CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

[Johor] Kes denggi meningkat musim tengkujuh

[Copy link]
Post time 13-12-2022 11:39 AM | Show all posts |Read mode

Daerah Johor Bharu mencatat jumlah demam denggi paling tinggi. - Foto hiasan NSTP/DANIAL SAAD

JOHOR BAHRU: Kes denggi di Johor meningkat lebih 13 peratus pada musim tengkujuh (Minggu Epid 49/2022) dengan 172 kes demam denggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, berkata jumlah itu meningkat 20 kes berbanding 152 kes demam denggi pada minggu sebelumnya.

Katanya, daripada jumlah kes denggi yang dilaporkan sepanjang Minggu Epid 49/2022, sebanyak 51 kes (29.7 peratus) dilaporkan dari lokaliti wabak, manakala 121 kes (70.3 peratus) dari lokaliti bukan wabak.

Beliau berkata, daerah yang melaporkan kes tertinggi ialah Johor Bahru, iaitu sebanyak 139 kes, diikuti Kulai (11 kes), Kota Tinggi (enam kes), Kluang (lima kes), Pontian (tiga kes), manakala Batu Pahat, Tangkak dan Muar masing-masing dua kes.


Katanya, Mersing dan Segamat pula masing-masing melaporkan satu kes.

"Enam daerah melaporkan peningkatan kes pada Minggu 49/2022 berbanding minggu 48/2022 ialah daerah Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi dan Tangkak.

"Kumulatif kes pada minggu epid ini ialah 3,772 kes dan mencatatkan peningkatan 124.9 peratus, berbanding tempoh yang sama tahun 2021 iaitu 1,677 kes.

"Daripada jumlah kes yang dilaporkan, 1,339 kes dilaporkan dari lokaliti wabak dan 2,433 kes dari lokaliti bukan wabak," katanya di sini, hari ini.

Tian Soon berkata, pada minggu ini juga 17 lokaliti wabak baru dilaporkan di Negeri Johor iaitu di daerah Johor Bahru (16 lokaliti) dan Kluang (satu lokaliti).

Katanya sebanyak 50 lokaliti wabak aktif telah dilaporkan iaitu di Johor Bahru (49) dan Kulai (satu).

"Jumlah terkumpul lokaliti wabak di Negeri Johor pada Tahun 2022 sehingga Minggu Epid 49/2022 adalah 437 berbanding 162 dalam tempoh yang sama pada Tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak 169.8 peratus.

"Satu kematian dilaporkan pada minggu epid ini bagi seluruh negeri Johor. Kumulatif kes kematian denggi sehingga ini adalah sebanyak empat kes berbanding lima kes pada tahun 2021 pada tempoh yang sama.

"Rakyat Johor disarankan bagi menjaga kebersihan persekitaran dan melakukan aktiviti mencari dan musnah di kediaman dan tempat kerja. Ini adalah bagi memastikan tiada tempat atau bekas menakung air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes,"katanya.

Tian Soon berkata, penguatkuasaan yang dijalankan pihak berwajib mengeluarkan 4,640 kompaun dengan nilai kompaun RM 2.36 juta, daripada jumlah itu, 68.5 peratus sudah membayar kompaun.

https://www.bharian.com.my/berit ... kat-musim-tengkujuh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.858116 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list