampak la dlm rakaman cctv tu si anak ni buka semula lampu dan patah balik tgk area depan tv.
Kalau yg anak sekolah menengah pulak.. Byk kali masa study lewat mlm dia dgr suara mcm riuh rendah kat luar bilik (area ruang tamu) padahal masa tu semua org dah tidur. Lepas tu masa dia tgh mandi ada yg ketuk pintu bilik air mcm nak masuk (pun lewat lps 12am) Dia buka pintu takde siapa pun kat situ. Bila dia cek sampai keluar dari bilik, semua org dah tidur. Esoknya dia tanya Mommy, mmg Mommy kata takde ketuk lah pintu tandas dia.. Mommy dah lena diulit intan masa tu. Anak suruh Mommy cek cctv, mmg takde siapa pun dpn pintu tandas tu. Mommy kata kat dia.. Padan muka siapa suru mandi lewat sgt. Ada 2x juga si anak yg ni kena hembus kat telinga masa baru nak lelap. Mcm ditiup2 gitu.. dia kena gitu2 jerlah tak seram mcm yg kakak dia kena.
Anak2 Mommy dan bibik juga ada beberapa kali bau limau purut dlm rumah especially dlm master bedroom time Mommy tak ada. Pastu ada 1 mlm tu Mommy balik lambat ada kerja di luar.. Si bibik tidurkan anak bongsu dlm bilik Mommy. For info yg bongsu mmg tidur dgn Mommy smpailah skrg.. Kebiasaannya bibik akan baring kat lantai je smpai tertidur tunggu Mommy balik. 1 mlm tu bila bibik baru nak lelap.. Dia dgr bunyi bising dari dlm wardrobe Mommy.. Lemari baju Mommy ni besar tau uols.. mcm 3 pintu sliding gitu. Bibik bgtau punyalah bising berketuk2 dari dalam tapi bibik tak berani buka tgk. Dia biarkan je. Benda tu berbunyi kuat mcm bergaduh 2 3 ekor dlm lemari Mommy. Bunyi mcm bertumbuk lebih dari 2 org dan jatuh berdebuk2 langgar dinding/pintu lemari sampai lah Mommy balik baru dia stop. Mommy minta tlg seorang perawat dari Bangi utk kes ni. Bila dia tgk katanya ada 6 ekor semuanya… Dpt tangkap 5 dan 1 lagi terlepas kluar dr rumah. Lepas dari tu takde lg bunyi dlm wardrobe tu. Tapi ada pulak gangguan lain... Nanti Mommy share lagi k..
Mommy ada cuba ikhtiar panggil perawat dtg rumah. Perawat2 ni bersetuju benda2 yg mganggu ni dtg nya dari rumah kosong di tingkat atas Mommy + ada sekor makhluk yg baru dtg tak tau dari mana. Benda2 ni dtg mngacau dan tinggal kat rumah kosong di atas Mommy. Mcm homestay lak diorang ek..
Makhluk2 Allah ni tak stay lama dlm rumah sbb panas katanya.. For info anak2 Mommy jenis solat tak tinggal & suka baca yasin mlm jumaat tmasuk la Bibik Mommy.. Biasa lah org Indonesia mmg ramai yg background madrasah.. Jadi benda2tu mcm dtg touch & go je.. Tak boleh stay lama2
|