|
Kampung halaman Messi sedia raikan kejayaan
MURAL yang memaparkan wajah Messi di Rosario. FOTO Reuters
Rosario: Di Rosario, di mana Lionel Messi dibesarkan, meletakkan harapan dan keterujaan agar bintang kampung halaman mereka boleh membawa Argentina juara pertama sejak 1986, mengulangi aksi magis Diego Maradona 36 tahun lalu.
Kira-kira 300 kilometer di utara Buenos Aires, di tebing barat Sungai Parana yang besar, bandar hab perladangan itu adalah tempat Messi dibesarkan dan mula menendang bola.
Imejnya ada di mana-mana, menghiasi sisi bangunan.
Di bandar berdekatan, Serodino, jersi Messi nombor 10 berukuran 12 kali 18 meter berkibar di udara di dan ia diletakkan sebagai penghormatan kepada Argentina, yang akan menentang Perancis dalam perlawanan akhir esok di Qatar.
"Ia membuatkan saya berdebar-debar. Di sebalik ini ada tugas, ada jiwa, ada perjuangan, ada darah," kata Datuk Bandar Serodino, Juan Pio Drovetta.
Perlawanan esok akan menjadi final Piala Dunia kedua untuk Messi yang berusia 35 tahun, yang akan menebus kekecewaan selepas tewas 0-1 kepada Jerman pada perlawanan akhir 2014 di Brazil.
"Kami akan menang, begitulah keadaannya. Kerana betapa hebatnya mereka ini, kerana cara mereka melayan satu sama lain,"
"Selain melakukannya untuk Argentina, mereka juga akan melakukannya untuk dia (Messi). Dia memerlukannya dan akhirnya akan melengkapkan semua rekod," kata Juan Ibanez Moroni, bapa kepada Pedro Ibanez, 8, yang bermain dalam pasukan remaja di Newell's Old Boys, kelab lama Messi.
Di Rosario, berlakunya demam Messi.
'Dari galaksi lain dan dari kejiranan saya' tertera satu mural besar, dicat berhampiran rumah tempat Messi dilahirkan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dia-raikan-kejayaan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|