View: 341|Reply: 0
|
Perancis 'hantar' Mbappe cuba robek Maghribi
[Copy link]
|
|
MBAPPE ketika sesi latihan. FOTO AP
Doha: Perancis mahu memanfaatkan sepenuhnya khidmat Kylian Mbappe apabila bertemu Maghribi awal pagi Khamis ini.
Walaupun bintang PSG itu sudah menjaringkan lima gol di Qatar, namun dia dikawal ketat oleh Kyle Walker ketika Perancis menewaskan England 2-1 pada aksi suku akhir Piala Dunia.
Pertahanan Perancis, Jules Kounde berkata: "Saya tidak rasa dia tidak gembira. Dia sememangnya mahu menjaringkan gol tetapi dia dikawal rapi sepanjang masa."
Kounde juga sedar bahawa Maghribi yang akan ditemui mereka selepas ini adalah sebuah pasukan yang mempunyai kualiti tinggi.
"Kami sangat menyedari kualiti Maghribi. Mereka sangat cekap apabila mereka menguasai bola.
"Mereka tahu bagaimana untuk menggerakkan bahagian sayap selain mempunyai barisan pemain hebat. Kami perlu mengambil kira semua faktor itu.
"Amat menakjubkan apabila mereka hanya bolos sekali sahaja dan itu pun menerusi gol sendiri.
"Kami perlu sangat tepat dengan hantaran kami untuk mencuba dan menjaringkan gol," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... cuba-robek-maghribi |
|
|
|
|
|
|
| |
|