CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

Martinez cemerlang demi 45 juta rakyat Argentina

[Copy link]
Post time 10-12-2022 11:26 AM | Show all posts |Read mode

MARTINEZ menyelamatkan dua penalti Belanda. -FOTO EPA

Doha: Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez menyelamatkan pasukannya pada malam penuh drama dengan aksi luar biasa apabila menyelamatkan dua penalti Belanda ketika aksi penentuan penuh mendebarkan untuk membawa pasukannya ke separuh akhir Piala Dunia.

Penjaga gol Aston Villa itu hampir tidak diuji selama 90 minit ketika Argentina mendahului dua gol sebelum pemain gantian Belanda Wout Weghorst mencipta aksi balas luar biasa buat Belanda di suku akhir.

Argentina dikejutkan Weghorst apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-11 waktu kecederaan seterusnya memaksa 30 minit masa tambahan yang mengejutkan 88,235 penonton yang hadir di Stadium Lusail.

Argentina menang 4-3 sekali gus mara ke separuh akhir berdepan Croatia yang mengejutkan Brazil.


"Kami berjaya mara ke separuh akhir kerana kami ada semangat dan hati. Kami sangat teruja, sama seperti semua yang lain," kata Martinez.

"Perkara pertama yang kami fikirkan adalah emosi. Saya melakukannya demi 45 juta orang. Negara kami sedang berada dalam keadaan yang kurang baik atas isu ekonomi.

"Jadi, saya sangat berpuas hati kerana dapat memberikan kegembiraan kepada mereka."

Dia turut mengkritik pengadil Sepanyol, Antonio Mateu Lahoz dan melabel pengadil itu sebagai 'gila dan angkuh'.

"Anda bercakap sesuatu kepadanya dan dia bercakap buruk kepada anda. Dia memberikan 10 minit (masa kecederaan) dan memberikan semua sepakan percuma kepada Belanda.

"Disebabkan Sepanyol sudahpun tersingkir jadi dia mahu kami juga tersingkir," katanya

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ta-rakyat-argentina
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.051197 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list